Search
Close this search box.

9 Kepercayaan Mengarut Tentang ‘Redheads’

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang Barat yang berambut merah terutama sekali perempuan dianggap sebagai ahli sihir. Ada juga yang percaya bahawa mereka yang berambut merah adalah mahkluk asing dan juga pontianak.

Akan tetapi, kepercayaan tentang golongan redheads ini adalah bertentangan sama sekali dengan sejarahnya. Kali ini kami kongsikan 9 kepercayaan mengarut tentang mereka yang berambut merah ini:

1. Kacukan manusia-alien

Terdapat teori konspirasi yang mempercayai bahawa orang berambut merah adalah hasil kacukan antara manusia dan alien. Buktinya termasuklah kewujudan raja dan permaisuri dan terdapat juga golongan alien dikenali sebagai Lyrans yang mengatakan bahawa mereka mempunyai rambut merah, berkulit mulus, dan warna mata yang terang.

Walau bagaimanapun, teori tentang raja dan permaisuri itu tidak benar sama sekali. Kebanyakan kerabat diraja yang berambut merah sebenarnya adalah kacukan daripada keluarga terdekat. Tidak pasal-pasal alien pula dipersalahkan.

2. Menjadi pontianak setelah mati

Walaupun pada hakikatnya Achilles, Helen of Troy dan Aphrodite telah mengatakan mereka semua mempunyai rambut merah, mitologi Greek menyokong kepercayaan orang yang berambut merah akan bertukar menjadi pontianak apabila telah mati.

Akan tetapi, memang benar yang orang berambut merah ini harus menjaga rambut mereka daripada terlalu terdedah kepada cahaya matahari kerana pigmen pheomelanin pada rambut mereka membolehkan mereka mendapat kanser melanoma. Mungkin orang Greek terlebih taksub dengan kisah daripada Jessica Hamby, True Blood sehingga membuat andaian sebegitu.

3. Terjadi daripada wanita dalam haid

Sesetengah orang beranggapan orang yang berambut merah terjadinya daripada hubungan seks ‘dalam keaadan kotor’ iaitu ketika haid. Orang dari abad pertengahan masih lagi memegang kepercayaaan ini hingga menyebabkan orang berambut merah yang malang terseksa dengan ejekan ‘tampon top’.

4. Abu orang berambut merah yang dibakar hidup-hidup menjadi baja

Pada zaman purba Egypt, dipercayai lelaki berambut merah dibakar secara hidup-hidup untuk dijadikan korban kepada Tuhan mereka iaitu Osiris. Abu mereka kemudiannya ditaburkan menggunakan kipas winnowing.

Sesetengah teori percaya bahawa orang Egypt melakukan pembajaan di ladang mereka untuk meningkatkan hasil tuaian. Ada juga yang berfikir orang Egypt mahu hasil tanaman jagung mereka bertukar kemerahan atau keemasan.

5. Wanita berambut merah adalah ahli sihir

Dalam cerita rakyat di German, wanita berambut merah dipercayai merupakan ahli sihir. Tanda lahir, bintik-bintik hitam pada wajah, ketuat dan juga tahi lalat dianggap sebagai tanda daripada syaitan dan mereka sering menjadi mangsa strip-searches.

Cara melupuskan ahli sihir yang paling popular pada masa itu adalah dengan membakar dan melemaskan individu tersebut. Lebih kurang 45,000 wanita telah diseksa dan dibunuh hanya kerana mereka berambut merah.

6. Tidak mempunyai roh

Jasad orang berambut merah dikatakan tidak mempunyai roh dan mereka boleh mencuri roh daripada jasad orang lain hanya dengan tatapan mata dan kepercayaan ini menjadi semakin popular.

Ada juga khabar angin yang mengatakan orang berambut merah memberi jiwa mereka kepada syaitan untuk meluaskan kejahatan dan berkhidmat kepada Dark Lord.

7. Membawa tuah

Sesetengah orang mengatakan bahawa menggosok kepala orang yang berambut merah akan memberi tuah. Di Poland, jika anda menjumpai tiga orang berambut merah sekaligus, anda akan menang loteri.

Di Corsia pula, seseorang itu mesti meludah dan pusing keliling apabila terserempak dengan orang berambut merah. Manakala di zaman purba Rome pula, hamba berambut merah lebih mahal daripada biasa kerana menurut kepercayaan mereka, ia akan memberi tuah kepada tuannya.

8. Ganas dan panas baran

Disebabkan warna merah melambangkan api, semangat dan bahaya, maka mereka beranggapan orang berambut merah bersifat ganas. Ada pepatah orang Rusia mengatakan “There was never a saint with red hair”. Mereka samakan orang berambut merah dengan syaitan kerana syaitan juga sering digambarkan mempunyai rambut merah.

9. Terlebih seksual

Masih lagi berkaitan dengan warna merah yang melambangkan keghairahan dan cinta, rambut merah menjadi sebagai tanda keinginan seksual yang kuat. Malah dalam lukisan Michelangelo’s Temptation, Eve digambarkan mempunyai rambut merah selepas dia ditendang keluar dari Taman Eden.

Jelas sekali, mitos tentang redheads mungkin patut diteliti sedikit. Sebelum anda menuduh kenalan anda yang berambut api merah seorang yang ganas atau tidak mempunyai jiwa, pertimbangkan dahulu mitos-mitos asing tentang redheads melalui sejarah.

Penulis

  • Nur Jannahtul Kamaliah Binti Abd Manaf adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca