Sepanjang tahun 2018 kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku di negara ini. Namun, peristiwa bersejarah akan sentiasa diingati walaupun ia sudah berlalu tetapi terdapat juga perkara yang berlaku mudah dilupakan dengan begitu sahaja. Sejak tahun 2010, media sosial memainkan peranan penting untuk menjadikan sesuatu isu itu tular.
Terdapat beberapa perkara yang telah menjadi tular di media sosial. Antaranya adalah:
1. Pilihan Raya Umum 14 (PRU)
Pilihan raya berlangsung pada 9 Mei 2018, di mana buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) tewas di tangan Pakatan Harapan (PH). PH memenangi 113 kerusi yang disokong oleh Parti Warisan Sabah sebanyak 8 kerusi. BN memenangi 79 buah kerusi manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memenangi 18 buah kerusi.
Kemenangan PH dalam pilihan raya ini telah mencatat sejarah baru kepada Malaysia apabila dianggap peristiwa paling mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik. Tiada siapa menjangkakan PH dapat mengalahkan BN. Hal ini kerana, rakyat sudah penat dengan krisis 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan Felda serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat. Keadaan ini menyebabkan rakyat membuat keputusan untuk mengubah kerajaan baru pada pilihan raya lepas.
2. Rendang Crispy
Anda pernah mendengar tentang perkara ini? Perkara ini berlaku dalam pertandingan Masterchef United Kingdom (UK) apabila pengacara dan chef selebriti John Torode telah memberi komen ke atas seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang memasak rendang ayam tetapi kulit ayamnya tidak rangup. Namun, komen tersebut mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan mengkritik Torode yang tidak mengenal makanan dari Asia Tenggara sehingga menyebabkan peserta itu tersingkir.
Maksud Torode ialah ayam itu masih belum masak sepenuhnya dan tersilap memberi komen dengan memggunakan perkataan ‘crispy’. Disebabkan itu ia menjadi tular di media sosial. Mana nak sempat masak kalau masa yang diberikan hanya satu jam kan?
3. Zamani Di Rancangan Gegar Vaganza
Rancangan Gegar Vaganza merupakan sebuah pertandingan di mana artis-artis pada beberapa dekad lalu (80-an,90-an dan mungkin awal 2000-an) untuk mengembalikan populariti mereka. Namun apabila suaranya ‘koyak’, dia tetap tidak disingkirkan malah layak hingga ke peringkat akhir. Hal ini telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet.
4. Dato’ Seri Siti Nurhaliza Lahirkan Anak
Siapa tidak mengenali penyanyi terkenal ini, setelah 12 tahun berkahwin dengan Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Dato’ Seri Siti Nurhaliza masih tidak mengandung sehinggalah beliau mengumumkan bahawa beliau sudah hamil. Peminat turut berasa gembira selepas mendengar berita itu.
5. Mamak Rhapsody (Bohemian Rhapsody Parody)
Filem Bohemian Rhapsody yang mengisahkan tentang kumpulan classic rock yang popular pada tahun 70-an. Queen menaikkan kembali lagu popular mereka yang popular pada tahun 1976. Video parodi lagu ini tentang mamak telah tular kerana gambar seorang pekerja mamak yang menyerupai vokalis kumpulan tersebut iaitu Freddie Mercury.
6. ASEAN Football Federation (AFF) Suzuki Cup
Kejohanan bola sepak di peringkat Asia Tenggara yang berlangsung setiap 2 tahun. Malaysia berjaya menewaskan Kemboja 1-0 dalam perlawanan pembukaan di Phnom Penh sebelum menewaskan Laos 3-1. Malaysia tewas di Hanoi ketika menentang pasukan Vietnam 2-0. Skuad negara yang dipimpin oleh jurulatih Tan Cheng Hoe layak ke separuh akhir selepas berjaya menewaskan Myanmar selepas menduduki tempat ke-2 Kumpulan A.
Pada separuh akhir, Malaysia bertemu dengan pasukan gergasi ASEAN iaitu Thailand. Di atas padang, pasukan Gajah Perang kelebihan selaku selaku juara bertahan namun Harimau Malaya dan Sang Gajah tidak dapat menjaringkan sebarang gol di Stadium Bukit Jalil. Kedua-dua pasukan bertemu semula di Stadium Rajamangala, Bangkok dan seri 2-2 seterusnya layak menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.
Pertemun dengan Vietnam menyaksikan pasukan Malaysia seri 2-2 di Stadium Bukit Jalil sebelum tewas 1-0 di Stadium My Dinh, Hanoi untuk muncul naib juara kejohanan kali ini.
7. Pemain Papan Luncur Wanita Di Sukan Asia Menerima Sokongan Daripada Lagenda, Tony Hawk
Lagenda pemain papar luncur (skateboard), Tony Hawk mempertahankan pemain skateboard negara, Fatin Syahira Roszizi yang gagal bermain dengan baik di Sukan Asia, Jakarta. Fatin mendapat cemuhan daripada peminat-peminat sukan ini kerana gagal melakukan persembahan dengan baik dan gagal mendapatkan gelaran juara.
Tony Hawk menerusi laman sosial Instagramnya, memuji semangat yang Fatin miliki dan berkata supaya Fatin tidak patah semangat dan terus berjuang mengejar impiannya.
8. Presiden Bola Sepak Perak With Piala Malaysia
Selepas pasukan Perak muncul selaku juara Piala Malaysia, Presiden Bola Sepak Perak (PAFA), Hasul Zulkarnain, menjadi tular kerana gambarnya bersama piala tersebut seperti piala itu hanya miliknya seorang dan melakukan ‘tour’ bersama piala itu tanpa ada para pemain bersamanya. Hal ini telah menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden PAFA.
9. Keke Challenge
Fenomena global Keke Challenge iaitu penyanyi dari Kanada, Drake yang bertajuk “In Your Feeling” telah tular secara global termasuklah di Malaysia. Mereka melakukan aksi menari di tepi pintu kereta yang terbuka dan video-video ini menjadi tular di media sosial.
10. Astro Ad ‘Gaya Raya Paling Ori’-10 Juta Viewer Di Youtube
Sempena hari raya Aidilfitri, ASTRO telah menyiarkan video iklan yang menampilkan seorang hipster yang beraya pada hari raya berserta pengiring dikir barat. Hal ini telah tular dengan 10 juta penonton yang menonton video tersebut.
Sumber: Teh Tarik Times