8 Tips Untuk Memilih Institusi Pengajian Tinggi Yang Sesuai Buat Lepasan SPM/STPM

Para pelajar pasti akan terfikir-fikir apakah kriteria penting memilih institusi pengajian yang terbaik selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau STPM. Selain memilih bidang pengajian yang sesuai, tempat sambung belajar juga memainkan peranan penting dalam memastikan alam pembelajaran anda berjalan lancar, pelaburan anda dan keluarga tidak sia-sia.

Sekiranya anda merupakan lepasan SPM, STPM dan O-Level, berikut kami kongsikan tips-tips untuk memilih tempat pengajian terbaik untuk menyambung pelajaran:

1. Menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar

Kepada pelajar yang kurang berkemampuan, anda tidak perlu risau kerana ada beberapa institusi pengajian tinggi yang menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar.

Sebuah tempat pengajian yang terbaik akan membuka peluang kepada semua dengan menyediakan bantuan kewangan untuk para pelajar yang kurang berkemampuan.

Terdapat pelbagai jenis pilihan bantuan kewangan disediakan untuk para pelajar:

i. Pusat Pungutan Zakat

ii. Tabung bantuan kewangan pelajar kolej di mana pelajar mengikuti pengajian

Selain menampung kos pengajian, beberapa kolej swasta juga ada menyediakan program untuk para pelajar mencari duit poket lebih sepanjang tempoh pengajian. Melalui program tersebut, para pelajar boleh mendapat komisen untuk menampung perbelanjaan pengajian.

2. Menyediakan kemudahan penginapan pelajar

Bagi para pelajar yang tinggal jauh dari kolej atau baru pertama kali menyambung pelajaran di perantauan, tempat tinggal sudah semestinya merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan apabila memilih tempat sambung belajar.

Salah satu fasiliti yang perlu ada di sebuah tempat pengajian adalah kemudahan penginapan yang selesa kepada para pelajar.

Anda perlu membuat pilihan tepat dalam perkara ini kerana ada beberapa institusi yang turut memberikan penginapan secara percuma sekurang-kurangnya untuk pelajar semester pertama. Dari situ, anda sudah boleh dapat menjimatkan wang selain berpeluang membiasakan diri dengan suasana pengajian di tempat baharu.

3. Menyediakan kemudahan pengangkutan

Tidak semua pelajar mampu memiliki kenderaan sendiri dan ada juga kolej atau universiti yang tidak membenarkan pelajar pada awal semester membawa kenderaan. Oleh itu, kemudahan pengangkutan adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan bagi para pelajar bagi memudahkan pergerakan dari hostel atau tempat penginapan ke kolej selain melancarkan urusan pembelajaran.

Beberapa tempat pengajian turut menawarkan pas bulanan untuk pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.

4. Menyediakan infrastruktur komprehensif dan lokasi strategik

Satu lagi elemen yang perlu anda titikberatkan dalam pemilihan tempat pengajian yang terbaik adalah infrastruktur komprehensif dan lokasi tempat belajar itu sendiri.

Dengan infrastruktur yang komprehensif, pengalaman pembelajaran para pelajar akan menjadi lebih selesa dan kondusif. Beberapa kolej yang turut menyediakan fasiliti baharu untuk para pelajar dalam memastikan proses pengajian pelajar berjalan lancar, selesa dan memenuhi kehendak perubahan dalam pendidikan.

Suasana dan persekitaran yang selesa akan membuatkan pelajar lebih seronok untuk menimba ilmu.

Fasiliti yang perlu ada di sesebuah tempat pengajian dalam menjadikan ia tempat pembelajaran komprehensif terdiri daripada:

i. Bilik kuliah/seminar

ii. Makmal Pengajian (bagi kursus-kursus berkaitan)

iii. Makmal Komputer

iv. Foyer untuk para pelajar berkumpul

v. Kafeteria

vi. Lokar pelajar

vii. Gimnasium

viii. Pusat Sumber

ix. Surau

x. Mesin ATM

xi. Kedai runcit

xii. Kedai kopi dan bakeri

xiii. Kedai dobi

xiv. Klinik dan farmasi

Kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran terutamanya dalam bidang kesihatan, lokasi kolej yang strategik iaitu berdekatan dengan hospital atau institut kesihatan juga merupakan nilai tambah dalam pengajian Sains Kesihatan.

Lebih menarik sekiranya kolej tersebut dimiliki oleh syarikat yang mempunyai hospital dan perkhidmatan kesihatan bagi memudahkan untuk latihan semasa sedang belajar atau bagi tujuan latihan industri.

5. Menawarkan kemudahan pinjaman kewangan pelajar

Pasti ada di antara anda yang skeptikal untuk menyambung pengajian di kolej atau universiti swasta kerana yuran yang agak mahal berbanding institusi pendidikan awam.

Institusi pengajian yang terbaik untuk lepasan SPM/STPM sudah semestinya menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar.

Anda perlu pastikan kolej pengajian mempunyai beberapa jenis pilihan kemudahan pinjaman disediakan untuk menyambung pengajian seperti:

i. PTPTN

ii. Affin Bank

iii. Bank Rakyat

Pastikan kursus-kursus yang ditawarkan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan akreditasi (sama ada provisonal atau penuh) dari MQA bagi membolehkan ibu bapa pelajar mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai yuran pengajian.

6. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi

Satu lagi elemen yang perlu ada di sesebuah institusi pengajian tinggi adalah pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.

Kursus pengajian adalah titik permulaan sesebuah karier pada masa hadapan. Dengan adanya pensyarah yang berpengalaman, ia mampu memudahkan para pelajar lebih memahami bidang yang mereka pelajari.

Pensyarah yang berpengalaman dalam industri pula akan membantu pelajar memahami suasana sebenar alam pekerjaan dan ini membantu pelajar lebih bersedia untuk bekerja dalam industri berkaitan selepas tamat pengajian.

7. Menyediakan peluang pasaran pekerja yang tinggi

Perkara yang seringkali menjadi dilema kepada ibu bapa atau para mahasiswa adalah peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Jadi, dalam memilih institusi pengajian tinggi yang sesuai, anda perlu lihat dari segi peluang pasaran pekerjaan yang tinggi seperti bekerja dalam kumpulan perniagaan kolej tersebut ataupun peluang bekerja dengan rakan industri terkemuka.

8. Menawarkan latihan kemahiran untuk kebolehpasaran pelajar

Dari sudut pandangan seorang majikan, mereka percaya bahawa graduan yang berguna untuk syarikat adalah seseorang yang mempunyai kemahiran yang dapat penuhi kehendak industri.

Graduan baharu yang menjadi pilihan pihak majikan bukan sahaja memiliki kelayakan dalam bidang pengajian tetapi memiliki kebolehan atau kemahiran individu tertentu di luar bidang pengajian.

Institusi pengajian tinggi yang unggul akan menawarkan latihan kemahiran untuk kebolehpasaran para pelajar seperti:

i. Basic life support

ii. Data science

iii. Digital marketing

iv. Entrepreneurship

v. Finishing school

vi. Professional communication

Kesemua 8 tips di atas anda boleh dapat sebagai pelajar di IJN College.

IJN College adalah salah satu institusi pengajian tinggi yang terbaik di Malaysia. Selain daripada dimiliki oleh kumpulan penyedia perkhidmatan kesihatan jantung terkenal di dunia, ia mempunyai jalinan industri yang baik dan pakej pembelajaran pengajian tinggi yang serba lengkap serta komprehensif.

Sebelum ini, kami juga ada menulis tentang 8 Sebab Mengapa IJN College Pilihan Terbaik Untuk Lepasan SPM Sambung Pengajian.

Kursus pengajian yang ditawarkan

Kini IJN College membuka pendaftaran bagi kemasukan Julai 2021.

Bagi anda yang masih tercari-cari bidang untuk melanjutkan pelajaran di menara gading nanti, terdapat lima kursus pengajian yang ditawarkan di IJN College untuk lepasan SPM/STPM:

i. Diploma Psikologi (N/311/4/0120)(PA 13376)- 18/7/2020-7/7/2025

ii. Diploma Farmasi (N/727/4/0102)(PA 12881)- 5/3/2020-4/3/2025

iii. Diploma Fisioterapi (N/726/4/0091)(PA 12879)- 2/9/2020-1/9/2025

iv. Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan (N/720/4/0129)(PA 12880)- 2/9/2020-1/9/2025

v. Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (N/862/4/0070)(PA 13901)- 22/9/2020-28/9/2025

Untuk pengetahuan anda, tempoh pengajian bagi kelima-lima kursus di atas ialah tiga tahun.

Yuran pendaftaran

Yuran pendaftaran IJN College adalah RM1,000. Walau bagaimanapun, ada berita baik untuk semua apabila anda mendaftar sehingga 30 Jun 2021.

Anda dapat menikmati Bantuan Pendidikan Tinggi sebanyak RM200 yang ditawarkan oleh IJN College untuk membiayai yuran pendaftaran bagi setiap permohonan yang dibuat sehingga 30 Jun 2021. Kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar di IJN College bagi sesi kemasukan Julai 2021, anda hanya perlu membayar RM800 untuk yuran pendaftaran.

Cara daftar IJN College

Kepada anda yang berminat untuk memohon kemasukan ke IJN College, anda boleh klik pada pautan INI.

Pihak pengurusan IJN College akan menghubungi anda bagi urusan selanjutnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi IJN College:

Alamat: 145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Laman sesawang rasmi: https://www.ijncollege.edu.my/

Facebook: www.facebook.com/IJN-College

Instagram: @ijncollege

Twitter: @IJNCollege

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan IJN College, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca