7 Manfaat Mandi Sebelum Subuh, Ruginya Kalau Tak Pernah Buat

Mungkin ramai dalam kalangan anda yang susah sangat nak mandi sebelum subuh. Masing-masing akan memberi bermacam alasan untuk bangun mandi di awal pagi kerana suasana yang masih lagi sejuk dan enak dibuai mimpi.

Tetapi, tahukah anda? Kajian sains mengatakan kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan, malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.

Berikut merupakan 7 manfaat mandi sebelum subuh untuk kesihatan anda:

1. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita yang mempengaruhi kesuburan dan keghairahan seksual.

2. Melancarkan Peredaran Darah

Menurut Dr. Aru W. Sudoyo, MD, iaitu doktor pakar penyakit dalaman dari FKUI dan RS Medistra mengatakan, melalui perubatan, mandi pagi akan merangsangkan sistem peredaran darah dan sistem saraf menjadi lebih aktif. Mandi sebelum subuh ternyata mempunyai manfaat yang luar biasa untuk kesihatan kerana ia mampu memberikan kesan positif kepada tubuh.

3. Membuat Kulit Menjadi Halus dan Cantik

Mandi sebelum subuh bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ia juga memberi manfaat untuk kulit anda supaya menjadi halus dan cantik. Menurut Dr. Midi Hariyani, seorang pakar kulit dan kelamin, menyebutkan bahawa dengan mandi sebelum subuh dapat membangunkan tubuh yang terlelap di mana metabolisma tubuh lambat memproses.

Selain itu, mandi di awal pagi dengan air sejuk juga mampu mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan kulit menjadi segar.

4. Membuat Rambut Lebih Sihat

Pernah anda ketahui apakah yang akan terjadi dengan rambut bila dibilas dengan air sejuk? Ternyata air dingin dapat menutupi kulit rambut sehingga mampu mengurangkan keguguran. Air sejuk juga mampu melindungi rambut dari kotoran-kotoran yang biasanya melekat pada kulit kepala. Oleh itu, ia akan membuat rambut lebih sihat dan kuat.

5. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk pada waktu subuh akan meningkatkan sel darah putih yang berfungsi sebagai daya tahan melawan virus yang masuk ke dalam tubuh. Tambahan pula, tubuh anda pun akan menjadi lebih sihat dan segar.

6. Kurangkan Tekanan

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Bagi mereka yang mengalami depresi, inilah cara terbaik untuk anda mengurangkan tekanan yang dihadapi. Jadi, kepada mereka yang ingin mengurangkan tekanan, bolehlah mencuba tabiat mandi pagi sebelum subuh.

7. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Menurut Frederic Premji iaitu hipnoterapi dari The American Board Of Hypnotherapy menyatakan bahawa mandi dengan air sejuk juga mampu mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Hal ini terjadi kerana air sejuk akan melancarkan peredaran darah ke seluruh organ-organ tubuh. Jika diamalkan selalu, ia akan menyembuhkan penyakit anda.

Melalui perkongsian ini, anda bolehlah mencuba untuk bangun dan mandi di awal pagi kerana ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan anda. Sebagaimana Rasulullah SAW yang juga tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat yang berpagi-pagian.

Sumber: deqisuozai

Artikel Lain Untuk Di Baca