9 Kursus Pelik-Pelik Tapi ‘Cool’ Yang Ditawarkan Di Universiti

Sejak kecil, kita sering dinasihatkan untuk belajar rajin-rajin sehingga ke menara gading. Tapi nak belajar apa sepanjang memanjat menara gading itu?

Dan keluar universiti nanti nak jadi apa, “Lawyer? Majistret?” tanya Nyonya Mansur dalam filem Ibu Mertuaku.

Berikut kursus-kursus di universiti yang anda tak sangka wujud selama ini:

1. Sains Dan Teknologi Luncur Ombak

Universiti: Cornwall College, UK.

Anda tidak hanya akan belajar macam mana cara nak meluncur tetapi juga sains di sebaliknya. Apa yang menarik, kelas berlangsung di tepi pantai dan pelajar boleh tentukan sendiri jadual kelas.

Prospek kerjaya: Peluncur ombak profesional dan model jenama Billabong.

2. Mengasuh

Universiti: Sullivan University, AS.

“Siti, apa cita-cita kamu?” tanya Cikgu Salmah.

“Saya nak jadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada anak-anak, cikgu.” jawab Siti.

“Bagus, kamu pula Abu?”

“Saya nak bantu Siti capai cita-citanya, cikgu.” jawab Abu sambil tersengih-sengih tengok Siti.

Prospek kerjaya: Ibu mithali dan buka taska atau tadika.

3. Pop Culture

Universiti: University of Baltimore, AS.

Anda akan belajar tentang pop culture yang berlaku pada abad ini dalam majalah, media sosial, festival dan hiburan. Antara modul yang unik dalam pengajian ini adalah ‘Zombie Dalam Media Popular.’

Prospek kerjaya: Kewartawanan, pengiklanan, perhubungan awam dan penyelidikan.

4. Mekap Dan Prosthetic

Universiti: London College of Fashion, UK

Kursus ini akan mengajar anda bagaimana cara untuk mekap dan menukar seseorang jadi hantu atau raksasa di set penggambaran TV atau filem.

Prospek kerjaya: Mekap artis atau jurusolek profesional.

5. Pengajian Pizza Hut

Universiti: Manchester Metropolitan University, UK.

Rangkaian Pizza Hut telah bekerjasama dengan universiti ini untuk tawarkan kursus ‘skil kepimpinan dan pengurusan’. Pelajar akan belajar tentang penghasilan makanan dan analisis kewangan, diasah untuk bekerja di mana saja, tidak semestinya Pizza Hut.

Prospek kerjaya: Usahawan atau pengurus syarikat.

6. Harry Potter

Universiti: University of Durham, UK.

Anda tidak akan diajar cara menunggang penyapu terbang atau menjampi sebaliknya tentang falsafah di sebalik siri novel ini.

Prospek kerjaya: Tidak diketahui, mungkin J. K. Rowling 2.0.

7. Seni Komik


Universiti: Minneapolis College of Arts and Design, AS.

Macam mana nak melukis komik dan bikin plot yang bagus? Kos ini boleh membantu anda.

Prospek kerjaya: Pelukis, artis, penerbit dan penulis komik.

8. Diploma Perfume

Universiti: Plymouth University, UK.

Pelajar diajar tentang cara menghidu bau-bauan minyak wangi, asal usulnya, perniagaan dan kaedah saintifik di sebalik pembuatan perfume.

Prospek kerjaya: Pengilang, pengasas, tauke dan jutawan kosmetik.

9. David Beckham

Universiti: University of Staffordshire, UK.

Di universiti ini, terdapat kursus ‘David Beckham’ di mana anda akan belajar tentang ikon bola sepak ini dari potongan rambutnya, perkahwinannya dengan Posh sehinggalah bagaimana dia menjadi subjek ‘fantasi’ wanita. Ladies, sila cop tempat anda sekarang.

Prospek kerjaya: Admin page David Beckham fan club.

Artikel Lain Untuk Di Baca