*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Flickr
Haluan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sememangnya menjadi dilema kepada para pelajar. Ini kerana ramai yang masih keliru tentang apa bidang untuk sambung belajar selepas tamat sekolah menengah. Sekiranya anda mempunyai minat dalam bidang Sains Kesihatan Bersekutu, IJN College adalah pilihan terbaik untuk lepasan SPM menyambung pengajian dalam kursus-kursus diploma yang ditawarkan.
Sebagai sebuah institusi pendidikan, IJN College telah berjaya melatih dan melahirkan ramai profesional penjagaan kesihatan dalam bidang sains torasik dan kardiovaskular.

Dengan pengalaman lebih 13 tahun memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kira-kira 15,000 profesional penjagaan kesihatan, IJN College merupakan institusi pengajian yang terbukti sempurna untuk anda yang mempunyai minat dalam bidang psikologi, fisioterapi, farmasi, pengurusan penjagaan kesihatan atau keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Selain memilih bidang pengajian yang sesuai, tempat sambung belajar juga memainkan peranan penting untuk memastikan alam pembelajaran anda berjalan lancar. Anda boleh klik pada pautan ini untuk mengetahui tips memilih tempat pengajian terbaik untuk menyambung pengajian.
Sekiranya anda, anak-anak atau kenalan adalah lepasan SPM, STPM dan O-Level, di sini kami kongsikan lapan sebab kenapa IJN College adalah pilihan terbaik untuk lepasan SPM menyambung pengajian:
1. Kursus pengajian yang ditawarkan di IJN College

Bagi anda yang masih tercari-cari bidang untuk sambung belajar ketika memasuki menara gading nanti, terdapat lima kursus pengajian yang ditawarkan di IJN College untuk lepasan SPM:
i. Diploma Psikologi (N/311/4/0120)(PA 13376)- 18/7/2020-7/7/2025
ii. Diploma Farmasi (N/727/4/0102)(PA 12881)- 5/3/2020-4/3/2025
iii. Diploma Fisioterapi (N/726/4/0091)(PA 12879)- 2/9/2020-1/9/2025
iv. Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan (N/720/4/0129)(PA 12880)- 2/9/2020-1/9/2025
v. Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (N/862/4/0070)(PA 13901)- 22/9/2020-28/9/2025
Untuk rekod, tempoh pengajian bagi semua kursus diploma yang ditawarkan di kolej ini ialah tiga tahun.
2. Pasaran pekerjaan yang tinggi
Salah satu perkara yang menjadi dilema kepada ibu bapa atau mahasiswa itu sendiri apabila menyambung pengajian di mana-mana institusi pendidikan adalah peluang pekerjaan yang ada untuk bidang tersebut.
Mereka semestinya mahukan bidang yang mempunyai pasaran pekerjaan tinggi supaya tidak perlu menanam anggur sebaik sahaja menamatkan pengajian.
IJN College adalah tempat sambung belajar terbaik untuk lepasan SPM kerana ia mempunyai pensyarah berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Selain itu, anda juga berpeluang untuk bekerja bersama IJN Group dan rakan industri. Menarik bukan?
3. Bantuan kewangan sepanjang bergelar seorang mahasiswa
Selain itu, terdapat individu yang skeptikal untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi, fisioterapi, farmasi, pengurusan penjagaan kesihatan atau keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kolej atau universiti swasta kerana yuran adalah sedikit mahal berbanding institusi pendidikan awam.
Ada juga mahasiswa yang bimbang tentang yuran pengajian sepanjang belajar di institusi pendidikan swasta kerana mereka bukan datang dari keluarga berada. Apa yang akan berlaku sekiranya mereka tidak menerima apa-apa bantuan sambung belajar?
Jadi, anda tidak perlu risau kerana lapan jenis pilihan bantuan kewangan disediakan untuk para pelajar yang menyambung pengajian di institusi ini:
i. PTPTN
ii. Affin Bank
iii. Bank Rakyat
iv. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
v. Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd (KOJADI)
vi. Pusat Pungutan Zakat
vii. MIC-Indus
viii. Yayasan Negeri
Selain itu, para pelajar yang berminat juga diberi peluang untuk mencari duit poket. Anda akan menerima komisen setiap kali berjaya mempelawa kenalan atau keluarga untuk menyertai IJN College sebagai seorang pelajar.
4. Hostel disediakan untuk para pelajar

Untuk para pelajar yang belajar jauh dari rumah atau baru pertama kali menyambung pengajian di perantauan, anda akan jadi sedikit risau tentang tempat tinggal sepanjang melanjutkan pelajaran.
Anda boleh menarik nafas lega kerana pihak IJN College menyediakan kemudahan penginapan untuk para pelajar. Apa yang lebih menarik ialah sewa bulanan adalah percuma untuk para pelajar semester pertama.
Penginapan yang disediakan lengkap dengan dapur untuk anda masak, meja belajar, bilik tidur, kolam renang dan bilik air.


5. Pengangkutan disediakan

Untuk semester pertama, anda akan dapat pas bulanan untuk Rapid KL di mana ia boleh digunakan untuk pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.
6. Latihan percuma dengan sijil penyertaan akan diberikan kepada semua pelajar
Dari perspektif seorang majikan, mereka percaya bahawa graduan yang mempunyai nilai tambah adalah seorang individu yang sangat berguna untuk syarikat.
Jadi, pihak majikan akan mengambil graduan baharu untuk terus bekerja di syarikat masing-masing sekiranya mereka mempunyai kemahiran di luar bidang pengajian.
Atas sebab itu juga, IJN College merupakan tempat sambung belajar terbaik untuk lepasan SPM kerana ia menawarkan latihan percuma sekali dengan sijil penyertaan untuk semua pelajar. Latihan-latihan itu termasuk:
i. Basic life support
ii. Data science
iii. Digital marketing
iv. Entrepreneurship
v. Finishing school
vi. Professional communication
Selepas menamatkan pengajian di kolej ini, anda bukan sahaja membawa segulung diploma dalam bidang masing-masing tetapi kini merupakan graduan yang memiliki kemahiran serba lengkap dengan enam keping sijil tambahan untuk menyokong kelebihan berkenaan. Menarik bukan?
7. Pembayaran semula tiket kapal terbang bagi pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan
Ketika pendaftaran, para pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima pembayaran semula untuk tiket kapal terbang mereka dengan jumlah maksimum ialah RM200. Apabila mendaftar nanti, anda akan peroleh bayaran semula untuk tiket tersebut.
8. Infrastruktur komprehensif dan lokasi strategik berhampiran pelbagai kemudahan latihan industri di organisasi sains kesihatan bertaraf antarabangsa
Terletak berhampiran dengan bangunan IJN itu sendiri, lokasi kolej ini sangat strategik. Terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan dalam institusi ini untuk kemudahan para pelajar. Berikut adalah fasiliti untuk para pelajar:
i. Bilik kuliah/seminar

ii. Skill lab

iii. Makmal komputer

iv. Foyer untuk para pelajar berkumpul

v. Kafeteria
vi. Lokar pelajar

vii. Gimnasium
viii. International student unit
ix. Pusat sumber
x. Surau

xi. Mesin ATM
xii. Kedai runcit
xiii. Kedai kopi dan bakeri
xiv. Kedai dobi
xv. Farmasi
xvi. Gerai yang menjual buah-buahan
Yuran pendaftaran
Yuran pendaftaran ialah RM1,000. Walau bagaimanapun, kami ada berita baik untuk semua sekiranya mendaftar sehingga 30 Jun 2021.
IJN College menawarkan Bantuan Pendidikan Tinggi sebanyak RM200 untuk biaya yuran pendaftaran bagi setiap permohonan yang dibuat sehingga 30 Jun 2021. Kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai seorang pelajar IJN College bagi sesi kemasukan Julai 2021, anda hanya perlu membayar RM800 untuk yuran pendaftaran. Jimat bukan?
Cara daftar IJN College
Kepada individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada IJN College, anda boleh klik pada pautan ini. Pihak IJN College akan menghubungi anda untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi IJN College:
Alamat: 145, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Laman sesawang rasmi: https://www.ijncollege.edu.my/
Facebook: www.facebook.com/IJN-College
Instagram: @ijncollege
Twitter: @IJNCollege
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: