Aaron Aziz Tampil ‘Sekolahkan’ Usahawan Yang Biadab Dengan Warga Emas

Aktor ternama tanah air, Aaron Aziz yang terkenal dengan watak Malek dalam filem KL Gangster tampil ‘sekolahkan’ usahawan yang menjadi bualan ramai kerana biadab dengan warga emas menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

Aaron berkata, “Salam brader. Kalau nak tolong orang, lu (kamu) jangan korek kisah silam mereka. Gua (Saya) tidak tahu siapa kamu tetapi jaga adab.

Sama ada mereka gelandangan, penagih atau pengemis, ini bukan caranya untuk membuat kerja kebajikan. Jangan jatuhkan maruah, semangat, pendirian dan nasib orang. Kalau rasa kamu dihantar Tuhan untuk ‘tolong’ orang susah, sekarang Allah SWT juga boleh buat anda susah.”

Selain Aaron, insiden tular itu turut mendapat perhatian selebriti lain seperti Harith Iskander, Caprice dan Sherry Ibrahim yang memuat naik video sama di laman Instagram mereka.

Sumber: Instagram Caprice
Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

Buat anda yang masih keliru, seorang usahawan produk memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan dirinya bercakap secara biadab dan memalukan kumpulan gelandangan.

Apa yang membuatkan rata-rata warganet kurang senang dengan usahawan itu apabila dia melabelkan warga emas berkenaan sebagai malas dan banyak bermain-main dalam hidup sewaktu muda.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan orang ramai bengang adalah usahawan itu berkata, “God sent me to help you” kepada kumpulan gelandangan tersebut.

Selepas video itu tular, lelaki berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan berkata dia langsung tidak berniat ingin menghina sesiapa terutamanya warga emas.

Sumber: Twitter Carl Samsudin

“Selama hidup, saya tidak pernah berlaku biadab kepada sesiapa terutamanya warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan.

Tujuan saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan selain menjadi hamba kepada yang Esa.

Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan pak cik tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya. Sejujurnya selepas video tersebut, saya menyantuni mereka dan semua gembira pada hari itu,” tulisnya.

Usahawan itu turut berkongsi penjelasannya mengenai video tular itu dan berkongsi tentang program apa yang berlaku pada hari berkenaan. Anda boleh klik pada pautan ini untuk baca penjelasan penuh.

Sumber: Twitter Carl Samsudin

Lelaki itu turut memohon maaf kerana tidak memakai pelitup muka ketika bercakap dan mengakui sudah dipanggil pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikenakan kompaun atas kesalahan berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca