7 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Membakut

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Malang sememangnya tidak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan insiden yang menimpa tujuh beranak ini apabila kesemua mereka rentung selepas rumah kayu yang didiami musnah dalam satu kebakaran di Kampung Bandau, Membakut dekat Sabah pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis iaitu Mohd Johainin Ruslan, tujuh mangsa dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.16 pagi itu terdiri daripada ibu bersama tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Difahamkan, si suami dan seorang anak lelaki selamat dan hanya mengalami kecederaan.

“Selepas menerima panggilan kecemasan, BBP Kimanis bergegas ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer dan mendapati rumah kayu bertiang itu sudah terbakar sepenuhnya,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Kata beliau, kesemua mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah berkenaan semasa kejadian berlaku. Suami dan anak lelaki mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan. Punca kebakaran kini masih lagi dalam siasatan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), antara faktor utama berlakunya kebakaran termasuklah masalah litar pintas dan kegagalan peralatan elektrik. Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang kipas yang tiba-tiba terbakar akibat terpasang begitu lama. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca