Ada Apa Dengan #MalaysiaMembaca?

Ada apa dengan #MalaysiaMembaca? Mengapa tagar yang satu ini tiba-tiba menjadi bualan netizen? Sebelum itu, ada juga yang bertanyakan tentang maksud ‘tagar‘.

Berikut merupakan perkongsian @LejenPress berkenaan perkataan ‘tagar‘ di Twitter.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memuat naik satu tweet di akaun Twitter beliau – @maszlee dengan tagar #MalaysiaMembaca kelmarin (Isnin, 6 Ogos 2018). Beliau menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Ujar beliau lagi di dalam tweet yang dimuat naik, “Kayu ukur kepada pendidikan berjaya ialah budaya membaca yang tinggi.”

Dengan menggunakan tagar #MalaysiaMembaca, Dr Maszlee Malik telah mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi 10 judul buku yang menjadi kegemaran mereka.

Di dalam satu bebenang, Dr Maszlee turut berkongsi 10 judul buku yang menjadi kegemaran beliau :

  1. The Alchemist – Paul Coelho
  2. Trust: The Social Virtue and The Creation of Prosperity – Francis Fukuyama
  3. Manuklon – Rahmat Harun
  4. Intelektual Masyarakat Membangun – Syed Hussein Alattas
  5. Rasuah – Syed Hussein Alattas
  6. Sejarah Umat Islam – HAMKA
  7. Al-Tawhid: Its Implications for Thought and Life – Ismail Raji al-Faruqi
  8. “Al-Munqidh min al-dalal” / Guide For The Perplexed – Al-Ghazali
  9.  “Al-Kimiyya al-sa’adah” – Al-Ghazali
  10. Hikmah Hati – Maszlee Malik

#MalaysiaMembaca telah mendapat respon yang positif dalam kalangan para netizen.

 

Anda boleh meneroka dengan lebih lanjut tentang tagar #MalaysiaMembaca di laman sosial. Jangan lupa untuk berkongsi tentang 10 judul buku kegemaran anda. Ayuh kita meriahkan #MalaysiaMembaca!

Artikel Lain Untuk Di Baca