Gol Safawi Rasid Hadiah Untuk Isteri, Syifa Melvin Mengandung 6 Bulan

Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid mengesahkan isterinya, Syifa Melvin kini sedang mengandung enam bulan.

Safawi meraikan gol ketiga pada minit ke-77 itu dengan memasukkan bola di dalam baju adalah simbolik kepada isterinya sedang hamil empat bulan.

Sumber: Head Topics

Hal itu disahkankan berita gembira itu selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Kepulauan Solomon di Stadium Mizan Zainal Abidin, semalam. Keputusan 4-1 yang berpihak kepada skuad negara.

Pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menganggap gol yang berjaya dijaringkan dalam perlawanan tersebut sebagai hadiah kepada isterinya.

Sumber: Harian Metro

“Gol ini tadi hadiahkan untuk isteri yang mengandung.

“Ya, isteri mengandung. Doakan kami semoga selamat semua. (Kandungan) dah masuk enam bulan,” katanya.

Sementara itu, Safawi juga memohon orang ramai agar mendoakan untuk mereka berdua serta permata sulung yang bakal dilahirkan

“Doakan semoga semuanya selamat. Usia kandungan sudah enam bulan,” katanya.

Jaringan gol yang menakjubkan oleh Safawi telah membuka mata pelbagai pihak termasuk media antarabangsa dari Amerika Syarikat, Bleacher Report Football (B/R Football) bercadang untuk dicalonkan sebagai Anugerah Puskas.

Menerusi ciapan ringkas di media sosialnya, B/R Football memuat naik jaringan Safawi berserta kapsyen “Tambah Safawi Rasid ke senarai Puskas.”

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca