7 Produk Kosmetik Ini Disahkan Beracun

Orang ramai dinasihatkan untuk berhenti menggunakan dan membeli tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Bahan berkenaan boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang serta sistem saraf.

“Selain itu, bahan berkenaan juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau belum dilahirkan. Ia juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Orang awam yang masih menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

7 produk disahkan beracun:

1. Dnars Golden Cream
2. Fjura-Face Polish Treatment
3. Glow Glowing N Glowing
4. Apple Diamond Day Loose
5. 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream
6. 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream
7. 7th Yanko Series Whitening Cream Day

Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. Malah, penjual dan pengedar produk kosmetik perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk ini dengan kadar segera.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca