7 Sebab Tidak Masuk Akal Pelajar Didenda Guru

Penulis pasti ramai di antara pembaca yang pernah didenda oleh guru semasa zaman persekolahan. Tidak menyiapkan kerja sekolah, meniru dalam peperiksaan dan bercakap di dalam kelas merupakan antara sebahagian kesalahan yang sering dilakukan para pelajar.

Namun begitu, tahukah anda terdapat sesetengah murid di dunia yang tidak begitu bernasib baik kerana mereka didenda hanya kerana benda remeh seperti membaca buku saat guru sedang mengajar.

Berikut merupakan tujuh sebab tidak masuk akal pelajar didenda guru.

1. Cukur kepala

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di England telah diberikan denda oleh gurunya kerana potongan rambut remaja itu dianggap tidak sesuai oleh jawatankuasa sekolah.

Jackson Shalcross-Platt memilih untuk mencukur segala rambut di kepalanya bukan kerana mahu mengikut perkembangan fesyen, tetapi, pelajar ini berbuat demikian bagi meraih wang sebanyak 700 pounds (RM3,781) untuk didermakan kepada persatuan kebajikan Cancer Research UK.

Sebaik sahaja berita mengenai remaja berkenaan tersebar, ramai warga tempatan yang tidak setuju dengan keputusan sekolah berkenaan sehingga satu petisyen dibuat di laman sosial Facebook untuk menarik semula denda yang dikenakan ke atas Jackson.

2. “Saya adalah Jesus yang dilahirkan semula.”

Seorang pelajar bernama Marissa yang menuntut di Sekolah Tinggi Dover telah diberikan denda oleh gurunya setelah remaja itu mengaku dia adalah kelahiran semula Jesus Christ.

Meskipun seluruh warga sekolah menganggapnya sebagai bahan jenaka, guru Marissa tetap memberikannya denda atas tindakan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, Marissa kemudiannya memukul seorang pelajar dengan menggunakan kitab Bible.

3. “Saya boleh terbang!”

Pada suatu hari, seorang pelajar perempuan bernama Casey melakukan percubaan untuk terbang. Difahamkan, murid itu melompat dari sebuah meja sebelum mendarat di atas lantai.

Sudahlah Casey berada dalam kesakitan, gurunya pula memberikannya denda kerana menganggu kelas secara fizikal.

4. Lewat satu minit

Seorang pelajar darjah satu yang berasal dari Oregon didenda kerana tiba lewat ke sekolah. Meskipun ia kelihatan seperti satu alasan yang munasabah untuk menghukum seseorang, murid itu sebenarnya hanya terlambat satu minit gara-gara kereta yang dipandu ibunya rosak.

Lebih malang lagi apabila pada hari yang sama, pelajar itu juga dipaksa oleh pengetua untuk duduk bersendirian di belakang penghalang kadbod semasa waktu rehat.

5. Pencinta kayu

Seorang pelajar bernama Timothy berkemungkinan merupakan pakar atau peminat fanatik kayu. Hal ini kerana sebaik sahaja murid itu meletakkan bukunya di atas meja, dia berkata, “Itu kayu mahogani!”

Walau bagaimanapun, gurunya mungkin tidak bersetuju dengan pendapat Timothy kerana pelajar itu didenda atas kesalahan itu.

6. Guna browser berbeza

Setiap orang mempunyai pilihan browser tersendiri semasa melayari internet. Ada yang selesa menggunakan Google Chrome dan Firefox. Tetapi, ada juga yang lebih gemar menggunakan Opera atau Safari.

Seorang pelajar di sebuah sekolah ini amat mengemari Firefox namun, perkara itu tidak dipersetujui gurunya.

Selepas diberikan amaran sebanyak dua kali untuk menggunakan browser yang lain, pelajar berkenaan akhirnya diberikan denda kerana melanggar arahan guru.

7. Membaca buku

Mungkin perkara ini kedengaran tidak masuk akal, namun, itulah apa yang terjadi kepada seorang pelajar apabila dia didenda hanya kerana membaca buku di dalam kelas.

Ketika slip denda tiba di mejanya, terdapat catatan daripada guru yang menyatakan pelajar berkenaan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dengan membaca buku sekaligus menganggu pengalaman berada di institusi pembelajaran.

Jadi, apakah pendapat anda? Sebab yang manakah anda rasa paling tidak masuk akal dalam senarai ini?

Untuk membaca artikel lain berkaitan perkara pelik dan tidak masuk akal, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca