7 Kematian Tragis Berpunca Daripada Media Sosial

Amaran: Artikel ini mengandungi kandungan 18SG (ganas dan horror yang tidak keterlaluan)

Dalam dunia web 2.0 tanpa sempadan ini, ada terlalu ramai penggunanya.

Dalam jumlah yang ramai itu, pasti mempunyai pelbagai rentak dan ragam. Ada yang berfikiran positif, ada yang sakit jiwa, ada yang senget, lurus, baik malah ada juga yang bertopengkan kepala syaitan.

Meskipun dunia kini di hujung jari, pemain di sebalik skrin itu tetap manusia sebenar.

Gambar sekadar hiasan. Sumber:  tookapic /Pixabay 

Berikut kisah penggunaan media sosial yang berakhir dengan tragedi:

1. Bunuh kawan sebab ‘cuit’ teman wanita di Facebook

Gambar sekadar hiasan. Sumber:  Alexey Elfimov on Unsplash

Pada tahun 2014, seorang lelaki bernama Richard Rovetto (29 tahun) ‘poked’ makwe rakannya, Scott Humphrey (27 tahun) di Facebook (FB). Richard mendakwa yang dia tidak tahu wanita tersebut adalah awek Scott.

Apa lagi, Scott pun naik minyak lalu membelasah dan menolak kawannya rebah ke tanah sehingga mengakibatkan kecederaan serius di kepala dan mati. Scott dihukum penjara selama empat tahun.

2. Hidup wanita ini berakhir selepas tukar status FB jadi single

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Siora Photography/ Unsplash

Pada tahun 2008, seorang wanita berusia 26 tahun bernama Sarah menukar status hubungannya di FB daripada ‘married’ kepada ‘single’ selepas berpisah dengan suaminya, Richard (41 tahun).

Richard tidak boleh menerima hakikat itu dan mencuri masuk ke rumah ibu bapa Sarah serta menikam wanita itu dengan pisau semasa sedang tidur. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun.

3. Rapper sadis di MySpace ‘menghidupkan’ liriknya jadi kenyataan

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Isai Ramos/ Unsplash

Samuel (20 tahun) merupakan seorang rapper indie jenis ‘horrorcore’ yang tinggal bersama kakaknya di California. Menyedari tiada siapa pun follow band dia di FB, lalu dia bertukar angin ke MySpace untuk mencari peminat horrorcore.

Di situ, dia berkenalan dengan Emma (16 tahun) dan kawannya, Melanie (18 tahun). Di bawah nama ‘Syko Sam’, Samuel memuat naik lirik dan lagunya yang menakutkan di platform tersebut:

You’re not the first, just to let you know / I’ve killed many people and I kill them real slow / It’s the best feeling, watching their last breath / Stabbing and stabbing till there’s nothing left

Pada tahun 2009, Samuel memecah masuk ke rumah Emma dan menukul kepala semua penghuni rumah itu (termasuk ibu bapanya) dan Melanie semasa tidur. Lelaki sadis itu dipenjarakan seumur hidup.

4. Kemalangan maut selepas muat naik emoji ‘Smiley Face’ di Facebook

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Vladyslav Topyekha/Pixabay 

Pada tahun 2014, Courtney (32 tahun) telah terlibat dalam satu kemalangan maut sejurus selepas memuat naik status yang bertulis, ‘Lagu gembira buat saya GEMBIRA 😊’.

Pihak berkuasa percaya bahawa kemungkinan wanita berkenaan sedang mengambil gambar dan update status sambil memandu kenderaannya.

5. Ikan lumba-lumba mati semasa selfie beramai-ramai

Sumber: Ranker

Pada tahun 2016, dua ekor ikan lumba-lumba jenis Franciscana (spesies jarang jumpa) lalu di pantai yang penuh dengan orang ramai berhadapan resort. Kemudian ia ditarik keluar dari laut untuk diambil gambar atau selfie secara berjemaah.

Akhirnya, ikan lumba-lumba malang itu mati akibat dehidrasi di tangan-tangan manusia terdesak yang kebulur ‘Likes’ di laman sosial.

6. Remaja bunuh diri akibat siber buli

Sumber: Ranker

Pada tahun 2016, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Cassandra (17 tahun) telah dibuli di alam siber apabila teman sekolahnya telah membuat sebuah Facebook Page bagi menggalakkan dia membuat sesuatu.

Apabila bapanya pulang dari tugasan luar bandar, Cassandra ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Hancur hati bapanya apabila mendapat tahu page tersebut mengandungi kata-kata kesat, grafik tak senonoh tentang gadis itu dan menggalakkan anaknya pergi mati.

7. Wanita menghancurkan hati mangsanya dengan hubungan palsu

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Niek Verlaan/Pixabay 

Ramai orang teruk patah hati angkara Natalia (27 tahun). Wanita itu telah membuat akaun profil dan identiti palsu yang memaparkan remaja perempuan cantik.

Motifnya adalah untuk memikat remaja lelaki untuk bercinta secara online. Kemudian Natalia membunuh para gadis khayalan itu dalam kemalangan tragis atau bunuh diri. Trik dia adalah untuk membuatkan anak-anak muda itu percaya yang mereka sudah jumpa insan istimewa sebelum dikejutkan dengan berita sedih dan akhirnya trauma.

Kira-kira 40 orang dikenal pasti menjadi mangsa permainan minda digitalnya dan salah seorang daripadanya telah mengakhiri hidupnya. Natalia tertangkap pada tahun 2011 dan dijatuhi hukuman dua tahun dua bulan di dalam penjara.

Semoga kisah-kisah di atas menjadi sempadan dan peringatan kepada kita termasuklah diri saya sendiri supaya berhati-hati dalam menggunakan media sosial, kena pandai jaga diri dan sedaya upaya tidak menyakiti sesama makhluk di bumi ini.  

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, klik pautan artikel di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca