Ada Apa Dengan Novel SHIT?

Novel SHIT merupakan sebuah novel yang telah diterbitkan oleh Pustaka Reka pada tahun 1999, karya Shahnon Ahmad seorang Sasterawan Negara. Novel ini telah lama berada di pasaran dan ia telah mendapat sambutan yang sangat membanggakan.

Novel ini adalah sebuah novel bergenrekan satira politik. Novel ini mengenai perdebatan antara Tun Mahathir Mohamed iaitu Perdana Menteri ke-4 (pada ketika itu) dan Anwar Ibrahim.

Apa yang menarik mengenai novel ini ialah:

Shit memberi gambaran jelas terhadap pemikiran Shahnon Ahmad. Shit boleh dilihat dari dua aspek. Pertama namanya Shit. Jika menurut kamus Inggeris-Melayu Dewan bermakna (interjection-taboo) atau dalam bahasa Melayu disebut tahi iaitu tahi yang berada dalam usus besar yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan sahaja. Shit juga disebut sebagai seruan cacimaki atau makihamun yang ditujukan kepada seseorang. Kedua Shit adalah satira politik tetapi tidak menyamai politik dengan tahi; tetapi tahi yang dimaksudkan bukan untuk tujuan negatif tetapi mempunyai nilai positif.

Jelas politik nilainya amat tinggi kerana apabila mendengar perkataan politik seolah-olah ia amat menakutkan, namun di sebaliknya politik merujuk kepada ilmu untuk mentadbir atau memerintah sesebuah negara. Oleh kerana politik yang amat tinggi nilainya ada sesetengah dalam kalangan mereka cuba untuk menyatakan politik boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai musuh daripada pernyataan tersebut. Oleh itu, maksud di sebalik politik yang suci dan tinggi nilainya pada ketika dahulu. Akhirnya, politik digambarkan sebagai perkara yang negatif atau busuk.

Antara intipati yang terdapat dalam novel ini ialah:

“Haramzadah punya pemimpin! Mentang-mentang dapat kerusi, rakyat dilupakan langsung. Siang malam, pagi petang asyik nepotisme! Asyik kronisme! Asyik isi perut sendiri saja”

Semoga para pembaca dapat memahami lebih mengenai buku ini dan boleh memandang politik dari aspek yang positif, sebaliknya bukan negatif!

Jangan lupa follow segala info menarik mengenai  Lejen Press di Telegram.

Artikel Lain Untuk Di Baca