8 Cara Bagaimana Nak Cari Kucing Yang Hilang

Kehilangan kucing kesayangan pasti membuat anda berasa sedih dan keliru. Jangan bimbang, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mencari kucing anda yang hilang. Sebelum mula mencari kucing yang hilang, anda mesti terlebih dahulu mengetahui sebab mengapa mereka meninggalkan rumah agar kucing anda tidak melarikan diri lagi. 

Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa kucing di rumah anda tiba-tiba hilang:

1. Tidak dijaga dan disayangi dengan betul

2. Tekanan

3. Persaingan antara kucing lain

4. Bosan

5. Mencari kucing betina  

6. Sakit teruk 

Dengan melakukan kaedah di bawah, anda mungkin akan menemui kucing anda dalam masa yang singkat.

1. Cari dengan segera

Sekiranya tidak menjumpai kucing kesayangan anda, cari mereka dalam masa terdekat. Kucing anda mungkin masih berada dekat dengan lokasi asal di mana kucing itu hilang. Semakin lama masa berlalu, semakin besar kemungkinan kucing anda akan jauh dari rumah. 

2. Bawa lampu suluh dan mainan kegemaran kucing

Lampu suluh dapat mengambil pantulan dari mata kucing anda. Sekiranya anda mempunyai mainan kegemaran kucing, anda boleh mengikat mainan itu dengan tongkat.

3. Panggil kucing dengan suara lembut

Kucing anda mungkin dalam keadaan ketakutan dan tidak mahu meninggalkan tempat persembunyiannya. Panggil kucing dengan suara yang lembut dan rendah agar kucing tidak menjadi lebih takut.

4. Berhenti dan dengar suara kucing

Kucing yang terperangkap, cedera atau kelaparan, biasanya akan mengeong. Luangkan beberapa minit di mana-mana tempat yang anda cari, untuk mendengar suara kucing dengan tenang dan berhati-hati.

5. Singkirkan haiwan lain

Seekor binatang di kawasan perumahan anda mungkin stelah menakutkan kucing anda. Minta pemilik haiwan peliharaan untuk meletakkan haiwan kesayangan mereka di rumah semasa anda mencari kucing yang hilang.

6. Minta pertolongan rakan dan jiran

Minta bantuan pada rakan dan jiran anda untuk menjadikan kawasan carian lebih besar.

7. Lakukan carian sekali lagi pada waktu malam

Sekiranya anda telah mencari pada siang hari, kembali dan ulangi langkah pencarian pada waktu malam. Pada waktu malam, tentu saja keadaan akan terasa lebih tenang. Bawa lampu suluh dan panggil kucing dengan suara lembut. Kucing anda kadang-kadang lebih rela meninggalkan tempat persembunyian pada waktu malam ketika mereka dapat berlindung dalam kegelapan.

8. Mencari kucing yang hilang menurut orang Jepun

Menurut orang Jepun, cara paling berkesan untuk mencari kucing yang hilang di rumah adalah dengan bercakap dengan kucing di sekitar rumah anda. Bercakap dengan kucing lain di kawasan kejiranan anda dan beritahu mereka,“sekiranya anda menjumpai kucing saya, beritahu dia untuk pulang”.

Ramai yang mengatakan bahawa cara ini berfungsi kerana setelah mereka bercakap dengan kucing liar, kucing kesayangan mereka akan pulang dalam masa terdekat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mencari kucing kesayangan anda yang hilang.

Penulis:

  • Nur Anis Zulaiqha Binti Ahamat adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca