Di sebalik keistimewaan laut mati ini, ia mempunyai peristiwa bencana yang amat dahsyat, di mana laut ini dahulu adalah sebuah negeri yang mempunyai penduduk, namun ia telah musnah. Musnah yang dimaksudkan ialah laut ini telah diterbalikkan yang sepatutnya bahagian negeri berada di atas dan laut di bawah.
Berikutan kisah laut mati ini berkaitan dengan kaum Nabi Lut yang mengamalkan kehidupan songsang seperti golongan homoseksual dan lesbian serta membuat kerosakan harta benda sehingga mengundang kemurkaan Tuhan. Selain itu, kenapa laut ini dikatakan laut mati kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat masin, sehingga tiada hidupan laut yang mampu hidup.
Apa yang menarik tentang laut mati ialah jika anda mandi di laut ini, anda akan dapati badan anda terapung-apung dan tidak tenggelam. Seolah-olah anda sedang berbaring di atas ketulan ais yang sejuk.
Perisitwa ini boleh didapati dalam Al-Quran. Allah telah berfirman yang bermaksud, “Maka ketika datang azab kami, kami balikkan negeri itu, bahagian atas menjadi bahagian bawah, dan kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang (batu-batu itu) diarahkan oleh Tuhanmu dan ia tidaklah jauh daripada orang yang zalim.” (Surah Hud 11: ayat 82-83).
Lokasi laut mati ini adalah pemisah di antara Jordan dan Israel.
Jika anda ingin merasai sendiri laut mati ini, anda bolehlah pergi ke negara berkenaan.
Oleh itu, janganlah kita berbuat perkara yang melanggar perintah Tuhan. Semua agama mengajar kita untuk berbuat kebaikan dan bukan keburukan di dunia ini.
Sumber: Majalah Solusi