9 Ahli Keluarga Maut Setelah Makan Mi Yang Disimpan Setahun Dalam Peti Sejuk

Sembilan orang dari ahli keluarga yang sama telah meninggal dunia setelah makan mi jagung yang ditinggalkan selama setahun di dalam peti sejuk. Mereka mengalami keracunan makanan setelah makan hidangan mi buatan sendiri yang disebut Suantangzi, makanan Cina tempatan yang terkenal pada 5 Oktober lalu.

Berasal dari bandar Jixi, wilayah timur laut China, Heilongjiang, tujuh orang dewasa disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober diikuti kematian kelapan dua hari kemudian.

Sumber: Dailystar

Dipercayai anggota keluarga terakhir yang memakan sup itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Li, turut meninggal dunia pada hari Isnin berikutnya. Namun tiga kanak-kanak daripada keluarga itu telah terselamat apabila memilih untuk tidak memakan mi tersebut kerana rasanya yang kurang enak.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan bahawa mi yang diperbuat dari tepung jagung itu telah terperam selama setahun lalu mengakibatkan mi tercemar dengan asid bongkrek.

Pengarah keselamatan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, memberitahu China News Service bahawa keracunan asid bongkrek seringkali membawa maut.

Menurut Gao, gejala keracunan bongkrek biasanya akan bermula dalam beberapa jam setelah makan makanan yang tercemar termasuklah sakit perut, berpeluh, kelemahan genera dan akhirnya koma. Kematian boleh berlaku dalam masa 24 jam setelah keracunan.

“Asid bongkrek boleh menyebabkan kerosakkan serius pada organ manusia termasuk hati, ginjal, jantung, dan otak. Saat ini, tiada penawar khusus buat keracunan bongkrek kerana setelah keracunan, kadar kematian boleh mencapai 40 hingga 100 peratus.” jelas Gao.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca