Mesti ada di antara kita yang pernah dengar nama-nama dewa dan dewi ini di dalam sebuah filem yang berjudul Gods of Egypt dan Percy Jackson. Dewa dan dewi ini juga dikatakan mempunyai kuasa ajaib mengikut karakter mereka.
Berikut kami kongsikan 7 nama dewa dan dewi Yunani yang ada di dalam mitologi Yunani:
1. Zeus
Zeus merupakan dewa pemimpin yang bertakhta di sebuah kerajaan bernama Olympus. Selain itu, dia juga merupakan dewa langit dan juga dewa hujan. Dia juga digambarkan seperti seorang lelaki yang mempunyai jambang dan badan yang tegap. Tongkat petir yang dikatakan mempunyai kuasa yang kuat itu ia ditakuti oleh para dewa yang lain dan juga manusia.
Tongkat petir ini akan dilemparkan kepada mereka yang sering melanggar sumpah. Zeus juga telah berkahwin dengan adik perempuannya iaitu Hera yang merupakan dewi pernikahan. Di samping itu, dia juga telah membahagikan dunia kepada tiga bahagian. Dua bahagian itu telah diberikan kepada saudaranya iaitu Poseidon yang merupakan dewa penguasa lautan dan Hades yang mentadbir seluruh alam kematian sama ada di bawah tanah atau di dalam perut bumi.
2. Poseidon
Poseidon ialah dewa yang dianggap paling layak untuk mengawasi lautan yang menutupi 2/3 bahagian bumi. Dia juga mempunyai satu tongkat berbentuk trisula yang akan dibawa kemana-mana sahaja.
Poseidon merupakan dewa yang paling kuat di antara saudara-saudara yang lain sehinggakan kelakuannya itu telah dipercayai oleh Zeus yang memberikan kepadanya bahagian yang paling luas di bumi.
Menurut mitologi Yunani ini, dia digambarkan seorang yang berkelakuan tidak menentu sehingga membuatkan sifat dari lautan juga menjadi sepertinya. Poseidon juga telah mengahwini Amphitrite yang merupakan cucu kepada Titan Oceanus.
Dia dikatakan sering membantu pelaut dan juga pernah menghancurkan kapal laut tentera Yunani kerana kesombongan mereka setelah berjaya memenangi suatu peperangan.
3. Hades
Hades dikatakan dewa yang ditakuti ramai kerana dia merupakan dewa kematian atau dewa neraka. Selain itu, karakternya sering digambarkan bersama Cerberus iaitu anjing berkepala tiga.
Dunia Hades sendiri ialah tempat tinggal roh orang mati yang suram dan berkabus. Roh-roh itu dikatakan masuk melalui dunia bawah (neraka) dan perlu menyeberangi sungai Akheron dengan menaiki perahu yang di bawa oleh Kharon.
Kharon akan meminta bayaran berbentuk seperti syiling yang dipanggil sebagai obol yang digunakan ketika zaman kuno.
4. Ares
Dia merupakan dewa perang dan anak kepada Zeus dan Hera. Kedua ibu bapanya itu tidak menyukainya kerana Ares selalu dahagakan darah.
Kehadirannya sangat digeruni di dalam peperangan yang membuatkan musuh berasa gementar setiap kali berjumpa dengannya. Beberapa kisah yang lain turut menceritakan bahawa Ares akan membunuh sesiapa yang tanpa mempunyai belas kasihan.
Dia juga dikatakan dewa pengecut kerana jika dia mengalami kecederaan di bahagian badan, dia akan lari daripada medan perang dan kembali ke gunung Olympus. Malah tangisannya turut didengari di setiap penjuru gunung tersebut.
5. Athena
Athena ialah dewi Yunani yang melambangkan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan hebat dalam strategi peperangan. Dia juga mengajar para pahlawan tentang cara-cara untuk berperang.
Dia tidak pernah berkahwin atau mempunyai kekasih, meskipun dia pernah digoda oleh Hephaestus namun tidak berjaya. Disamping itu, Athena juga pernah membunuh Medusa dan meletakkan kepalanya pada sebuah perisai yang sangat kuat iaitu Perisai Aegis.
6. Aphrodite
Aphrodite merupakan dewi cinta, keindahan dan keinginan. Kisah ini juga mempunyai dua versi di mana versi pertama mengatakan bahawa dia merupakan anak kepada Zeus dan Dione. Berbeza pula dengan versi kedua iaitu kisah ketika Kronos yang mengalahkan Oranos lalu melemparkannya ke lautan. Kemudian Aphrodite yang melihat situasi itu lantas
7. Hermes
Dia yang merupakan anak kepada Zeus dan Maia serta dewa yang diutuskan oleh Zeus. Karakternya digambarkan memakai kasut yang mempunyai sayap, topi bersayap dan tongkat ajaib. Tugas utamanya ialah membawa pesanan kepada para dewa. Kebanyakan tuganya dilakukan di atas perintah ayahnya, Zeus.
Hermes juga sering singgah ke dunia manusia untuk menghantar pesanan daripada para dewa. Hermes turut menghantar roh-roh mati menuju ke dunia bawah (neraka).