Ada RM66 Ribu Dalam Bank Sebelum Debut, Ini 5 Selebriti K-Pop Yang Dilahirkan Dalam Keluarga Kaya

Kita sering mendengar kisah selebriti Korea Selatan di mana mereka hanyalah rakyat marhaen yang bekerja keras sebelum menjadi sensasi warga dunia. Namun begitu, sesetengah daripada artis K-Pop ini amatlah bertuah kerana mereka dilahirkan di dalam keluarga yang sudah menempa nama di persada dunia.

Berikut merupakan lima selebriti Korea Selatan yang cukup bertuah kerana dilahirkan di dalam keluarga berada.

1. Chou Tzu-yu (Twice)

Merupakan antara selebriti K-Pop yang terhangat, Chou Tzuyu yang menganggotai kumpulan wanita Twice mempunyai latar belakang keluarga yang hebat.

Dilahirkan di Taiwan, ibu kepada penyanyi berusia 20 tahun ini merupakan antara pemegang saham terbesar di sebuah hospital di negara kelahirannya itu.

Malah, ibu Tzuyu juga telah membuat pelaburan yang besar dalam bidang pembedahan plastik di Taiwan.

2. Choi SooYoung (Girls’ Generation)

Kekayaan keluarga Choi SooYoung hadir daripada datuknya yang merupakan CEO kepada sebuah syarikat arkitek yang popular di Seoul, Korea Selatan.

Tidak cukup dengan itu, datuk kepada penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun ini juga merupakan sebahagian daripada mereka yang membina bangunan Seoul Arts Center. Bapa SooYoung pula merupakan seorang presiden kepada sebuah syarikat perdagangan.

3. Park Hyungsik (ZE:A)

Merupakan ahli kumpulan penyanyi lelaki, ZE:A, Park Hyungsik, 28, dikatakan berasal daripada keluarga berada yang disegani. Bapa kepada bintang yang pernah muncul dalam drama bersiri Strong woman Do Bong-soon ini merupakan pengarah kepada syarikat pembuat kereta jenama Mercedes Benz.

Malah, Kwanghee, yakni salah seorang daripada anggota kumpulan ZE:A pernah mendedahkan bahawa Hyungsik mempunyai wang sebanyak RM66 ribu di dalam akaun banknya ketika pemuda itu masih lagi seorang pelatih di agensi hiburan.

4. Choi Siwon (Super Junior)

Merupakan sebahagian daripada kumpulan Super Junior yang popular dengan lagu Sorry, Sorry dan Mr. Simple, Choi Siwon, 33, merupakan anak kepada ahli perniagaan berjaya.

Bapanya Siwon merupakan bekas CEO kepada sebuah syarikat pakaian kanak-kanak yang dinelai dengan nama Boryung Medience. Manakala, ibunya pula mempunyai sebuah syarikat pakaian dalam wanita.

Dalam satu temubual bersama kumpulan Super Junior, salah seorang ahlinya mendedahkan Siwon sebenarnya mampu membeli syarikat MBC sekiranya dia mahu.

5. Nickhun (2PM)

Turut dikenali dengan gelaran putera Thailand, penyanyi dan pelakon Nickhun, 31, pernah bersekolah di Wanganui Collegiate School, New Zealand. Menurut satu sumber, yuran pengajian di institusi berkenaan mampu mencecah sehingga RM 175 ribu setahun.

Kedua-dua ibu bapa Nichkun bekerja sebagai ahli perniagaan di Thailand. Bapanya ialah seorang CEO di sebuah syarikat perdagangan dan ibunya pula merupakan seorang CEO di sebuah syarikat farmaseutikal.

Meskipun selebriti-selebriti di atas berasal daripada keluarga berada, mereka tidak bongkak. Malah, mereka juga tidak kisah untuk bermula dari bawah semata-mata untuk mengejar cita-cita sebagai seorang penghibur.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca