“Ada Aku Kisah Tak Dapat Jawatan.” – Ahmad Maslan

Pasti ramai yang teruja apabila sebut sahaja tentang Datuk Seri Ahmad Maslan. Perkara ini kerana gelagat beliau sentiasa mendapat perhatian ramai. Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sering kali berkongsi tentang kehidupannya di media sosial peribadinya.

Terbaharu, susulan pengumuman barisan Menteri Kabinet baharu yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat segelintir daripada warganet menyuarakan mengapa Datuk Seri Ahmad Maslan tidak tersenarai dalam barisan Menteri Kabinet itu.

Menyedari tentang perkara itu, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian itu tampil memberi kenyataan di laman Twitter peribadinya.

Kenyataan ini juga dibuat gara-gara gambar lamanya telah dijadikan bahan dan hiburan yang disalahgunakan serta disebarkan kepada orang ramai melalui laman-laman sosial.

Beliau menyatakan itu merupakan gambar lamanya ketika menunggu penerbangan sebelum berkempen pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14). Beliau juga menyatakan yang beliau sedari bahawa namanya tidak tersenarai dalam barisan Menteri Kabinet yang baharu. Beliau turut mengumumkan akan mengambil PhD di Universiti Utara Malaysia cawangan Kuala Lumpur.

Kenyataannya yang paling menarik perhatian adalah beliau menyatakan bahawa beliau tidak kisah tidak dipilih sebagai jemaah menteri dengan cara yang berseloroh.

Sejurus itu, ramai pengguna laman sosial Twitter memberi respons dan reaksi berkenaan tweet tersebut.

Rata-rata warganet memuji dan memberi kata-kata semangat terhadap baliau. Semoga Datuk Seri Ahmad Maslan terus maju jaya dalam kerjaya politik dan dalam menuntut ilmu.

Untuk baca artikel lain berkenaan Menteri Kabinet 2020, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca