7 Menu Istimewa McDonald’s Yang Seronoknya Kalau Ada Di Malaysia

Setahu penulis, rangkaian restoran makanan segera McDonald’s atau lebih glamor dipanggil McD ini ada menawarkan menu istimewa seperti nasi lemak, bubur ayam, aiskrim durian dan burger prosperity di Malaysia.

Mari kita lihat apa menu McD di negara-negara lain pula:

1. Shaka Shaka Chicken

Sumber gambar: Mashed

Di restoran McD Jepun, anda boleh order sekotak ayam goreng dan opsyen untuk memilih paket perisa mengikut cita rasa anda seperti taburan cili, BBQ atau keju. Seterusnya, taburkan bahan-bahan itu dan kocok-kocok kotak itu sebelum makan ayam goreng berperisa.

2. McArabia

Sumber gambar: Mashed

Kepingan ayam panggang, salad, tomato, sos bawang putih dan bawang dibalut bersama-sama dalam roti pita. Menu ini boleh didapati di sekitar negara Arab dan Pakistan.

3. Spinach and Parmesan Nuggets

Sumber gambar: The Travel

Itali terkenal dengan syurga masakan dan kulinari. Kali ini, negara kelahiran pizza itu membawa idea keju parmesan dan bayam yang disumbatkan ke dalam nugget dan tertera di papan menu McD.

4. McChoco Potato

Sumber gambar: The Travel

Pernahkah anda mencelup kentang goreng ke dalam aiskrim McD dan rasanya layak masuk ke pertandingan MasterChef? Jika anda suka campuran rasa masin-manis, McD di Jepun menyediakan McChoco Potato iaitu kentang goreng bersama coklat dan coklat putih.

5. Sweety Con Nutella

Sumber gambar: The Travel

McD Itali pernah melancarkan menu burger Nutella dan hari-hari pelanggan datang cari.

6. Shrimp Beef Burger

Sumber gambar: Eat This

Burger di McD Korea ini terdiri daripada salad, tomato, sos istimewa, kepingan daging lembu dan kepingan udang yang digoreng garing.

7. McLobster

Sumber gambar: Eat This

Di Kanada, rangkaian restoran McDonald’s pernah menawarkan menu makanan laut premium iatu ‘McLobster’. Bagaimanapun ia tidak bertahan lama kerana harga udang kara mahal dan tidak mudah didapati.

Begitulah menu-menu McD dari negara lain yang nampak menyelerakan, namun ia mungkin mengandungi kandungan garam yang tinggi, manis dan berlemak. Tetapi siapalah yang pergi McDonald’s untuk mencari makanan sihat kannn…

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, klik pautan di bawah

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca