8 Tempat Makan ‘Best’ Di Kuala Lumpur Yang Anda Wajib Kunjungi

Amaran! Artikel ini bukan sahaja menyenaraikan tempat makan menarik tetapi juga snek dan katering yang sedap di Kuala Lumpur.  

Bagi menjimatkan masa anda membuat pilihan tempat makan atau mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang salah dan tidak berbaloi, berikut kami kongsikan lapan tempat makan best di Kuala Lumpur yang anda wajib pergi:

1. Restoran Mummy Aira

Untuk penggemar makanan Indonesia, anda wajib berkunjung ke Restoran Mummy Aira di Taman Overseas Union yang memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam masakan tersebut.

Keunikan hidangan di Restoran Mummy Aira adalah ia merupakan resipi turun-temurun ibu mertua pemilik restoran sendiri yang memang berasal dari Indonesia. Pendek cerita, rasa semua hidangan di sini saling tidak tumpah seperti makanan dekat Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga tahap kepedasan makanan di Restoran Mummy Aira iaitu Biasa, Mak Tiri dan Arwah. Pada pendapat kami, tahap kepedasan biasa pun sudah cukup pedas tetapi semua orang mempunyai cita rasa berbeza.

Jadi, sekiranya anda memang suka makan makanan pedas tidak boleh bawa bincang, boleh tambah RM1 untuk Mak Tiri atau Arwah. Salah satu hidangan yang anda wajib cuba sekiranya berkunjung ke sini ialah Bebek Pedas.

Bebek Pedas – RM15

Isi itik lembut yang digoreng dan diperap dengan rempah cili sekali dihidangkan bersama nasi panas adalah kombinasi terbaik pernah kami rasa.

Kami faham kenapa Bebek Pedas menjadi igauan ramai kerana itik yang diperap dengan beberapa jenis rempah cili ini langsung tiada bau hanyir dan tekstur dagingnya sangat lembut pada setiap gigitan.

Untuk yang tidak suka makan daging itik kerana ia mempunyai bau hanyir dan teksturnya yang agak liat, anda tidak perlu risau lagi dan cuba Bebek Pedas di sini. Sekali dah cuba, pastinya akan mahu lagi.

Ayam Penyet di Restoran Mummy Aira ialah salah satu hidangan yang anda wajib cuba. Ia dihidangkan bersama sambal cili merah dan ulaman segar. Kepedasan sambal cili tersebut dihidangkan bersama nasi panas mampu membuka deria rasa penggemar makanan pedas.

Ayam Penyet – RM11.90

Selain itu, anda wajib untuk mencuba Ayam Bakar di sini. Untuk Ayam Bakar, biarlah gambar yang berbicara. Ayam yang disaluti dengan kuah rempah sama seperti sate ini mampu membuatkan perut anda berkeroncong semula walaupun baru sahaja makan beberapa minit lalu.

Anda boleh pilih bahagian ayam juga mengikut cita rasa masing-masing. Sekiranya tidak boleh makan makanan pedas, anda wajib cuba Ayam Bakar. Kami berani jamin, pasti termimpi-mimpi dibuatnya!

Ayam Bakar- RM12.90

Dalam pada itu, anda perlu cuba Sate Madura kerana ia sedikit berbeza dengan sate yang anda biasa makan. Terdapat tiga pilihan sate di Restoran Mummy Aira iaitu daging, ayam atau kambing.

Sate Madura ini tidak manis dan anda boleh makan dengan kuah kacang atau kicap serta cili. Dua-dua pun sedap. Apabila pelanggan membuat pesanan, barulah mereka akan bakar sate tersebut.

Sate kambing mereka memang agak empuk dan tidak berbau hamis. Walaupun ia merupakan kali pertama kami makan sate dengan asam dan bawang, rasanya tetap sedap. Anda memang rugi besar sekiranya tidak pernah makan Sate Madura. Kuah pun tidak pedas.

Sate Madura Daging dan Kambing – RM1.50/ batang, Sate Madura Ayam- RM1.20/ batang

Tidak lengkaplah sesuatu hidangan itu tanpa pencuci mulut. Dengan cuaca panas yang seperti tidak berpenghujung, anda pasti mahukan pencuci mulut yang boleh menyegarkan tekak.

Jika datang ke Restoran Mummy Aira, anda wajib cuba Es Teler. Es Teler ini air kelapa ais yang turut dihidangkan bersama buah nangka dan avokado. Pada pendapat kami, rasa segar buah-buahan tersebut ditambah pula dengan rasa lemak air kelapa adalah pilihan terbaik ketika cuaca panas.

Es Teler- RM9.90

Sekiranya anda tidak minat air kelapa, boleh cuba Koktail Buah-Buahan Segar. Rasa segar dan manis betik, anggur, kiwi serta mangga dalam Koktail Buah-Buahan Segar akan dapat menyeimbangi kepedasan hidangan-hidangan utama. Ia merupakan minuman terbaik selepas makan makanan pedas.

Koktail Buah-Buahan Segar – RM8.50

Untuk penggemar manisan, apa kata anda cuba Martabak Pelangi pula? Martabak Pelangi ini boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Anda dapat pilih topping sendiri. Harga Martabak Pelangi ini akan berbeza ikut topping.

Untuk pengetahuan anda, isi durian dan nangka adalah daripada buah-buahan itu sendiri dan bukannya pes. Kepada ‘hantu’ durian dan nangka, boleh dapatkan Martabak Pelangi dengan kedua-dua topping ini.

Kami telah mencuba Martabak Pelangi dengan Nutella, Cheddar Cheese, Strawberi, Chocolate Rice, Oreo dan kacang. Sejujurnya, Martabak Pelangi ini memang sedap sehingga menjilat jari kerana ia langsung tidak membuatkan anda muak.

Martabak Pelangi- Harga berbeza ikut topping

Terdapat 20 pilihan inti untuk Murtabak Manis atau lebih dikenali sebagai apam balik oleh rakyat Malaysia. Untuk Apam Balik Pandan, anda boleh bau aroma pandan dan kelembutan martabak manis tersebut pada setiap gigitan. Ia sungguh enak sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Apam Balik Satu Rasa – RM10.90

Disebabkan ia mempunyai 20 pilihan topping, anda boleh campur inti tersebut. Siapa sangka keju dan coklat akan jadi kombinasi terbaik untuk apam balik?

Kepada peminat keju, anda wajib cuba hidangan ini. Ia tidak terlalu manis dan apam balik pun tebal serta penuh dengan inti.

Untuk Apam Balik Gabungan Dua Rasa iaitu Coklat dan Keju, anda memang akan menyesal jika tidak mencuba hidangan ini kerana ramai orang sudah terpaut dengan kelazatan snek ini.

Apam Balik Gabungan Dua Rasa – RM14

Pernahkah anda dengar tentang Roti Bakar Bandung sebelum ini? Sekiranya memesan Roti Bakar Bandung, anda akan dapat sebuku roti tersebut. Roti bakar ini rangup dan tebal serta keju pun banyak.

Walaupun ini merupakan kali pertama makan Roti Bakar Bandung, ia pastinya bukan akan jadi kali terakhir kami menikmati hidangan tersebut.

Sama seperti apam balik, terdapat 20 pilihan topping dan anda boleh pilih inti kegemaran masing-masing. Roti Bakar Bandung dan apam balik ini pula sedap dimakan ketika panas. Baik apam balik ataupun roti bakar Bandung, ia memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk ia dimasak sepenuhnya.

Roti Bakar Bandung (1 perisa)- RM12

Sekiranya berada dalam keadaan terburu-buru, boleh WhatsApp pihak restoran dahulu waktu yang anda akan datang ke kedai makan tersebut. Jangan risau, Roti Bakar Bandung akan kekal panas ketika anda sampai ke restoran tersebut.

Ia bukanlah kedai makanan Indonesia sekiranya tidak mempunyai bakso. Untuk Bakso Beranak, terdapat telur puyuh dan bakso kecil. Anda perlu makan Bakso Beranak dengan sos yang disediakan. Jika ia dimakan begitu sahaja, bakso itu akan terasa tawar.

Bakso Beranak ini memang mempunyai portion yang agak besar. Jadi, ia boleh dikongsi antara dua sehingga tiga orang. Satu perkara yang kami betul-betul suka tentang kedai makan ini adalah ia datang dengan portion yang agak besar pada harga yang cukup berpatutan.

Bakso Beranak – RM15

Kami difahamkan bahawa Jus Avocado ini sentiasa mendapat tempat yang tinggi dalam hati para pelanggan tetap kedai ini. Pertama sekali, jus avokado ini sangat berlemak dan berkrim.

Ia tidak terlalu manis walaupun ditambah dengan coklat di dalamnya. Menariknya, jus ini mampu hilang dalam sekelip mata sebaik sahaja anda menghirup minuman tersebut. Penggemar jus buah-buahan wajib cuba minuman ini. Kami berani jamin, anda pasti akan berpuas hati.

Jus Avocado – RM8

Semua penggemar makanan Indonesia wajib datang ke sini. Ia turut membawa masuk pelbagai snek dan minuman yang hanya boleh didapati di Indonesia sahaja ke Malaysia.

Sekiranya tidak berkesempatan datang makan di kedai, restoran ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan ke Lembah Klang. Anda cuma perlu menghubungi 010-669 9736.

Alamat: Restoran Mummy Aira, A2-0, Parklane, 23, Jalan 1/152, Taman Overseas Union, 58200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin- Ahad (10 pagi-10 malam)

Facebook: www.facebook.com/Restoran-Mummy-Aira/

Nombor telefon: 010-669 9736

2. Mahkota Briyani

Bagi penggemar hidangan nasi beriani di luar sana, kami berani jamin yang anda tidak akan menyesal jika datang ke Mahkota Briyani kerana ia mempunyai nasi beriani Johor terbaik di Wangsa Maju.

Terdapat tiga pilihan lauk dekat sini iaitu daging masak hitam, ayam masak merah dan kambing masak briyani. Sekiranya anda mahu tahu, mereka yang tidak minat dengan nasi beriani pun boleh jatuh cinta dengan hidangan ini selepas suapan pertama.

Nasi Briyani Ayam Masak Merah

Kami percaya lauknya diperap dengan tempoh masa yang lama dan sempurna berdasarkan rasa rempahnya yang terasa sehingga ke isi. Selain itu, keempukan lauknya membuatkan nasi beriani ini jadi lagi lazat.

Nasi Briyani Daging Masak Hitam

Salah satu hidangan yang paling menjadi igauan ramai di Mahkota Briyani ialah Kambing Masak Briyani. Keempukan dagingnya sekali dengan rasa rempahnya yang cukup menyengat pasti akan membuatkan anda makan sampai licin. Makan sekali, pasti mahu lagi.

Kambing Masak Briyani

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang makan di kedai, Mahkota Briyani turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi aplikasi Dego, Foodpanda dan Grab.

Alamat: No 15 Medan Selera Seksyen 10 Jalan 3/27E Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Instagram: www.instagram.com/mahkota_briyani

2. Restoran Dee Nasi Ayam

Jika sudah bosan dengan nasi ayam biasa, anda wajib berkunjung ke Restoran Dee Nasi Ayam di Pandan Indah kerana apa yang ditawarkan sini cukup berbeza dengan kedai-kedai nasi ayam yang lain.

Mana tidaknya, Restoran Dee Nasi Ayam ialah satu-satunya restoran di Malaysia yang menawarkan nasi ayam dengan 15 jenis rasa. Jadi, anda memang rugi besar kalau belum pernah menjejakkan kaki ke sini.

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai di restoran ini ialah Nasi Ayam Roasted. Nasi Ayam Roasted di sini mendapat tempat tinggi dalam hati para peminat kerana rasanya yang memang sedap sampai termimpi-mimpi.

Nasi Ayam Roasted – RM7

Kami difahamkan bahawa Nasi Ayam Roasted ini diperap dengan rempah rahsia dan cara penyediaan mereka juga berbeza daripada yang lain. Satu perkara yang pasti, kelazatan nasi ayam ini memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Memang sedap habis!

Selain itu, Nasi Ayam Kambing Bakar turut menjadi salah satu hidangan laku keras di Restoran Dee Nasi Ayam. Siapa sangka nasi ayam dengan kambing bakar ini sungguh empuk dan rasa rempahnya boleh terasa sampai ke isi? Maka, tidak hairanlah Nasi Ayam Kambing Bakar ini dilabel the best in town kerana ia mampu membuatkan semua orang jatuh cinta dengan rasa pertama.

Atas sebab itu juga, kami percaya anda yang sedang food-hunting untuk tempat makan best di Kuala Lumpur wajib datang ke Restoran Dee Nasi Ayam kerana mereka menyajikan 15 rasa nasi ayam yang berbeza.

Nasi Ayam Kambing Bakar – RM15.90

Apa-apa pun, anda memang rugi besar kalau tidak pernah cuba Nasi Ayam Kambing Bakar di sini kerana ia juga datang bersama sos lada hitam yang cukup menyengat untuk dicicah dengan kambing bakar.

Buat anda yang tidak gemar makan daging kambing kerana bau hamisnya sebelum ini, anda tidak perlu risau lagi dan boleh cuba Nasi Ayam Kambing Bakar di sini. Kami berani jamin, pasti termimpi-mimpi dibuatnya! Sekali dah cuba, pasti nak lagi.

Dalam pada itu, anda tidak layak gelar diri sendiri pencinta nasi ayam sekiranya tidak pernah makan Nasi Sup Ayam Dara sebelum ini. Nasi Sup Ayam Dara ini sedikit istimewa kerana anda makan nasi sekali dengan sup. Sudahlah isi ayam lembut dan disediakan dalam portion yang besar, aroma sup ini juga mampu membuatkan perut yang kenyang menjadi lapar semula.

Untuk pengetahuan anda, Restoran Nasi Ayam Dee turut menyediakan penghantaran makanan terus ke hadapan pintu rumah. Sekiranya kelazatan nasi ayam di sini masih tidak mampu meninggalkan fikiran anda tetapi tidak sempat untuk datang ke kedai, boleh sahaja membuat pesanan melalui Dee Delivery, Foodpanda dan Grabfood.

Anda boleh WhatsApp 019-9535090 untuk membuat pesanan melalui Dee Delivery. Mereka akan hantar makanan tersebut menggunakan Dee Delivery sekiranya tempat tinggal anda adalah lima kilometer dari restoran berkenaan.

Alamat: No 41G, Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10 pagi- 10 malam)

Instagram: www.instagram.com/deenasiayam_official/

Facebook: www.facebook.com/DeeNasiAyamPandanIndah/

Nombor telefon: 019-9535090 (WhatsApp)

3. Nasi Kukus D’Campbell

Untuk penggemar nasi kukus pula, pernahkah anda cuba Nasi Kukus D’Campbell sebelum ini? Sekiranya tidak adalah jawapan, anda rugi besar kerana hidangan nasi kukus di sini memang akan membuatkan anda tidak tidur lena kerana termimpi-mimpi.

Anda tidak perlu pergi ke Kelantan kerana gulai di Nasi Kukus D’Campbell ini mempunyai rasa yang sama seperti di sana. Sedap atau tidak nasi kukus ini terletak pada sambal mereka. Satu perkara yang pasti, kami sedar kenapa hidangan di sini menjadi igauan ramai kerana sambalnya mempunyai rasa pedas dan manis yang sempurna.

Nasi Kukus D’Campbell turut menyediakan in house delivery. Jadi jika anda tidak dapat lupakan kelazatan makanan ini tetapi tidak berkesempatan untuk datang ke kedai, mereka boleh uruskan penghantaran terus ke depan pintu rumah anda. Anda boleh WhatsApp 011-28936608 atau 013-3818401 untuk membuat pesanan.

Alamat: Odeon Walk, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10 pagi sehingga 7 malam)

Facebook: www.facebook.com/Nasi-Kukus-dCampbell

4. Poketto

Sekiranya anda merupakan seorang penggemar pencuci mulut yang unik, anda pasti akan suka Poketto. Didatangi dengan enam perisa berbeza iaitu Pandan Gula Melaka, Oreo Cheesecake, Mango Cheesecake, Berrylicious, Cheese dan Belgian Chocolate, ia lebih enak dimakan dalam keadaan sejuk.

Kami berani jamin yang satu kotak Poketto ini tidak memang tidak akan cukup terutamanya jika anda tinggal dan menikmatinya bersama keluarga. Rasa Poketto ini sama seperti aiskrim dan ia cair dalam mulut.

Anda juga tidak akan rasa muak kerana Poketto ini tidak terlalu manis. Jadi ia sesuai untuk semua lapisan umur. Makan sekali, kami berani jamin anda pasti akan mahu lagi.

Buat yang mahukan Poketto tetapi bimbang tempat tinggal anda tidak termasuk dalam kawasan penghantaran mereka, anda boleh klik pada halaman Facebook Poketto.HQ untuk lokasi ejen.

Facebook: www.facebook.com/PokettoHQ

5. Belley Mart

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa pada waktu artikel ini ditulis, anda pasti mahu menyimpan stok makanan sejuk beku (frozen food) di rumah. Oleh itu, Belley Mart adalah pilihan terbaik.

Dengan pilihan makanan yang banyak seperti otak-otak, pepes ayam, popia satar, takoyaki dan banyak lagi, anda boleh panaskan sahaja makanan ini ketika lapar.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa, rasa makanan-makanan sejuk beku Belley Mart ini memang cukup lazat sampai gigitan terakhir. Berdasarkan pengalaman kami, satu paket memang tidak akan cukup. Oleh itu, anda dinasihati untuk beli lebih kerana hidangan enak wajib dikongsi supaya lebih ramai orang tahu.

Untuk delivery pula, Belley Mart membuat penghantaran makanan ke Gombak, Kuala Lumpur, Kepong, Selayang, Taman Melati, Sri Rampai Wangsa Maju, Setapak, Taman Melawati dan Ampang.

Walau bagaimanapun, Belley Mart boleh membuat penghantaran makanan ke mana-mana sahaja selagi anda masih berada dalam kawasan Lembah Klang. Anda boleh buat tempahan makanan secara dalam talian di sini.

Instagram: www.instagram.com/belleymart/

Facebook: www.facebook.com/Belley-Mart

Nombor telefon: 0123878984

6. Congkak KL

Satu lagi tempat makan sedap di Kuala Lumpur ialah Congkak KL. Walaupun Bukit Bintang ‘ditenggelami’ dengan restoran Timur Tengah dan makanan segera, Congkak KL boleh dilihat sebagai permata tersembunyi yang mengetengahkan makanan Melayu di sebalik kesesakan bandar berkenaan.

Menu utama mereka iaitu Nasi Ambeng memang layak dilabel sebagai the best in town. Kebiasaannya Nasi Ambeng ini boleh dikongsi antara empat sehingga lima orang dalam majlis-majlis khas tetapi Nasi Ambeng di Congkak KL ini sedikit berbeza kerana ia boleh dikongsi sehingga lapan orang. 

Nasi Ambeng (1 pax) – RM30

Ia turut dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk pauk yang anda boleh pilih iaitu gulai ayam, ikan goreng berlado, ayam masak kicap, daging masak kicap, ikan goreng sambal tumis dan banyak lagi.

Untuk pencuci mulut pula, anda boleh cuba hidangan Tauhu Telur yang menjadi pilihan ramai. Menara tauhu telur yang dipenuhi dengan lapisan telur dan dihidangkan di atas sos kacang serta dihiasi parutan timun dan taburan kacang tanah ini pastinya akan membuat anda mahu datang lagi.

Tauhu Telur – RM25

Anda boleh dapatkan hidangan-hidangan di atas melalui aplikasi GrabFood dan Foodpanda sekiranya tidak boleh datang ke kedai. Anda juga boleh self pickup dengan WhatsApp Congkak KL di 019-2897008.

Alamat: 24, Jalan Beremi, Off, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Ahad- Sabtu 12 tengah hari sehingga10 malam (dine in), 12 tengah hari sehingga 9 malam (self pickup dan delivery)

Instagram: www.instagram.com/congkakkl/

Facebook: www.facebook.com/congkakkl/

Twitter: www.twitter.com/congkakkl/

7. Nippon Sushi

Untuk tempat makan best di Kuala Lumpur, anda memang rugi besar kalau tidak pernah mencuba Nippon Sushi sebelum ini. Bagi ‘hantu’ makanan Jepun di sekitar Kuala Lumpur, anda wajib datang ke Nippon Sushi. Menariknya, menu di Nippon Sushi bukan sekadar sushi semata-mata tetapi ada banyak lagi hidangan lain di sini.

Sebagai pembuka selera, anda wajib cuba hidangan Cheesy Tori Karaage. Kami berani jamin ayam goreng cincang yang dihidangkan bersama sos manis pedas dengan keju cair ini pasti akan buat anda teringat-ingat apabila pulang ke rumah nanti dan mahukan lagi kerana rasanya yang cukup sempurna.

Cheesy Tori Karaage – RM16.10

Bagi anda yang baru pertama kali ingin mencuba makanan Jepun, Beef Teppanyaki ialah salah satu hidangan yang laku keras di sini. Saiz hidangan daging lembu, sayur dan nasi ini cukup besar dan pastinya akan membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Antara pilihan teppanyaki yang lain ialah Chicken Teppanyaki, Salmon Teppanyaki, Prawn Teppanyaki dan Seafood Combo.

Beef Teppanyaki – RM21.50

Selain di Ampang, Nippon Sushi turut mempunyai 13 cawangan lain iaitu Shah Alam, Bangi, Batu Caves, Klang, Kelana Jaya, Subang Parade, Kajang, Seremban, Batu Pahat, Muar, Pasir Gudang, Melaka dan Kuantan.

Alamat: No. 84, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang

Waktu operasi: Isnin-Ahad (11:30 pagi- 10 malam)

Instagram: www.instagram.com/nipponsushi_my

Facebook: www.facebook.com/NipponSushiMY/

Twitter: www.twitter.com/nipponsushi_my

Website: nipponsushi.com.my

Nombor telefon: 010-4548856 (WhatsApp)

Jadi, kedai mana satu yang anda bercadang untuk pergi?

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang tempat makan best di Shah Alam dan Petaling Jaya yang wajib anda kunjungi. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca