8 McDonald’s Paling Unik Di Dunia Yang Patut Anda Ketahui

Pernahkah anda terfikir kebanyakan restoran McDonald’s di seluruh dunia kelihatan lebih kurang sama? Yang membezakannya ialah struktur binaannya dan juga keunikannya apabila ia dibangunkan di bangunan sendiri, lot-lot kedai atau dalam pusat membeli-belah.

Seterusnya, perbezaannya adalah dari segi susun atur dalaman ruang kedai, kerusi dan meja, kaunter pesanan dan lain-lain. Tetapi tahukah anda terdapat beberapa restoran McDonald’s di seluruh dunia yang benar-benar unik?

Antaranya adalah:

1. Canal Street, New York City

Bangunan yang dibina dan dicat dengan warna hitam dan sekiranya anda bukan seorang yang teliti orangnya, kemungkinan besar anda boleh terlepas pandang terhadap restoran ini ketika waktu malam. Dengan bangunanya yang dicatkan warna hitam mungkin kelihatan kurang menarik. Namun, tetap berjaya disenaraikan sebagai restoran McDonald’s paling unik kerana bangunannya yang berwarna hitam serta binaan bangunan melebihi satu abad.

2. Jurong Central Park, Singapura

McDonald’s pertama dibuka di Liat Towers, Singapura pada tahun 1979, dan sejak itu lebih dari 120 restoran McDonald’s telah dibuka di pulau itu. McDonald’s hijau pertama di Singapura dibuka di Jurong Central Park pada tahun 2011. Ia juga telah menerima Anugerah Green Mark yang pertama untuk restoran dari autoriti pembinaan bangunan Singapura. Dengan suasana yang damai, pokok palm, dan ruang makan patio yang berangin ini, telah menjadikan ianya sebagai salah sebuah restoran McDonald’s paling santai di dunia.

3. Ulsan, Korea Selatan

Jika anda perhatikan gambar di atas, ia boleh membuat anda asyik untuk memandangnya. Hal ini kerana dengan reka bentuk restoran ini seperti kapal angkasa serta mempunyai lampu yang menerangi bahagian sayap. Gabungan restoran drive-thru dan stesen minyak adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dilihat di tenggara Korea Selatan.

4. Ho Chi Minh City, Vietman

Outlet McDonald’s yang ke 10,000 di rantau Asia Pasifik ini juga menjadi yang pertama di Vietnam. Ini menjadi restoran drive-thru pertama di negara ini, dibuka selama 24 jam sehari. Pada hari pembukaannya iaitu pada tahun lepas, beratus-ratus peminat makanan segera ini datang dengan skuter mereka untuk memesan Big Mac, kentang goreng, dan sandwich McPork.

5. Sydney, Australia

Lokasi Strand di George Street di Sydney kelihatan seperti ruang membaca yang mempunyai ciri-ciri seni bina moden dan bukannya sebuah restoran makanan segera. Dengan cetakan seni grafik berwarna oren, pink, putih, dan hitam, serta perabot seperti lounge. Selain itu, eksterior kaca dan keluli sangat cantik memberi pengcahayaan dalaman yang luar biasa.
6. Rom, Itali

Restoran yang dipenuhi dengan marmar dan mosaik ini adalah antara lokasi McDonald’s yang diketahui paling terkenal serta telah menjadi tarikan pelancong dengan ciri yang tersendiri. Terletak di kawasan bersejarah Piazza di Spagna, bertentangan dengan Spanish Steps, restoran yang mempunyai bar salad besar ini mencetuskan kegemparan ketika dibuka pada tahun 1986 tetapi sejak itu berjaya menyesuaikan diri dengan seni bina bandar kuno.

7. Melbourne, Australia

Art Deco McDonald’s di Clifton Hill, Victoria, dulunya adalah sebuah hotel lama. Tetapi hari ini ia telah diubah suai menjadi sebuah restoran McDonald’s dengan menyajikan burger, kentang goreng dan milk shake di ruang makan retro.

8. Taupo, New Zealand

Ini adalah antara McDonald’s yang paling unik. Pada asalnya ia hanya sebagai daya tarikan untuk pengedar kereta yang dikenali sebagai Aeroplane Car Company. McDonald’s telah membeli pesawat itu pada tahun 1990 sebelum mereka membina McDonald’s pada bulan November. Walaupun restoran itu berasingan dari pesawat, pengunjung boleh menikmati makanan mereka di dalamnya

Pasti anda akan terpegun melihat dengan rekabentuk serta seni bina yang sangat unik walaupun ia hanya sebuah restoran. Semestinya, ia sangat berbeza dengan restoran-restoran McDonald’s yang terdapat di Malaysia yang sering anda jejak.

Sumber: Mstar

Artikel Lain Untuk Di Baca