Tidak semestinya negara yang cantik itu mempunyai tempat yang menarik. Walhal, negara seperti Pakistan juga antara salah satu negara yang berbahaya bagi wanita. Salah satu sebab utamanya ialah kemiskinan dan kesihatan. Malah, kaum wanita juga sering diganggu dan dianiaya di negara-negara ini.
Berikut kami kongsikan 7 negara yang berbahaya buat kaum wanita:
7. Mexico

Mexico merupakan sebuah negara yang begitu indah tetapi ia tidak terlalu selamat untuk kaum wanita kerana kadar jenayahnya begitu tinggi. Di samping itu, mafia dadah dan peniaga juga merupakan salah satu gangguan utama bagi wanita yang berkunjung di sini.
6. Colombia

Kes-kes keganasan rumah tangga dan seksual semakin meningkat di Colombia. Kira-kira 41 peratus wanita yang berumur 15 hingga 49 tahun telah menjadi mangsa keganasan seksual dan 95 peratus kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kepada pihak polis. Bahkan kes keganasan terhadap wanita pelarian juga tinggi.
5. Pakistan

Wanita di negara ini tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan tanpa kebenaran daripada ayah, abang atau suami mereka. Malah, mereka juga sering diperkosa dan dibunuh. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan dan polis tidak mengambil berat tentang kes yang membuatkan kaum wanita mudah terdedah kepada jenayah.
Selain itu, hakim juga mengendahkan wanita sekiranya kes-kes yang berkaitan dengan mereka dibawa ke mahkamah.
4. Sudan

Kekejaman di Sudan barat sangat terkenal di mana sesetengah kumpulan membunuh kumpulan dan kaum lain secara bebas. Ia juga merupakan negara yang paling berbahaya bagi wanita hamil menurut statistik daripada Save the Children. Hampir 5,000 bayi yang mati setiap tahun kerana mereka dilahirkan tanpa mempunyai alatan yang tidak mencukupi serta rawatan yang diberikan tidak baik.
3. Afghanistan

Pada mulanya, wanita bebas untuk bekerja dan mendapatkan pendidikan yang sesuai di negara ini. Namun, hak mereka terhad setelah Taliban berkuasa di negara itu. Wanita tidak dibenarkan meninggalkan rumah mereka tanpa diiringi oleh ahli keluarga lelaki. Keadaan kesihatan yang buruk juga menjadikan kehamilan berbahaya bagi mereka. Kanak-kanak perempuan juga dipaksa berkahwin malah turut diculik dan diperkosa selama peperangan berlaku di negara ini.
2. Somalia

Hamil merupakan ketakutan yang terbesar buat wanita di Sudan. Sekiranya tiada kemudahan perubatan maka bayi yang dilahirkan akan mati. Selain itu, 95 peratus mangsa keganasan merupakan kanak-kanak perempuan yang berumur di antara empat hingga 15 di Sudan.
1. India

Negara ini terkenal dengan ancaman keganasan yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan India dalam menangani kes seperti rogol dan pembunuhan di mana ia pernah terjadi terhadap seorang pelajar di Delhi pada lima tahun lepas. Mereka juga turut dijadikan sebagai hamba seks, buruh paksa serta pemerdagangan manusia.
Hentikan keganasan terhadap wanita kerana mereka merupakan ciptaan Tuhan yang perlu dijaga dan dilindungi. Kaum lelaki perlu menggunakan kuasa anda untuk mencintai dan menjaga mereka.