Ada Tanda Alzheimer, Chris Hemsworth Rehat Dari Berlakon

Pelakon yang terkenal dengan watak superhero Thor, Chris Hemsworth merancang untuk berehat dari dunia lakonan selepas diagnosis mempunyai kecenderungan genetik kepada penyakit Alzheimer.

Bintang Hollywood itu secara tidak sengaja mendapati tahap kesihatannya selepas terlibat dalam siri dokumentari dari National Graphic, Limitless.

Sumber: EW

Melalui dokumentari tersebut, Chris Hemsworth sedang menjalani ujian kesihatan serta untuk mengetahui bagaimana keadaan kehidupannya di masa hadapan.

Namun tidak disangka akan menerima keputusan yang umpama mimpi ngeri buat pelakon yang membintangi filem Thor and Extraction itu.

Alzheimer adalah sejenis penyakit yang membuatkan individu secara perlahan-lahan akan hilang keupayaan mengingat dan berkomunikasi.

Sumber: Rotten Tomatoes

Chris Hemsworth ingin mengelakkan perasaan simpati atau dijadikan bahan hiburan mengenai penyakitnya itu.

Menerusi temu bualnya bersama Vanity Fair, Chris Hemsworth menyatakan dia tidak mahu penyakit ini dimanipulasi dan kelihatan sangat sangat dramatik.

Pelakon itu menjelaskan sebenarnya penyakit tersebut adalah penyakit genetik keranna datuknya juga mempunyai Alzheimer dan keluarganya sudah mengetahui tentang masalah kesihatan yang dihadapi.

Sumber: Hollywood Life

Selepas mendapati bakal menghidapi simptom Alzheimer yang lebih tinggi pada masa akan datang, Chris Hemsworth memutuskan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca