7 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia, No. 2 Paling Unik

Nama tempat yang terdapat dalam senarai ini benar-benar wujud di Malaysia. Pasti korang jarang atau tidak pernah mendengar nama tempat ini di Malaysia.

Pada hari ini, kami kongsikan nama-nama tempat pelik yang terdapat di Malaysia.

1. Kampung Penajis, Negeri Sembilan

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang bernama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini adalah Kampung Penajuh bersempena dengan nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Kenapa ia diberikan nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Tetapi menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota.

2. Kampung Bogel, Terengganu

Percaya atau tidak, kampung ini sememangnya benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut. Biarpun namanya telah ditukar kepada Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu. Namun, penduduk di situ masih memanggil dengan nama lamanya adalah Kampung Bogel.

Difahamkan, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi. Nama itu dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, kebenaran kisah itu tidak dapat dipastikan.

3. Kampung Dada Kering, Pahang

Nama Kampung Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Kampung ini pernah menjadi lombong emas secara literal. Namun, selepas deposit emas dan rizab telah lama habis lombong ini serta merta ditutup daripada beroperasi.

Semenjak ia ditutup, tapak-tapak perlombongan ini telah dipenuhi oleh air.

4. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung ini terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom. Sebahagian besar kampung ini dihuni oleh masyarakat etnik Lundayeh. Kampung ini telah menjadi maju dan menjadi kampung contoh serta terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, getah dan koko.

5. Kampung Seronok, Pulau Pinang

Siapa sangka bahawa disebabkan oleh seorang jurutera Inggeris iaitu D.W Grehan yang sering datang ke kampung ini kerana menghadiri beberapa majlis keramaian telah mencadangkan kampung ini dinamakan sebagai Kampung Seronok pada tahun 1946. Nama ini telah dipersetujui oleh orang kampung.

Hal ini kerana, beliau tertarik dengan cara hidup penduduk kampung dan aktiviti yang mereka sering lakukan.

6. Batak Rabit, Perak

Batak Rabit merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Hilir Perak di Perak. Jika korang ingin berkunjung ke pekan ini, ia berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari daerah Batak, Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut sewaktu perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

7. Desa Temu Jodoh, Johor

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak yang membabitkan 24 pasangan suami isteri yang mana kebanyakan peserta daripada Rancangan Tanah Muda yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Johor.

Perkampungan ini telah wujud kira-kira 30 tahun dahulu dan ia dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Sungai Lenek yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 kilometer dari daerah Yong Peng.

Tak sangkakan ada nama tempat-tempat sebegini di Malaysia? So, apa pendapat korang tentang nama-nama tempat ini? Unik tak bagi korang?

Sumber: SAY SEISMIK

Artikel Lain Untuk Di Baca