9 Tempat Makan ‘Best’ Di Petaling Jaya Yang Anda Wajib Pergi

Sebut sahaja Petaling Jaya, pasti semua terbayangkan deretan kedai makan di sini. Bagi menjimatkan masa anda membuat pilihan tempat makan atau mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang salah dan tidak berbaloi, berikut kami kongsikan lapan tempat makan best di Petaling Jaya yang anda wajib pergi:

Nota: Jika sedang lapar, baca atas risiko sendiri.

1. Kerisik Cafe

Bagi penggemar makanan Johor di luar sana, anda wajib datang ke Kerisik Cafe kerana kafe ini boleh dikatakan sebagai ‘lubuk’ makanan Johor.

Kambing Goreng Kerisik – RM26

Sekiranya anda berkesempatan untuk berkunjung ke sini, anda wajib cuba Kambing Goreng Kerisik mereka. Menariknya, kambing yang diperap dengan beberapa jenis rempah ini langsung tiada bau hamis. Jadi, sekiranya anda sebelum ini tidak gemar makan daging kambing kerana bau hamisnya, anda tidak perlu risau lagi dan boleh cuba Kambing Goreng Kerisik di sini. Kami berani jamin, yang tidak sukakan daging kambing sebelum ini terus cari Kambing Goreng Kerisik hari-hari!

Laksa Johor – RM13

Apa yang membuatkan Laksa Johor berbeza dengan laksa-laksa di negeri lain adalah ia menggunakan spagetti dan bukannya laksa biasa. Menariknya, kuah Laksa Johor di Kerisik Cafe sangat pekat dan diimbangi dengan rasa masam dan pedas bagi menutupi rasa hanyir ikan.

Lontong Sotong – RM9

Bagi penggemar lontong pula, hidangan ini juga boleh didapati di Kerisik Cafe. Kombinasi nasi himpit dan kuah lodeh ini adalah yang terbaik pernah kami rasa.

Mi Bandung Muar – RM11

Di samping itu, Mi Bandung Muar di Kerisik Cafe juga adalah salah satu juadah yang wajib anda cuba. Ia dihidangkan bersama udang, tahu dan telur mata. Kuahnya cukup pekat dan mempunyai rasa manis-manis pedas.

Nasi Lemak Rendang Daging – RM10

Biarlah gambar yang berbicara untuk Nasi Lemak Rendang Daging ini. Daging rendang yang dimasak dengan sempurna dimakan bersama sambal pasti akan buat anda menjilat jari.

Ghazal (kanan) – RM6.50 & Zapin (kiri) – RM7

Minuman-minuman di Kerisik Cafe sangat unik kerana namanya diinspirasikan daripada tarian tradisional negeri Johor.

Selain kepelbagaian menu yang enak, dekorasi dan susun atur di Kerisik Kafe sangat Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar atau ingin mengadakan apa-apa jenis sambutan ulang tahun.

Alamat: 23-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9 pagi-6 petang)

Instagram: www.instagram.com/kerisikcafe

2. The Merchant

Mengetengahkan konsep minimalis, The Merchant merupakan salah satu tempat makan yang wajib anda pergi di Petaling Jaya. Bagi peminat minuman kopi, inilah destinasi tepat di mana The Merchant menyediakan anda pelbagai pilihan kopi di sini.

Sambil-sambil minum kopi, anda juga dapat menikmati kemerduan muzik yang dimainkan oleh kumpulan busker. Anda boleh meminta apa sahaja lagu yang ingin dimainkan. Persembahan busker diadakan pada jam 4 petang sehingga 10 malam setiap hari Khamis hingga Ahad.

Diinspirasikan daripada trend di Indonesia, minuman-minuman premium di sini dihidangkan dalam bentuk tin plastik yang menampilkan kelainan The Merchant dari kafe yang lain. Oleh itu, anda boleh nikmati minuman ini di mana-mana sahaja tanpa perlu merisaukan tumpahan daripada air.

Kopi signature di sini adalah Vietnamese Coffee yang terdiri daripada biji kopi premium import dari Vietnam. Sungguh autentik. Sekali hirup pasti akan terigau-igau sampai ke dalam mimpi.

Vietnamese Coffee – RM11.90

Sekiranya anda bukan penggemar kopi, jangan khuatir kerana terdapat juga pilihan minuman sedap-sedap belaka lain yang hanya boleh didapati di sini.

Teh Malaya – RM8.90

Minuman yang wajib anda cuba apabila berkunjung ke sini adalah Teh Malaya. Menggunakan resipi yang telah merangkul anugerah daripada KL Big Kitchen Festival 2015, Teh Malaya tentunya akan membuatkan anda terasa nyaman dan segala rasa dahaga akan dilegakan dengan rasa unik gabungan kayu manis dan daun pandan dalam teh istimewa.

Sekiranya anda berkunjung ke sini, minuman yang anda patut cuba adalah Thai Milk Tea di mana rasanya yang cukup kaw seakan-akan sedang berada di Thailand.

Thai Milk Tea – RM9.90

Selain minuman, The Merchant juga menyajikan anda banyak pilihan makanan yang cukup menyelerakan. Istimewanya di sini adalah Nasi Bebijan yang mengambil inspirasi daripada Bibimbap di mana ia dihidangkan dengan sos kicap istimewa.

Nasi Bebijan Daging Sambal – RM9.90

Nasi Bebijan memang sedap apabila digandingkan dengan rasa manis dan pedas Daging Sambal yang sesuai untuk sesiapa yang gemarkan makanan pedas.

Kepada penggemar Salted Egg, anda juga boleh menggandingkan Nasi Bebijan dengan Salted Egg Chicken yang cukup berlemak dan memang sesuai bagi yang tidak meminati makanan pedas.

Nasi Bebijan Salted Egg Chicken – RM8.90

Satu lagi menu yang patut anda cuba adalah Beef Burger and Fries yang membawakan konsep burger jalanan premium yang rasanya diolah sendiri bersama keju istimewa. Sangat empuk dan terasa dagingnya apabila makan hidangan ini. Ia turut disajikan sekali dengan curly fries yang cukup rangup dan mengasyikkan.

Beef Burger and Fries – RM6.90

Dilengkapi sekali dengan curly fries cukup menyelerakan, anda juga wajib cuba Chicken Tortilla and Fries yang mengandungi kuantiti ayam banyak dan terasa sos kejunya cukup melazatkan.

Chicken Tortilla and Fries – RM8.90

Di samping itu, Keropok Lekor di The Merchant juga merupakan hidangan yang cukup istimewa di mana ia diperbuat daripada sagu dan ikan tanpa menggunakan tepung. Teksturnya begitu empuk dan tidak gatal pada lidah.

Keropok Lekor – RM6.90

Dilengkapkan sekali dengan sambal yang dibuat khas dari Terengganu, memang Keropok Lekor di sini merupakan makanan yang wajib anda cuba. Yang istimewanya, walaupun sudah terbiar lama, teksturnya masih kekal empuk dan tidak liat seperti keropok lekor lain yang anda biasa makan di luar sana.

Dengan cuaca panas di Malaysia, Chocolate Smoothie merupakan salah satu minuman yang sesuai untuk memberikan anda kesegaran. Memang terasa coklatnya dan sangat sesuai bila diserikan lagi dengan aiskrim vanila yang mampu memberikan anda kepuasan tidak terhingga.

Chocolate Smoothie + Ice Cream – RM9.90

Kepada anda yang gemarkan pencuci mulut, The Merchant juga ada menyediakan Lotus Biscoff Cheesecake yang dibuat khas oleh Jelita Di Dapur. Ia mendapat tempat di hati para pelanggan di sini kerana kandungan kejunya sangat padu dengan Lotus Biscoff. Cukup memuaskan.

Lotus Biscoff Cheesecake by Jelita di Dapur – RM15.90

Kafe yang terletak di pusat beli belah The Curve ini sungguh unik dengan menampilkan konsep kontena yang diinspirasikan daripada Boxpark London. Cukup Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar.

Terletak di bahagian luar berdekatan dengan laluan ke Tesco Mutiara Damansara, anda tidak perlu khuatir apabila musim hujan melanda kerana The Merchant turut menyediakan ruang makan yang terlindung di bahagian atas kafe kontena tersebut.

Alamat: Lot K-G16-W, The Curve, No. 6, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10 pagi – 10 malam)

Instagram: https://www.instagram.com/themerchant.lwa/

Facebook: https://www.facebook.com/themerchant.lwa

Delivery: linktr.ee/themerchantlwa

3. Restoran Tomyam Kaw

Bagi peminat makanan Cina Muslim, anda sebenarnya rugi besar sekiranya belum pernah menjejakkan kaki ke Restoran Tomyam Kaw di Clubhouse Cafeteria belakang guardhouse Bayu Puteri Apartments sebelum ini.

Percaya atau tidak, anda boleh dapatkan makanan bertaraf lima bintang ini dengan harga mesra poket sahaja dekat Restoran Tomyam Kaw. Sekiranya berkunjung ke sini, menu yang anda wajib cuba ialah Butter Prawn.

Kami berani jamin anda pasti akan berpuas hati dengan Butter Prawn di sini kerana ia bukan sahaja nampak menyelerakan tetapi rasanya sangat lazat dan sempurna sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Sekali cuba, pasti akan mahu lagi.

Butter Prawn – RM20

Selain itu, menu yang turut menjadi igauan ramai di sini ialah Sotong Salted Egg Yoke. Walaupun namanya Sotong Salted Egg Yoke, ia tidak terlalu masin jadi ia sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Anda yang bukan penggemar makanan masin juga pasti akan suka Sotong Salted Egg Yoke kerana makanan ini sungguh lazat sampai ia boleh hilang dalam sekelip mata.

Sotong Salted Egg Yoke – RM38

Keunikan hidangan yang ditawarkan di Restoran Tomyam Kaw ini terletak pada makanan Thailand dan Cina yang sedap serta datang dengan portion yang agak besar.

Untuk penggemar makanan Thailand, anda wajib cuba Tomyam Seafood di sini kerana ia mempunyai banyak makanan laut seperti udang dan sotong di dalamnya.

Selain itu, rasanya juga tidak berapa pedas jadi ia memang akan buatkan anda berpuas hati. Senang cerita, perut kenyang dan hati pun akan senang setiap kali menjamu selera di restoran Cina Muslim ini.

Tomyam Seafood – RM8

Siapa antara anda yang suka makan lala? Walaupun Kam Heong Lala di sini mempunyai rasa yang agak masam dan manis pada mulanya, tetapi ia berubah menjadi sedikit pedas pada akhirnya. Apa-apa pun, kombinasi rasa dalam hidangan ini memang akan buatkan semua penggemar hidangan berasaskan lala memang berpuas hati dan pasti mahu makan lagi.

Kam Heong Lala – RM13

Salah satu hidangan yang menjadi igauan ramai dekat restoran Cina Muslim di Petaling Jaya ini ialah Hokkien Mee. Kami berani jamin yang Hokkien Mee ini pasti akan kena dengan tekak anda kerana ia turut dihidangkan bersama kulit ayam.

Sekiranya anda mahu tahu, kami difahamkan bahawa Hokkien Mee ini sungguh sedap sampai licin pinggan semua yang pernah mencuba hidangan ini.

Hokkien Mee – RM9

Berita baik kepada semua, Restoran Tomyam Kaw turut menyediakan penghantaran makanan melalui Foodpanda dan GrabFood. Anda hanya perlu membuat pesanan sahaja dan makanan sedap serta panas ini akan sampai terus ke hadapan pintu rumah.

Selain di Petaling Jaya, Restoran Tomyam Kaw juga mempunyai satu cawangan lain yang bertempat di Bukit Subang, Shah Alam.

Alamat: Clubhouse Cafeteria, Bayu Puteri Apartments, Jalan Tropicana Selatan PJU3, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Ahad (12 tengah hari-10 malam)

Facebook: www.facebook.com/RestoranTomyam-Kaw-at-ARA

4. Mr Tako Bandar Utama

Untuk semua orang yang duduk di Damansara atau kawasan berdekatan, anda wajib datang ke kios Mr Tako Bandar Utama yang terletak di Restoran Al-Sarifa.

Sekiranya masih belum jumpa takoyaki Damansara yang mampu membuatkan orang ramai jatuh cinta pada gigitan pertama, itu maksudnya anda masih belum pernah cuba Mr Tako lagi.

Mr Tako bukanlah satu nama yang asing kepada peminat takoyaki. Selain mempunyai lebih daripada 200 cawangan di seluruh negara, takoyaki mereka tidak pernah kedekut bahan dan sentiasa dilimpahi sos istimewa yang membuatkan orang ramai termimpi-mimpi.

Atas sebab itu, Mr Tako sentiasa mendapat tempat tinggi dalam hati para peminat takoyaki. Satu perkara yang kami berani jamin tentang Mr Tako ialah kualiti sos mereka memang tidak ada tandingannya. Sekali dah cuba, anda memang tidak akan pandang jenama lain lagi.

Anda boleh beli takoyaki sotong, udang, ketam dan ayam daripada Mr Tako. Campur pun boleh. Pada pendapat kami, apa yang membezakan Mr Tako daripada jenama lain adalah keempukan takoyaki ini ditambah pula dengan sos asli atau pedas serta empingan bonito yang rangup memang akan meletakkan senyuman pada muka semua orang.

Kami turut difahamkan bahawa Spicy Takoyaki Mr Tako ini mampu membuatkan individu yang langsung tidak meminati takoyaki sebelum ini tiba-tiba berubah menjadi peminat snek berkenaan dalam sekelip mata. Menarik bukan?

Di Mr Tako Damansara, anda boleh dapatkan satu Single Pack Mr Tako untuk RM5 sahaja. Dalam Single Pack Mr Tako, terdapat lima biji takoyaki di dalamnya.

Anda boleh dapatkan 12 biji takoyaki pada harga RM10 sahaja. Jika sedang mencari takoyaki Damansara yang sedap dan murah, anda boleh dapatkan dari kios Mr Tako Bandar Utama.

Sekiranya tidak sempat datang ke kios Mr Tako Damansara pula, jangan khuatir kerana anda boleh WhatsApp 017-263 6805 dan tunggu ia dihantar terus ke hadapan pintu rumah.

Alamat: Restoran Al-Sarifa, Bandar Utama, Selangor (Sebelah Kondominium Pelangi Utama)

Waktu operasi: 1 petang-9 malam

Nombor telefon: 017-263 6805

5. Umami Boru

Sekiranya anda merupakan penggemar makanan Jepun, anda wajib berkunjung ke Umami Boru yang juga merupakan sebahagian daripada Beard Brothers’ BBQ dan Beard Brothers’ Deli.

Signature Bright Seafood Broth – RM20
Signature Beauty Chicken Broth – RM18
Signature Brawn Beef Broth – RM24

Terdapat tiga pilihan hidangan ramen yang anda wajib cuba di sini dan harga bagi setiap satu daripadanya adalah sangat berpatutan memandangkan saiz hidangannya yang besar dan rasanya yang enak. 

Rizalar Le Creme – RM14

Bagi pemburu kopi di luar sana, anda wajib letakkan Umami Boru sebagai salah satu tempat untuk dikunjungi kerana mereka juga turut menghasilkan jenama kopi mereka sendiri iaitu Ruzalar. Kopi ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu Cold Brew Coffee dan Le Creme Coffee. Difahamkan, minuman ini adalah versi halal kepada Baileys iaitu minuman berakohol.

Chicken Karaage – RM5
Vege Tempura – RM7

Selain itu, Chicken Karaage dan Vege Tempura mereka tidak kurang enaknya. Ia ranggup di luar dan lembut di dalam. Apabila dicecah dengan sos istimewa Umami Boru, memang berganda kelazatannya.

Edamame – RM5

Kami percaya yang sesuatu restoran tidak layak digelar restoran Jepun jika tiada Edamame dalam menu mereka. Edamame di Umami Boru sangat sedap dan pasti akan melengkapkan hidangan Jepun anda.

Alamat: P-G-2, Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana Golf & Country Resort, PJU 2 47410 Petaling Jaya, Kuala Lumpur 47410 Malaysia

Waktu operasi: Selasa-Ahad (6 petang-12 pagi)

Instagram: www.instagram.com/umamiboru

6. Seabites

Kiosk ini terletak berhampiran dengan Digital Mall di Petaling Jaya. Sekiranya anda tinggal atau bekerja berdekatan dengan Digital Mall, anda wajib berkunjung ke Seabites kerana bukan sahaja makanannya sedap dan berpatutan tetapi servisnya juga cukup pantas.

Nasi Ayam Berlado Lado – RM11.90

Salah satu juadah yang anda wajib cuba jika berkunjung ke sini adalah Nasi Ayam Berlado Lado mereka. Rasa pedas kuah ayam masak merah yang cukup menyengat pasti akan membuka deria rasa penggemar masakan pedas.

Tiger Laksa – RM8.90
Mee Kari Hari Hari – RM7.90

Selain itu, anda juga wajib cuba Tiger Laksa dan Mi Kari Hari Hari mereka. Kuahnya yang pekat akan buat anda teringat-ingat apabila pulang ke rumah nanti. Malah, saiz hidangannya juga cukup besar dan pasti akan buat anda kenyang sepanjang hari.

Fresh Pineapple Express (kiri) – RM6

Dengan cuaca panas yang seperti tidak berpenghujung, anda pasti mahukan minuman yang boleh menyegarkan tekak. Jika datang ke Seabites, anda wajib cuba Fresh Pineapple Express mereka kerana kombinasi nanas dan air soda adalah pilihan terbaik ketika cuaca panas.

Alamat: SB Express Kiosk @ PJ33, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (10 pagi-10 malam)

Instagram: www.instagram.com/seabitesmy

7. Restoran Maliki Nasi Kukus

Bagi penggemar hidangan nasi kukus di luar sana, anda wajib datang ke Restoran Maliki Nasi Kukus di Bandar Sunway. Meskipun nama restoran ini Restoran Maliki Nasi Kukus, menunya bukan sekadar nasi kukus semata-mata tetapi ada juga hidangan lain di sini.

Nasi Kukus Ayam Berempah – RM7.50
Nasi Kukus Ayam Cincang – RM7
Nasi Kukus Burung Puyuh – RM7.50

Terdapat pelbagai jenis nasi kukus yang anda boleh cuba di sini. Antaranya termasuklah Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Kukus Ayam Cincang dan Nasi Kukus Burung Puyuh. Berdasarkan rasa rempahnya yang terasa sehingga ke isi, kami percaya yang ia diperap dengan tempoh masa yang lama dan sempurna.

Ayam Penyet – RM8
Bawal Penyet – RM10
Keli Penyet – RM9
Talapia Penyet – RM10
Kembung Penyet – RM10

Selain nasi kukus, segala jenis nasi berlaukkan lauk penyet juga boleh didapati di Restoran Maliki Nasi Kukus. Sedap atau tidak hidangan jenis ini terletak pada sambalnya. Sambal penyet di restoran ini memang mengancam. Pedas, manis, masam, memang cukup rasa.

Nasi Ayam – RM6.50

Keistimewaan Nasi Ayam di restoran ini terletak pada perapan ayam yang sempurna dan juga sambalnya. Makan sekali pasti nak lagi.

Alamat: 20, Jalan PJS 8/17, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (8.30 pagi-3 pagi)

Instagram: www.instagram.com/maliki_nasi_kukus

8. Beard Brothers’ Deli

Satu lagi tempat makan best di Petaling Jaya yang anda wajib pergi ialah Beard Brothers’ Deli. Restoran ini merupakan sebahagian daripada Beard Brothers’ BBQ. 

Berbeza dengan Beard Brothers’ BBQ, Beard Brothers’ Deli menyediakan hidangan sandwic bersama pastrami ala Amerika yang sesuai dimakan ketika perut kosong. 

New York Pastrami – RM60
London Salt Beef – RM60

Antara menu yang anda wajib cuba sekiranya berkunjung ke sini ialah New York Pastrami dan London Salt Beef. Kombinasi daging brisket berserta roti yang lembut pasti membuatkan anda tidak pandang lagi pastrami di kedai lain.

The Cheesen One – RM10

Buat penggemar keju pula, anda mesti cuba hidangan The Cheesen One. Selalunya, apa-apa hidangan yang membabitkan keju mesti muak di penghujungnya tetapi tidak bagi hidangan ini. Hidangan terdiri daripada daging lembu yang disalai bersama keju cheddar terpilih ini adalah kombinasi paling sempurna pernah kami rasa.

Sofishcated – RM14
Ripper – RM8
Eggstatic – RM8

Selain itu, anda juga perlu memesan hidangan Sofishcated, Ripper dan Eggstatic mereka kerana setiap satu hidangan ini memiliki rasa yang lain daripada yang lain yang anda tidak akan dapat di mana-mana tempat sekalipun. 

Caesar Salad – RM8
Potato Salad – RM8

Bagi mereka yang tidak mahu sesuatu yang agak berat, anda boleh pesan Caeser Salad dan Potato Salad mereka. 

Mac & Cheese – RM8

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke Beard Brothers’ Deli, jangan lupa untuk pesan Mac & Cheese mereka. Selalunya, Mac & Cheese hanya sedap dimakan dua tiga suap sahaja kerana ia cepat muak. Berbeza dengan Mac & Cheese di sini yang menggunakan campuran keju mereka sendiri, kami berani jamin anda akan makan sampai licin dan mahukan lagi kerana rasanya sangat seimbang dan langsung tidak muak.

Alamat: P-G-2, Tropicana Avenue, Persiaran Tropicana Golf & Country Resort, PJU 2 47410 Petaling Jaya, Kuala Lumpur 47410 Malaysia

Waktu operasi: Selasa-Ahad (8 pagi-8 malam)

Instagram: www.instagram.com/beardbrothersdeli

9. Beard Brothers’ BBQ

Sekiranya anda merupakan ‘hantu’ makanan Barat, anda wajib berkunjung ke Beard Brothers’ BBQ yang memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam masakan tersebut.

Terdapat empat pilihan sos berbeza untuk dimakan bersama hidangan mereka iaitu Lamb Sauce Gordon, Memphis Smoky BBQ Sauce, Keramat Spicy BBQ Sauce dan White Alabama Chicken Sauce. Sos-sos tersebut adalah buatan mereka sendiri sekali gus menjadikannya lebih istimewa.

Behemoth 5.0 – RM300 sehingga RM400 (bergantung pada berat daging)

Hidangan yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini ialah Behemoth 5.0 yang dilengkapi dengan beef brisket, pulled lamb, burnt ends, beef ribs, ayam, mashed potatoes, coleslaw, woody chippy, brotato buns, cornbread, banana pudding, pai epal dan lemonade.

Beef briskets mereka sangat lembut dan kami sarankan anda untuk nikmatinya bersama Keramat Spicy BBQ Sauce. Rasa masam Keramat Spicy BBQ Sauce bersama keempukan beef briskets boleh diibaratkan seperti syurga buat penggemar daging.

Pulled lamb pula sesuai dimakan bersama Here’s The Lamb Sauce Gordon. Rasa sos yang tidak terlalu kuat memang akan melengkapi rasa enak asli pulled lamb.

Sama seperti namanya, burnt ends mempunyai rasa smoky yang membuatkannya cukup terkenal dalam kalangan peminat barbeku. Kombinasi terbaik adalah apabila ada menikmatinya bersama Memphis Smoky BBQ Sauce.

Ayam dalam hidangan ini pula sesuai dimakan bersama White Alabama Chicken Sauce. Rasa masam White Alabama Chicken Sauce akan melengkapi rasa isi ayam tersebut.

Beef ribs dalam hidangan ini adalah antara yang menjadi igauan ramai di Beard Brothers’ BBQ. Sekali anda cuba, pasti mahu lagi. 

Untuk pengetahuan anda, semua daging ini diimport khas dari Australia. Bagi air lemonade yang datang bersama hidangan ini pula, anda boleh mengisinya semula (refill) tanpa had.

Banana Pudding – RM3 & Apple Pie – RM10

Bagi penggemar pencuci mulut, anda wajib cuba Banana Pudding dan Apple Pie mereka. Aroma puding pisang ini sudah cukup untuk buat anda kenyang seminggu. Untuk Apple Pie pula, rasa epalnya yang cukup kuat dan diseimbangkan dengan rasa lemak manis merupakan pilihan terbaik selepas anda habiskan hidangan barbeku tadi.

Alamat: Tropicana Golf & Country Resort, P-G-01, Tropicana Avenue, Persiaran, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Khamis (12 tengah hari-2 petang, 6 petang-10 malam), Jumaat (6 petang-10 malam), Sabtu-Ahad (11 pagi-10 malam)

Instagram: www.instagram.com/beardbrothersbbq

Jadi, kedai mana satu yang anda bercadang untuk pergi?

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang tempat makan best di Shah Alam yang wajib anda kunjungi. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

https://iamlejen.com/12-tempat-makan-best-di-shah-alam-yang-anda-wajib-pergi-2020-terkini/#.X2QlXpMzZhE

Artikel Lain Untuk Di Baca