Sekiranya anda merancang untuk bercuti di Kota Bharu atau Kubang Kerian sama ada untuk menikmati pelbagai juadah enak di destinasi-destinasi makanan terkenal, mahu mengunjungi tempat-tempat tarikan menarik bersama seisi keluarga atau pulang mengunjungi sanak-saudara, salah satu cara untuk mencari tempat penginapan adalah melalui carian di Airbnb.
Jadi semestinya apabila melancong ke Kota Bharu dan Kubang Kerian, anda pastinya mahukan pengalaman percutian anda menjadi lebih menyeronokkan dan selesa.
Untuk pengetahuan semua, anda boleh buat tempahan homestay Kubang Kerian Kelantan ataupun homestay murah Kota Bharu menggunakan aplikasi Airbnb itu sendiri ataupun browser (Google Chrome, Safari dan Mozilla Firefox).
Berikut kami kongsikan lapan homestay dan roomstay bajet terbaik di Kubang Kerian dan Kota Bharu menerusi artikel ini.
1. Inap Idaman Kubang Kerian

Di Inap Idaman Kubang Kerian, anda dapat menikmati suasana penginapan roomstay bajet di Kubang Kerian yang benar-benar selesa, homey, penuh privasi dan tenang daripada sebarang gangguan bunyi.

Lokasi roomstay di Kubang Kerian ini bukanlah satu isu sekiranya anda mahu membeli barang keperluan atau beli-belah. Hal ini demikian kerana jarak Inap Idaman Kubang Kerian ke tempat tarikan utama yang riuh dan meriah dengan kunjungan pelancong seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, KB Mall dan Pasar Besar Siti Khadijah adalah antara lima sehingga lapan kilometer sahaja.
Bagi anda yang mencari roomstay berdekatan dengan HUSM Kubang Kerian, Inap Idaman Kubang Kerian ini jaraknya tidak sampai tiga kilometer ke hospital berkenaan.
Apa yang menjadikan Inap Idaman Kubang Kerian pilihan utama dalam senarai roomstay dan homestay murah di Kubang Kerian, Kelantan kami ini kerana lokasinya yang strategik dan terletak di pertengahan tempat-tempat menarik dan tumpuan ramai di pusat bandar negeri Che Siti Wan Kembang ini.
Untuk yang memang suka beli-belah dan cuci mata, anda memang buat keputusan tepat untuk menginap di roomstay di USM Kubang Kerian ini kerana boleh shopping sepuas hati sepanjang menginap di sini. Selepas penat beli-belah, anda pastinya mahu pulang ke bilik yang sejuk dan katil yang empuk serta selesa.



Kemudahan yang disediakan di roomstay di Kubang Kerian ini kami katakan terbaik kerana ia dilengkapi fasiliti minimalis namun cukup lengkap dengan selesa seperti kitchenette (dapur mini) dan perkakas dapur, katil queen, cerek air elektronik, televisyen, penyaman udara, kipas serta direct access ke bilik dari bahagian luar rumah.



Bercadang untuk masak sendiri? Anda boleh guna kitchenette yang disediakan. Anda juga akan dapat kelengkapan asas seperti sabun, tuala dan lain-lain apabila menginap di sini.


Dengan harga bermula RM59 untuk satu malam, kami berani jamin kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan di Inap Idaman Kubang Kerian ini membuatkan anda akan menikmati pengalaman menginap yang tidak banyak bezanya seperti di hotel.
Jika anda sedang mencari roomstay berdekatan HUSM Kubang Kerian, anda boleh klik pada pautan ini untuk membuat tempahan. Segera tempah penginapan anda di Inap Idaman Kubang Kerian di sini: airbnb.com/h/inapidaman
Facebook: www.facebook.com/inapidaman/
2. Inap Idaman 2 Kubang Kerian

Inap Idaman dan Inap Idaman 2 Kubang Kerian adalah di lokasi yang sama. Jadi ia juga pilihan baik untuk anda yang ingin menempah dua bilik penginapan.
Apabila mencari roomstay dan homestay budget Kubang Kerian, pastinya anda akan mencari tempat penginapan yang lengkap dengan segala keperluan, selesa dan bersih.

Inilah yang ditawarkan Inap Idaman 2 Kubang Kerian yang pastinya murah dengan harga bermula RM49 bagi satu malam. Siapa sangka roomstay berdekatan dengan HUSM Kubang Kerian yang serba lengkap ini ditawarkan dengan harga sebaik ini?
Selain lokasinya yang juga berdekatan dengan airport yang hanya mengambil masa kira-kira 10-15 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dengan kereta, Inap Idaman 2 Kubang Kerian menjadi salah satu pilihan kami dalam senarai ini kerana ia dilengkapi pelbagai kemudahan asas yang baharu seperti penyaman udara, arah penunjuk kiblat dan bilik air untuk keselesaan maksimum para penginap.

Seperti yang semua sedia maklum, Kubang Kerian terkenal kerana mempunyai banyak tempat makan yang sedap dan menyelerakan. Pada pendapat kami, Inap Idaman 2 Kubang Kerian adalah pilihan tepat jika anda mencari roomstay murah di Kubang Kerian yang mudah untuk anda menjamu selera kerana lokasinya yang terletak berhampiran banyak kedai makan.
Negeri yang terkenal dengan julukan nama Che Siti Wan Kembang ini kaya dengan aneka makanan tradisional yang lazat dan membangkitkan selera seperti nasi berlauk, kuih akok, laksam dan nasi kerabu.

Bagi yang rindukan pantai dan mahu berehat daripada hiruk-pikuk dan kesibukan bandar, anda boleh kunjungi Pantai Senok atau nama glamornya Pantai Nami yang mengambil masa dalam 10-15 minit dengan kereta dari Inap Idaman 2. Angin pantai yang nyaman pastinya membuatkan anda seronok dan tenang.
Selepas penat bergembira makan angin menikmati keindahan pepohon rhu dan pantai, anda boleh berehat dan bersantai di roomstay budget Kubang Kerian ini dengan membaca pelbagai bahan bacaan menarik yang turut disediakan. Seterika dan rak keringkan baju turut disediakan untuk kemudahan para penginap, atas permintaan.


Tempat letak kereta peribadi disediakan secara percuma kepada setiap penginap roomstay di USM Kubang Kerian ini. Anda akan dapat akses langsung ke bilik dari ruang parkir untuk lebih privasi dan keselesaan sepanjang menginap di sini.

Untuk yang mahu membeli barangan keperluan, roomstay budget Kubang Kerian ini terletak berhampiran Eco Shop (500 meter), Mydin dan Econsave (1.5km).

Dengan harga bermula RM49 untuk satu malam, kami percaya anda pasti akan berpuas hati dengan Inap Idaman 2 Kubang Kerian kerana kelengkapan dan keselesaan roomstay murah di Kubang Kerian ini tiada bezanya dengan penginapan lain yang harganya lebih mahal.
Untuk tempahan, anda boleh klik pada pautan ini. Segera tempah penginapan anda di Inap Idaman Kubang Kerian di sini: airbnb.com/h/inapidaman2
Facebook: www.facebook.com/inapidaman/
3. Min House Camp, Bamboo Hut & Fireflies, Kota Bharu

Terletak sebelah sungai dan hanya lima meter sahaja dari pokok berembang iaitu habitat semula jadi kelip-kelip, Min House Camp, Bamboo Hut & Fireflies adalah antara homestay dan roomstay bajet terbaik di Kubang Kerian dan Kota Bharu untuk sesiapa yang sedang mencari tempat penginapan berkonsepkan alam semula jadi.
Kemudahan yang disediakan di private room di Min House Camp, Bamboo Hut & Fireflies adalah mesin basuh, alat pemadam api, dapur, wi-fi dan ruang parkir percuma sepanjang penginapan. Anda juga akan dapat dua buah katil dan bilik mandi serta tandas adalah berkongsi.
Dengan hanya RM70 untuk satu malam, anda boleh menikmati penginapan homestay di Kota Bharu berkonsepkan alam semula jadi. Untuk tempahan, anda boleh klik pada pautan ini.
Anda boleh tempah penginapan anda di Min House Camp, Bamboo Hut & Fireflies di sini: abnb.me/vcc3gys9Ekb
4. Chalet berdekatan sungai kecil dalam ladang buah, Kota Bharu

Chalet berdekatan sungai kecil dalam ladang buah ini menjadi salah satu pilihan dalam senarai homestay area Kota Bharu kami ini kerana anda boleh menikmati semua kemudahan yang disediakan di ladang ini untuk diri sendiri.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di farmstay ini adalah seperti mesin basuh, tuala, cadar, sabun, tisu tandas, seterika, televisyen, dapur dan ruang parkir percuma. Sarapan pagi turut disediakan.
Dengan harga bermula RM62 untuk satu malam, anda boleh menikmati penginapan farmstay di Kota Bharu yang unik dan mendamaikan jiwa. Untuk tempahan farmstay dan homestay murah di Kota Bharu, anda boleh klik di sini.
Anda boleh membuat tempahan untuk penginapan anda di chalet berdekatan sungai kecil dalam ladang buah di sini: abnb.me/4dBMDD18Ekb
5. Min House Camp, Kota Bharu

Inginkan homestay area Kota Bharu dengan pemandangan hutan dan sungai yang menyejukkan mata? Min House Camp adalah antara homestay dan roomstay bajet terbaik di Kubang Kerian dan Kota Bharu kerana ia mampu menempatkan lapan orang penginap dalam satu bilik pada satu-satu masa.
Hostel ini dilengkapkan dengan pelbagai fasiliti seperti televisyen, penyaman udara, katil double decker, wi-fi dan ruang parkir percuma.
Dengan harga bermula RM51 untuk satu malam, anda dapat menikmati penginapan yang mampu merehatkan tubuh badan dan minda anda dengan sempurna. Anda boleh klik pada pautan ini untuk membuat tempahan shared room di hostel murah di Kota Bharu.
Anda boleh membuat tempahan penginapan di Min House Camp di sini: abnb.me/r32bVg38Ekb
6. Kota Bharu basic roomstay

Dengan kemudahan serba lengkap dan biliknya yang selesa, Kota Bharu basic roomstay adalah salah satu pilihan kami dalam senarai roomstay dan homestay bajet di Kubang Kerian dan Kota Bharu kerana ia menawarkan pengalaman penginapan seolah-olah berada di rumah sendiri.
Anda dapat menikmati tidur yang lena di atas katil double yang empuk dan selesa. Roomstay dan homestay area Kota Bharu ini turut dilengkapi pelbagai fasiliti untuk kemudahan dan keselesaan para penginap seperti water heater, tuala, cadar, sabun, tisu tandas, penyangkut baju, seterika, televisyen, penyaman udara, private entrance, tempat letak kereta dan wi-fi percuma.
Dengan harga bermula RM60 untuk satu malam, anda dapat menikmati penginapan yang mampu membuat anda relaks dan recharge diri semula. Anda boleh klik pada pautan ini untuk membuat tempahan roomstay dan homestay Kota Bharu Airbnb.
Anda boleh buat tempahan penginapan di Kota Bharu basic roomstay di sini: abnb.me/KHoEbe88Ekb
7. Kota Bharu basic roomstay (2)

Mampu menempatkan dua sehingga tiga orang penginap dalam satu-satu masa, bilik pertama di salah satu homestay terbaik di Kota Bharu ini dilengkapi satu katil double. Untuk bilik kedua, terdapat dua katil single. Anda juga boleh minta katil tambahan sekiranya ingin menginap di sini bersama ahli keluarga atau kawan-kawan lain.
Walaupun roomstay ini terletak sebelah rumah pemilik, privasi anda tetap terjaga. Anda akan dapat kunci autogate untuk masuk dan keluar sesuka hati. Komunikasi dengan pemilik Airbnb Kota Bharu ini juga lebih mudah memandangkan roomstay ini berada dalam kawasan rumah owner.
Anda akan dapat kelengkapan asas seperti tuala, sabun, cadar, tisu tandas, seterika, penyangkut baju, televisyen, penyaman udara, wi-fi dan tempat letak kereta yang luas dan percuma.
Anda boleh membuat tempahan penginapan anda di Kota Bharu basic roomstay (2) di sini: abnb.me/lKbkjQZ8Ekb
8. KB Rest Inn-Twin Single

Dengan jarak berjalan kaki selama lima sehingga sepuluh minit untuk pergi ke Maybank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Bank Islam, stadium, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Stesen Bas Kota Bharu dan Pasar Siti Khadijah, KB Rest Inn-Twin Single adalah antara lokasi terbaik untuk mereka yang sedang mencari private room di Kota Bharu.
Selain dua katil single, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan untuk para penginap adalah pengering rambut, syampu, water heater, mesin basuh dan dryer, tuala, cadar, sabun, penyangkut baju, selimut, seterika, televisyen, penyaman udara, alat pemadam api, kit pertolongan cemas, wi-fi percuma dan ruang kerja. Anda juga akan dapat tempat letak kereta percuma dan mesin penapis air apabila menginap di salah satu homestay terbaik di Kota Bharu.
Dengan harga bermula RM86 untuk satu malam, anda boleh klik di sini jika berminat untuk membuat tempahan penginapan di KB Rest-Inn Twin Single: abnb.me/1LY7oTd9Ekb
Sementara itu, jika anda berkunjung ke Melaka dan sedang mencari tempat penginapan bajet terbaik untuk seisi keluarga, anda boleh kunjungi Bayou Lagoon Park Resort. Studio apartment ini juga terletak berdekatan pelbagai tempat tumpuan pelancong seperti Jonker Walk, Kota Warisan, Mini Malaysia, Tasik Ayer Keroh, Zoo Melaka dan Taman Buaya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: