7 Lelaki Terkacak Dunia, Adakah Selebriti Pujaan Anda Berada Di Dalam Senarai Ini?

Apakah pengukur sebenar ketampanan seorang lelaki itu?

Tidak ada sebenarnya.

Terpulang pada seseorang itu bagaimana mahu menentukan faktor yang meletakkan seseorang lelaki itu dalam kategori tampan ataupun tidak.

Namun, majalah atas talian Amerika Syarikat, The Gazette Review mengeluarkan senarai lelaki tertampan di muka bumi mengikut definisi lelaki terkacak mereka tersendiri.

Berikut merupakan senarai 7 lelaki terkacak di dunia.

Adakah artis kegemaran anda berada dalam senarai mereka?

7. Jeon Jungkook

Kebiasaannya, hanya lelaki dari Eropah Amerika atau Australia yang sering mendominasi senarai sebegini. Namun, bintang kumpulan K-Pop Bangtan Boys (BTS), Jeon Jungkook, 22, telah berjaya memecahkan rekod tersebut apabila menjadi satu-satunya lelaki Asia Timur yang berada di senarai ini.

Populariti Jungkook semakin meningkat di seluruh dunia ekoran bakatnya yang pelbgai seperti menyanyi, rap dan menari serta mempunyai rupa paras yang tampan menjadikan Jungkook layak duduk di tangga ke-7.

6. Zayn Malik

Zayn muncul dalam industri hiburan melalui rancangan pertandingan muzik Britain, The X Factor dan menjadi salah seorang anggota One Direction ketika itu. Namun, Zayn tekad bergerak secara solo setelah 5 tahun melakar kenangan dan kerjaya bersama kumpulan terbabit. Kedudukan Zayn dalam dunia hiburan semakin kukuh semenjak itu dan menjadi salah satu artis yang mendapat jolokan ‘A-List’. Dia juga dikenali sebagai selebriti yang bersifat pemurah kerana aktif dalam bidang kebajikan.

5. Enrique Iglesias

Bukan mudah menjadi anak lagenda muzik Sepanyol iaitu Julio Iglesias namun Enrique tetap menyerlah apabila dia berjaya keluar daripada bayang-bayang ayahnya dan menjadi terkenal dengan caranya yang tersendiri. Selain mempunyai wajah dan tubuh badan yang boleh mengiurkan peminat-peminatnya, Enrique juga mempunyai bakat yang hebat dalam bidang nyanyian sejak tahun 2000 lagi. Malah, dia juga merupakan antara selebriti berpangkat senior yang muziknya masih segar sampai ke hari ini.

4. Chris Hemsworth

Pelakon dari Australia yang mula popular menerusi filem Thor ini menjadi pelakon utama francais Marvel sejak beberapa tahun lalu termasuk Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013), Avengers: Age of Ultron (2015), Doctor Strange (2016), Thor: Ragnarok (2017), Avengers: Infinity War (2018) Dan Avengers: End Game (2019). Hemsworth mengahwini aktres Sepanyol, Elsa Pataky pada 2010. Walaupun kerap sibuk di Hollywood kebelakangan ini, dia dan Pataky masih lagi menetap di tanah airnya, Australia.

3. Hrithik Roshan

Untuk menjadi bintang mega di Bollywood, tidaklah sekadar pandai berlakon namun mestilah turut berbakat dalam bidang nyanyian dan mahir menari.

Hal ini bukanlah masalah buat Hrithik Roshan yang kekal dalam senarai bintang elit Bollywood dan merupakan antara bintang yang menerima gaji tertinggi di negara itu. Roshan juga antara bintang Bollywood yang mempunyai patungnya sendiri di muzium Madame Tussauds Wax di London.

2. George Clooney

Walaupun sudah menginjak usia 58 pada tahun ini, Geoge Clooney tidak pernah lari jauh daripada menempa nama di mana-mana senarai lelaki kacak. Dia pernah menjadi lelaki tertua yang dinobatkan sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People pada 2006.

1. Chris Evans

Anda pasti setuju kedudukan Chris Evans dalam senarai ini. Evan kekal bergaya walaupun sudah berusia 37 tahun. Dia cukup menonjol dengan watak Captain America yang dibawanya ditambah pula dengan gandingan pelakon hebat yang lain seperti Tom Hiddleston dan Chris Hemsworth menjadikan filem Avengers tetap dinanti-nanti setiap peminatnya.

Selain membintangi lebih 52 filem setakat ini, Evans mengambil tugas pengarah buat kali pertama pada 2014 menerusi filem Before We Go dan membuat debut teaternya menerusi produksi Broadway, Lobby Hero tahun ini. Ketampanan dan bakat Evans cukup hebat untuk menobatkan beliau sebagai lelaki terkacak dunia tahun ini.

Walau apapun, kecantikan dan kekacakan itu sangatlah subjektif. Senarai ini hanya melibatkan personaliti seberiti-selebriti yang cukup mengujakan dan mempunyai rupa paras yang menawan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca