Selain menghadam cerita-cerita dalam novel, cerpen, artikel, lagu atau filem, kadang-kadang penulis suka juga layan cerita dalam iklan atau video pendek sambil kagum dalam diam betapa bagusnya skil penceritaan pengiklan yang pandai bermain dengan emosi penonton atau bakal pelanggan bagi mengkomersialkan sesuatu jenama produk.
Iklan-iklan dari negara Thailand dan Filipina ini kebanyakannya menarik mungkin kerana ceritanya yang banyak memberi pengajaran dan begitu dekat dengan kehidupan masyarakat seperti isu-isu peribadi, kepentingan kasih sayang dan kekeluargaan serta erti hidup yang sebenar. Secara peribadinya, antara iklan yang penulis berasa menarik untuk dikongsikan dengan anda adalah:
- Kisah tragedi cinta antara dua ekor cicak ini menunjukkan betapa pentingnya siling atap rumah yang kukuh.
2. Cerita tentang Cinderella zaman moden dan penamatnya akan merosakkan fairy tale zaman kanak-kanak anda.
3. Kucing-kucing gebu ini benci mandi dan mereka sedang berkomplot merancang sesuatu.
4. Kisah seorang lelaki yang menyayangi seseorang tanpa syarat.
5. Jangan menilai seseorang daripada media sosial.
6. Tidak semestinya perlu menjanjikan bulan atau bintang, sebiji burger kegemarannya pun mampu membuat perempuan itu tersenyum.
7. Hero sejati adalah seseorang yang sanggup berkorban demi orang yang tersayang.
8. There are no perfect fathers, but a father will always love perfectly. Nah, tisu.
9. Penamat cerita iklan ini agak kejam tetapi mesejnya adalah duit itu bukan saja perlu disimpan tetapi juga dibiakkan.
Itulah antara iklan dari negara jiran yang memaparkan masam manis kehidupan. Negara kita juga tidak kurang hebatnya dalam pembikinan video pendek atau iklan terutama ketika musim perayaan, antara yang paling legenda dan mengusik jiwa adalah iklan-iklan arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
“In the end, there are no such things as creative people; there are only sharp observers with sensitive hearts.” -Yasmin Ahmad.