7 Selebriti Korea Selatan Ini Anda Mungkin Tidak Tahu Punyai Kaitan Dengan Malaysia

Dalam artikel ini, kami kongsikan tujuh selebriti Korea Selatan yang anda mungkin tidak tahu mempunyai kaitan dengan Malaysia.

1. Pelakon Tang Jun-sang berdarah Malaysia

Sumber: Instagram @t_js0813

Anda mungkin pernah menonton lakonan Tang Jun-sang dalam drama Crash Landing On You, Racket Boys atau Move To Heaven tetapi ramai orang tidak tahu pelakon itu sebenarnya berdarah Malaysia.

Memandangkan nama keluarga Tang adalah jarang sekali ataupun tidak pernah didengari penduduk di Korea Selatan, Jun-sang pernah berkongsi tentang nama keluarganya menerusi temu bual bersama media tempatan sebelum ini.

“Saya memang orang Korea dan itu adalah nama sebenar saya. Disebabkan nama keluarga saya agak istimewa jadi rasanya ramai yang akan mengingati nama saya.

Bapa saya berketurunan Cina-Malaysia. Ibu saya pula berketurunan Korea dan lahir dalam keluarga yang pelbagai kaum (multicultural family),” ujarnya.

2. Han Ji-sung daripada Stray Kids membesar di Ampang

Sumber: Instagram @realstraykids

Han Ji-sung pertama kali datang ke Malaysia bersama keluarganya ketika dia berusia lima tahun dan menetap di Ampang selama enam tahun.

Married Biography melaporkan ibu bapa Ji-sung mahu anak lelaki mereka menyambung pengajian di Malaysia tetapi ahli kumpulan Stray Kids itu bagaimanapun mahu menjadi seorang penyanyi.

Ji-sung kemudiannya membuat perjanjian bersama ibu bapanya bahawa dia akan pulang ke Malaysia untuk sambung belajar sekiranya gagal menandatangani kontrak bersama mana-mana syarikat hiburan Korea Selatan dalam tempoh setahun.

3. Pelakon Seo Kang-jun pernah belajar di Malaysia

Sumber: Hellokpop

Aktor ternama ini pernah belajar di Malaysia selama satu tahun dan tujuh bulan. Kang-jun mendedahkan dalam program Happy Together bahawa dia tinggal di asrama sepanjang menetap di Malaysia kerana bapanya mempunyai seorang kawan di sini.

Pelakon Grid itu menjelaskan bahawa dia menetap di Malaysia kerana ibu bapanya mahu Kang-jun belajar bahasa Inggeris dan melihat dunia luar.

Anda dapat melihat Kang-jun berbual dalam bahasa Inggeris bersama penduduk tempatan di Law of the Jungle dalam video di bawah.

4. Isaac Voo daripada kumpulan IN2IT adalah rakyat Malaysia

Sumber: Instagram @isaacvkm_1212

Isaac daripada kumpulan IN2IT adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya menjadi artis K-Pop di Korea Selatan. Bintang kelahiran Sabah itu mula mengorak langkah dalam industri hiburan dengan menyertai pertandingan tarian K-Pop.

Selepas itu, Isaac kemudiannya mencuba bakat dalam sebuah program survival di Korea Selatan iaitu BOYS24 dan berjaya menjadi salah satu peserta yang memenangi undian terbanyak dalam rancangan tersebut.

Isaac telah debut bersama ahli kumpulan IN2IT yang lain pada tahun 2017 di bawah syarikat MMO Entertainment yang kini telah menamatkan kontrak terakhir mereka pada tahun 2020. 

5. Pelakon Chae Song Ah kini menetap di Johor

Sumber: Instagram @songah_chae

Pernah membintangi banyak drama Korea seperti Good Doctor dan My Strange Hero, Chae Song Ah kini menetap di Johor dan membuka restoran barbeku terkenal bersama suaminya.

6. Kim Tae-young daripada Cravity menetap di Malaysia selama dua tahun

Sumber: Twitter @CRAVITY_twt

Ahli kumpulan Cravity iaitu Tae-young pernah menetap di Malaysia ketika berusia di antara empat sehingga enam tahun sebelum dia berpindah semula ke Korea Selatan.

7. Sana Twice dan GOT7 pernah menjalani penggambaran video muzik A di Shah Alam

Sumber: Twitter @GOT7

Kumpulan GOT7 dan Sana daripada Twice telah menjalani penggambaran video muzik A di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor pada tahun 2014.

Anda boleh melihat perkataan-perkataan Melayu seperti makanan laut, farmasi, bihun, sup dan laksa di signboard dan beberapa banner yang muncul dalam video muzik tersebut.

Sumber: Koreaboo

Anda juga akan nampak kedai-kedai seperti 99 Speedmart dan Tesco (kini dikenali sebagai Lotus’s) dalam muzik video di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca