“Ada Roadblock Tak Atas Sana?”, Foto Lelaki Ini Ambil Anak Naik Kereta Terbang Curi Perhatian Warganet

Masuk sahaja tahun 2020, antara perkara yang menjadi bahan troll warganet adalah kereta terbang. Buka sahaja mana-mana media sosial, troll mengenai kereta terbang ‘terbang’ memasuki timeline dan feed kita semua.

Terbaharu, seorang pengguna laman Facebook iaitu Hairun Ashrie berjaya mencuri perhatian warganet dengan perkongsian beberapa keping foto memaparkan dia dan anak menaiki kereta terbang.

Semasa artikel ini ditulis, posting tersebut telah meraih lebih 24,000 perkongsian dalam masa kurang dari satu hari. Rata-rata memuji kepakaran Hairun dalam menyunting foto tersebut kerana ia kelihatan cukup sempurna tanpa sebarang cacat cela. Dalam erti kata lain, memang real habis!

Berikut kami kongsikan beberapa coretan warganet di ruangan komen posting tersebut:

“Ada roadblock tak dekat atas sana, bro?” tanya seorang pengguna laman itu.

“Kalau naik kereta terbang anak kena letak dalam car seat tak? Ke tak payah?” tulis Fatimah Hartini.

“Dekat atas sana ada lampu isyarat tak?” tanya seorang lagi warganet.

“Anak menangis sebab gayat ke?” tulis Zul Acura.

Apa-apa pun, skil Hairun dalam menyunting foto-foto itu memang win habis. Kalau tanya penulis, penulis bagi lima bintang!

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang foto anjing yang disunting sehingga saiz haiwan itu bertukar menjadi beberapa kali ganda lagi besar daripada tuannya. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain yang berkaitan:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca