7 Tips Sambung Belajar Di Peringkat Masters Dan PHD Dari Sudut Pandangan Seorang Pensyarah

Kami pasti, ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya menyimpan niat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan PHD.

Namun, adakah anda benar-benar sudah bersedia untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ini?

Berikut kami kongsikan 7 tips sambung belajar di peringkat Masters dan PHD dari sudut pandangan dan pengalaman seorang pensyarah iaitu Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar

1. Komited dengan niat yang telah dipasang

Sebelum anda membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat pascasiswazah, anda perlu mengenal pasti niat anda dahulu. Apabila anda sudah mengenal pasti niat, anda perlu memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap perkara tersebut.

Kebanyakan pelajar-pelajar pascasiswazah pada masa ini adalah, mereka tidak komited dengan apa yang mereka inginkan.

Anda perlu faham bahawa sekiranya anda melanjutkan pelajaran ke peringkat Masters dan PHD, anda sudah memasuki ke satu peringkat pengajian yang lebih tinggi dan bukannya lagi peringkat Diploma mahupun Degree.

2. Bersiap sedia dengan perbelanjaan pengajian yang tinggi

Sumber: NewsBTC

Untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ini, perbelanjaannya adalah sangat tinggi.

Walaupun anda merupakan seorang pelajar biasiswa, anda masih perlu mengeluarkan duit simpanan anda untuk perbelanjaan yang lain.

Anda juga perlu faham keperluan bagi sesebuah universiti tersebut. Anda perlu bersiap bersedia sekiranya program yang bakal anda pilih memerlukan anda untuk menghadiri sesi conference atau sebagainya.

Sesi conference adalah mahal kerana ianya meliputi kos pengangkutan, penginapan dan yuran jurnal. Jumlah keseluruhan yang dianggarkan untuk anda simpan dari sekarang adalah sekitar RM6,000 hingga RM7,000.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara seperti ini merupakan satu perkara yang bagus kerana anda mempunyai peluang untuk berkenalan dengan orang baru.

3. Fahami struktur tesis

Sebagai pelajar pascasiswazah, anda perlu memahami struktur tesis. Anda boleh membayangkan ianya seperti menulis sebuah pementasan teater. Ini bermaksud, tesis anda haruslah mempunyai bahagian seperti pengenalan, pertengahan, konflik dan juga masalah.

Untuk menghasilkan tesis yang baik dan sempurna, anda perlu memastikan tesis anda itu tidak bercanggah dengan topik yang anda ingin kaji. Setiap bab daripada tesis anda perlu berkait antara satu sama lain.

4. Tidak kongsikan kandungan tesis kepada orang lain

Jangan sesekali kongsikan atau meminta pendapat daripada orang lain mengenai tesis anda. Ini kerana, hanya penyelia di universiti anda sahaja yang layak memberikan pendapat.

Anda juga dinasihatkan untuk merahsiakan tajuk tesis daripada orang lain kecuali daripada penyelia anda.

Bayangkan sekiranya rakan sekelas mengetahui tajuk tesis anda, mereka berkemungkinan akan menghasilkan tesis yang sama malah lebih baik daripada tesis anda.

Selain itu, seorang pelajar pascasiswazah perlu faham bahawa pengajian Masters dan PHD merupakan sebuah ‘perjalanan’ yang sangat sunyi. Istilah sunyi di sini bermaksud, setiap perkara yang berlaku hanyalah antara diri anda dengan penyelia sahaja.

5. Berkawan dengan rakan yang positif

Sumber: Teen Vogue

Pelajar pascasiswazah harus bijak bergaul dan memilih kawan di tempat anda belajar. Sekiranya anda berkawan dengan rakan yang positif, anda secara tidak langsung akan mendapat persekitaran dan perasaan yang positif.

Anda juga perlu mengenali dan memahami diri sendiri. Sekiranya anda lebih selesa berkawan dengan mereka yang negatif, maka itu tidak menjadi sesuatu masalah.

6. Pastikan hubungan dengan penyelia dan orang lain kekal baik

Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya anda ingin berkongsikan masalah anda di laman sosial. Walau bagaimanapun, anda perlu mengelakkan diri daripada berkongsi dan bercakap buruk mengenai penyelia anda.

Sekiranya seorang pelajar pascasiswazah itu mempunyai masalah atau tidak berpuas hati dengan penyelia mahupun rakan sekumpulan, anda perlu berbincang dan berhadapan dengan mereka.

Anda tidak sepatutnya menganggap setiap kritikan, teguran dan komen daripada mereka ini adalah perkara yang negatif. Sebaliknya mereka hanya ingin membantu dan membetulkan tesis anda.

7. Bersedekah

Bersedekah merupakan antara amalan yang paling mulia di sisi agama Islam. Jadi sebagai seorang pelajar pascasiswazah, ianya adalah penting kerana perjalanan anda dalam pengajian ini adalah panjang dan rumit. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk meringankan kesusahan ini dengan cara bersedekah.

Terdapat dua cara yang anda boleh bersedekah iaitu yang pertama, apabila seseorang meminta pertolongan daripada anda, anda perlu cuba untuk membantu mereka ini.

Yang kedua adalah, sekiranya anda menjumpai mana-mana tempat atau tabung untuk bersedekah, anda dinasihatkan untuk menderma. Pada masa yang sama, berdoalah pada Tuhan agar perjalanan dan urusan anda dipermudahkan.

Sekiranya anda mengamalkan dua cara ini, insyaAllah perjalanan anda untuk menghabiskan pengajian ini akan dipermudahkan.

Tips yang dikongsikan ini tidak semestinya bersesuaian dengan semua individu. Namun apa yang pasti, anda perlu melengkapkan diri sebelum menyambung pengajian di peringkat Masters dan PHD.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan tips, sila klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca