Adakah anda tahu meletakkan telefon bimbit di sebelah kepala ketika tidur akan memberi kesan kepada otak anda? Satu kajian telah membuktikan bahawa telefon bimbit boleh memberi kesan kepada otak dan menjejaskan fungsinya.
Ia juga turut mendedahkan, meletakkan telefon bimbit dekat dengan kepala sangat membahayakan berbanding di bahagian lain. Hal ini kerana, penggunaan telefon bimbit ini akan meningkatkan risiko tumor otak hampir lebih dua kali ganda.
Berdasarkan daripada portal Healthy Children, ia menekankan tentang bahayanya telefon bimbit ini terhadap individu dalam jangka masa yang panjang. Ia kerana telefon bimbit mampu memancarkan radiasi daripada medan elektromagnetik yang secara tidak langsung dapat memberi kesan kepada otak anda.
Di samping itu, meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala berupaya menjejaskan sel otak anda dan mengundang kepada penyakit lain yang tidak diingini. Justeru, anda diminta untuk lebih prihatin dan mengambil input yang dikongsikan oleh Ayn Shariff sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sebelum ia menjejaskan sel-sel otak anda.
Perkara ini mungkin terjadi kepada anda semua; Sambil leka membalas pesanan atau melihat Facebook, kadang kala sehingga tertidur dan ketika anda sedar telefon berada di sebelah kepala. Tetapi adakah anda sedar bahawa radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat bahaya terhadap sel-sel otak yang sedang berkembang.
Antara risiko lain yang perlu anda tahu adalah:
– kanser
– tumor otak
– parkinson
– alzheimer
– sakit kepala/migrain
– sakit mata/rabun
Risiko-risiko ini bukan sahaja terdedah kepada diri anda sendiri, malah ia juga turut menjadi mangsa kepada anak-anak yang tidur bersama anda. Jadi, sebelum anda masuk tidur, pastikan anda lakukan langkah ini terlebih dahulu bagi menyelamatkan terjadinya penyakit-penyakit yang tidak diingini.
1. Selesaikan segala urusan berkaitan sebelum tidur
2. Matikan wifi atau data
3. Letak telefon jauh daripada tempat tidur
Sumber: Rencah Rasa