Adakah French Fries Berasal Dari Negara Perancis?

Anda pernah terpikir kenapa kentang goreng dipanggil french fries? Adakah french fries berasal dari negara Perancis?

Walaupun Perancis mendapat nama kerana mencipta belon udara panas, mesin jahit dan juga tugu Statue of Liberty tetapi bukan french fries. Sebenarnya, kentang goreng berasal dari Belgium dan ia mula diperkenalkan sejak tahun 1600-an.

Mengikut penduduk tempatan, terdapat satu perkampungan di Meuse Valley gemar memakan ikan goreng yang ditangkap di sungai yang berdekatan. Semasa musim sejuk, sungai menjadi beku dan sukar untuk mereka mendapatkan bekalan ikan.

Bagi menggantikan ikan, mereka mula menggunakan kentang kerana ia mudah diperolehi. Kentang tersebut dipotong kecil dan digoreng untuk dimakan semasa musim sejuk. Dengan itu, terhasilah kentang goreng yang anda makan hari ini.

Tentera Belgium gemar memakan kentang goreng yang disajikan oleh orang kampung. Mereka menamakan kentang goreng itu kepada french fries kerana bahasa kebangsaan mereka adalah bahasa Perancis dan nama tersebut kekal sehingga hari ini.

Kentang goreng adalah hidangan sampingan yang menjadi kegemaran orang ramai. Kebiasaannya, ia dinikmati bersama sos cili, mayonis atau cuka. Namun begitu, setiap negara mempunyai cita rasa yang tersendiri.

Contohnya, rakyat Belgium gemar menikmati kentang goreng bersama kerang atau telur goreng manakala di United Kingdom terkenal dengan fish and chips dimana ia dihidangkan bersama filet ikan yang digoreng bersalut tepung tempura.

Jika diberi pilihan, anda suka makan kentang goreng dengan apa?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca