77 Pelajar Junior Dipaksa Makan Najis Manusia

Seramai 77 orang pelajar di Sekolah Tinggi Bunda Segala Bangsa (BSB) yang terletak di Maumere, wilayah Nusa Tengara Timur, Indonesia didakwa telah dipaksa oleh senior untuk memakan najis manusia pada minggu lalu.

Menurut penceritaan seorang mangsa, ketika mereka kembali ke asrama sekolah untuk berehat usai makan tengah hari, seorang senior mendakwa dia telah menjumpai najis di dalam almari yang biasanya kosong.

Setelah itu, kesemua pelajar junior dipanggil senior berkenaan untuk disoal mengenai kewujudan najis berkenaan. Namun begitu, tiada sesiapa yang mengaku telah meletakkannya di dalam almari terbabit.

“Disebabkan tiada sesiapa yang mengaku, senior berkenaan mencedok najis itu dengan sudu dan memaksa kesemua 77 pelajar junior memakannya. Kami terpaksa menurut arahan kerana takut untuk melawan. Ia sangat menjijikkan,” ujar mangsa lagi.

Usai kejadian berkenaan, pelajar senior terbabit dilaporkan turut memberi amaran awal agar insiden itu tidak dilaporkan kepada ibu bapa masing-masing.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu kepada salah seorang mangsa, insiden itu disifatkan sebagai satu perkara yang tidak berperikemanusiaan.

“Mereka harus dihukum kerana melakukan penderaan tersebut,” ujar ibu itu yang dikenali sebagai Mariua Flora.

Meskipun begitu, Sekolah Tinggi Bunda Segala Bangsa enggan memberi komentar mengenai insiden berkenaan. Walau bagaimanapun, satu pertemuan dengan ibu bapa pelajar dilaporkan akan diadakan bagi membincangkan isu berkenaan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kes penderaan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca