Adakah Bekas Pesakit COVID-19 Boleh Menerima Pelawat? Ini Penjelasan Daripada KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati bekas pesakit COVID-19 untuk tidak menerima pelawat jika mereka masih berada dalam tempoh kuarantin 14 hari di rumah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, selepas 14 hari, mereka dibenarkan untuk menerima pelawat dengan syarat mereka harus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

“Dalam tempoh 14 hari itu, kalau boleh jangan ada pelawat jumpa pesakit tersebut.

Selepas 14 hari di rumah, mereka boleh jumpa pelawat tetapi kena patuh garis panduan iaitu penjarakan sosial, guna pelitup muka, kerap cuci tangan dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Isnin.

Jelas beliau lagi, mengikut prosedur yang sedia ada, mereka yang telah negatif wabak itu dan dibenarkan discaj masih perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca