Adakah Anda Seorang Minimalisme? Ini Adalah Kebaikan Menjadi Si Serba Ringkas

Minimalisme adalah istilah seni yang digunakan untuk menggambarkan gaya ringkas seperti garis sederhana dan hanya menggunakan beberapa warna. Namun, istilah ini kini telah diguna pakai untuk memperlihatkan gaya hidup yang lebih sederhana dengan mengamalkan gaya yang kurang serta mengurangkan barang yang tidak penting.

Ini adalah beberapa manfaat menjadi seorang yang bergaya sederhana:

1.Merasa lebih bebas

Sumber: unsplash

Kita seringkali akan merasa bebanan apabila terikat dengan sesuatu idea mahupun konsep yang memfokuskan kepada satu bahan atau barang sahaja. Berbeza dengan seorang yang minimalis, mereka akan bersifat lebih bebas, tidak tamak, obsesi mahupun beban kerja yang berlebihan.

2. Lebih fokus terhadap kesihatan dan hobi

Sumber: Pexels

Menjadi individu minimalis, mereka lebih cenderung terhadap kesihatan dan hobi di mana individu lain lebih gemar menghabiskan masa dengan membeli-belah, melayari laman sosial dan sebagainya. Sedikit sebanyak ini mampu membuatkan si minimalis lebih tajam dan kreatif mindanya.

3. Menghakis sikap materialistik

Sumber: TheStar

Individu minimalism kebiasannya akan mempunyai satu ideologi bahawa kebendaan bukan segala-galanya dan sekaligus mampu menghakis sikap materialistik dalam diri.

4. Semakin gembira

Sumber: Pexels

Gaya hidup tampak ringkas dan sederhana akan membuatkan anda lebih menghargai sesuatu dan berasa cukup dengan seadanya. Nescaya kegembiraan itu datangnya dari perasaan cukup dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.

5. Bertambah yakin

Sumber: google

Secara umumnya, minimalis mendorong seseorang untuk lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Keyakinan dan kemampuan diri sendiri akan hadir apabila seseorang itu sudah terbiasa hidup berdikari. Minimalisme bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup seseorang bahkan juga cara seseorang berfikir dan bertindak.

Secara keseluruhannya minimalis mempromosikan cara hidup yang lebih ringkas dan bersederhana kerana lebih memfokuskan keperluan berbanding kehendak.

Penulis:

•    Afifah Basirah Binti Salleh adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

•    Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca