70 Tahun Diseksa Seperti Hamba Abdi, Gajah ‘Tikiri’ Akhirnya Tewas

Baru-baru ini, seekor gajah pertunjukan di Sri Lanka dilaporkan telah mati pada Isnin yang lalu.

Pernah suatu ketika dahulu tular berita yang mengatakan bahawa gajah ini didera menjadi hamba haiwan pertunjukan selama 70 tahun sehingga kurus kering.

Manakan tidak, keadaan gajah ini sewaktu digunakan sebagai pertunjukan berbanding semasa tidak bekerja adalah amat berbeza. Tikiri merupakan satu daripada 60 ekor gajah yang terlibat dalam pertunjukan untuk disaksikan oleh pelancong dan penduduk tempatan.

Tikiri kelihatan begitu muda dan sihat apabila mengenakan kostum pertunjukan jalanan di Sri Lanka.

Namun realitinya, gajah ini sudah begitu tua untuk dikerah tenaganya menjadi haiwan pertunjukan kerana festival ini memerlukan Tikiri untuk berjalan jauh berbatu-batu pada setiap malam.

Tikiri dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya setelah rebah ke tanah sewaktu Festival Tahunan Esala Parahera berlangsung.

Semoga jasa Tikiri sebagai penghibur jalanan tetap dikenang sampai bila-bila.

Artikel Lain Untuk Di Baca