7 Perkara Yang Hanya Perempuan ‘Pendek’ Boleh Faham

Adakah ketinggian anda sekitar 150-an cm? Atau dalam bahasa terus terangnya adalah pendek dan rendah. Kalau begitu, kita geng. Nanti bolehlah buka persatuan ‘Renek’ bersama-sama.

Pernahkah anda mengalami 7 perkara di bawah ini?

1. “Pergi duduk depan sana.”

Orang rendah selalu disuruh berdiri atau duduk di barisan hadapan apabila sesi foto beramai-ramai. Disebabkan oleh camera-shy, penulis pasti berjalan lambat-lambat seperti siput babi dan menyelit (menyorok) di barisan belakang.

Hasilnya, kelihatan muka penulis saja di celah-celah keramaian dan pernah disangka sebagai penampakan misteri dalam gambar.

2. Awet muda

Apabila berkunjung ke karnival jom masuk U, penulis menerima banyak brosur masuk asasi dan diploma kerana disangka sebagai pelajar lepasan SPM walaupun umur sudah menjengah suku abad.

The momen nampak muda 15 tahun adalah sewaktu diajak bermain bersama-sama oleh kanak-kanak. Mungkin kerana dianggap sebaya mereka.

3. “Tolong ambilkan barang kat atas tu.”

Anda terpaksa menjingkit kaki, melompat-lompat atau ambil kerusi untuk mengambil barang-barang di atas rak. Cara paling senang adalah minta tolong sesiapa untuk ambilkan. Ini biasa berlaku di perpustakaan dan supermarket.

4. Berasa dilindungi

“Eh, Zaf mana Zaf? Yuhuu~” Kawan-kawan tercari-cari dan pastikan anda tidak hilang di tempat orang ramai seperti pasar malam, konsert atau festival walaupun anda ada je berdiri di sebelah ni.

Selain itu, anda juga dapat berlindung daripada terik sinaran matahari dengan berjalan di tepi atau belakang orang tinggi.

5. Tidak diambil serius

Bila anda marah-marah atau nak mulakan pergaduhan, tiada siapa yang mengambil serius sebaliknya asyik cakap “Eeeiiii, comel la awak ni.”

6. Jarang menerima pujian cantik

Walaupun anda memakai kasut but, jaket kulit hitam dan lipstik berwarna merah darah ikan, anda tetap tidak dikata ‘cantik’ atau ‘cool’ sebaliknya comel, comel, comel memanjang.

7. “Minum susu banyak-banyak, biar tinggi sikit.”

“Eh, mana ada pendek.” Anda cuba menafikan hakikat itu. Kalau mampu, boleh pakai kasut tumit tinggi 4-6 inci. Penulis belum berani untuk memakainya sebab nanti satu kerja pula untuk buat-buat pengsan bagi tutup malu kalau terpelecok dan terjatuh.

Begitulah kisahnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca