Adakah iPhone 12 Bakal Dijual Tanpa Pengecas Dan EarPods?

Seorang penganalisis Apple menyatakan jenama kegemaran ramai ini mungkin tidak lagi menyertakan pengecas dan Apple EarPods buat para pembeli iPhone 12.

Bagi yang masih keliru, terdapat desas-desus yang mengatakan Apple sedia menawarkan harga yang lebih rendah pada model terbaharu telefon pintar yang dikatakan bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Berita ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai gembira dan menjadi tidak sabar untuk mendapatkan model terbaharu iPhone.

b21726c8757a39279084d0550566304a
Sumber: The Vocket

Walau bagaimanapun, harga rendah yang ditawarkan itu mungkin menyebabkan para pembeli tidak dapat menikmati pengecas dan Apple EarPods bersama telefon pintar mereka lagi.

Apple difahamkan sengaja melakukan perkara tersebut dalam usaha mereka untuk menawarkan harga yang rendah atau setanding siri iPhone sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tindakan Apple ini ternyata tidak menerima sokongan daripada ramai orang kerana para pengguna terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan pengecas yang merupakan keperluan untuk setiap telefon pintar.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak begitu teruja dengan pengumuman tersebut:

Pada pendapat anda, adakah ia merupakan satu tindakan wajar untuk menjual telefon pintar tanpa pengecas? Sekiranya Apple berjaya melakukan perkara seperti ini, maka ia tidak mustahil untuk jenama-jenama lain mengikuti jejak langkah mereka pada masa hadapan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan iPhone, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca