
Mengapa lebih mudah untuk kita berfikiran negatif daripada berfikiran positif? Padahal berfikiran positif itu lebih sehat.
Apabila kita sentiasa berfikiran negatif ia akan membawa kita kepada kehidupan yang dipanggil ‘Toxic’. Jadi bagaimana caranya untuk kita mengubah cara fikiran kita daripada negatif kepada positif?
Ini panduan bagaimana untuk mengubah cara kehidupan kita.
1. Senyum
Senyum merupakan satu perbuatan yang amat mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan sebarang modal kewangan mahupun tenaga yang banyak. Cara yang amat berkesan untuk kita akan sentiasa berfikiran positif selain tidak menunjukkan emosi yang tertekan terhadap diri sendiri.
Cuba anda lakukan perkara ini di awal pagi, contoh, jika anda menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja seperti komuter, berikan lah senyuman kepada penumpang yang lain. Mungkin senyuman kita itu dapat menceriakan harinya.
2. Sentiasa ucapkan “Selamat pagi” dan “Terima kasih”
Mulakan hari anda dengan ucapan ‘Selamat pagi’ ia dapat membantu mengubah mood seseorang dan seringlah ucapkan ‘Terima kasih’ kepada mereka yang membantu kita, mereka akan rasa dihargai.
3. Bersihkan kolam jiwa
Tidak perlu untuk selalu kondem orang lain, seolah apa yang mereka lakukan sentiasa salah dan diri kita sahaja yang betul tidak ada manusia yang sempurna. Kurangkan membaca perkara-perkara negatif di media sosial, kerana ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kita.
4. Sentiasa berkata yang baik-baik
Bila melihat kejayaan orang lain, tidak perlu untuk kita berasa iri hati atau berkata perkara yang tidak baik seperti, ” Alah nak menunjuklah tu” “Dia berjaya sebab selalu bodek bos” kenapa perlu untuk kita berfikiran sebegitu? Bukankah lebih baik jika kita anggap kejayaan seseorang itu sebagai pembakar semangat untuk diri kita, agar kita juga akan berjaya sepertinya.
5. Kawal emosi
Kita boleh menukarkan tabiat negatif kepada tabiat positif dengan cara mengawal fikiran dan emosi kita. Kawal emosi terutamanya bila dalam keadaan marah atau kecewa, tenangkan diri terlebih dahulu sebelum berbicara agar kita tidak melontarkan kata yang mampu menguris perasaan orang lain.
6. Ubah tabiat kehidupan kita
Kawal tabiat kita menonton rancangan televisyen, stesen radio yang kita dengar dan buku yang kita baca. Kalau kita rasa tidak tenang, tidak bahagia, sakit, risau, kewangan kurang, ditimpa kesusahan dan sentiasa berasa hidup dirundung malang, maka kita mesti ubah tabiat kehidupan kita ke arah yang lebih baik agar ia dapat memberikan kebahagiaan kepada kita.
7. Pilih kawan yang tepat
Pastikan kehidupan anda sentiasa dikelilingi dengan orang yang berfikiran positif kerana ia akan mempengaruhi kita untuk turut berfikiran positif.
8.Tukar daripada “Mengapa” kepada “Bagaimana”
Apabila masalah datang, cuba tanya diri soalan yang betul dan positif. Daripada anda bertanyakan soalan “mengapa” pada diri anda, lebih baik anda tanya soalan “bagaimana” Contohnya, “Mengapa aku tak kaya seperti Dato Aliff Syukri?” tukar kepada “Bagaimana untuk aku jadi kaya seperti Dato Aliff Syukri” Kita perlu reset minda untuk menjadi seseorang yang positif.
Jika kita menjadi seorang yang positif, orang sekeliling kita juga akan berasa seronok untuk berdampingan dengan kita.
Para pembaca boleh cuba amalkan tips-tips ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda berfikiran positif.