7 Kali Ganda Lagi Pedas Berbanding Cili Padi, Mamee Tampil Dengan Mi Segera Edisi Terhad

Makanan pedas adalah salah satu elemen pembangkit selera buat sesetengah individu. Malah, ada di antara mereka yang menjadikan rasa pedas itu sebagai perisa wajib dalam makanan harian mereka. Dalam erti kata lain, kalau tak pedas memang ‘tak puas’ makan.

Sekarang, cabaran makan makanan pedas memang menjadi trend dalam masyarakat kita. Rata-rata berlumba-lumba menyertai cabaran itu dan ia kebiasaannya akan dirakam serta dimuat naik di laman sosial seperti YouTube, Twitter, Instagram dan Facebook.

Pada masa yang sama, ramai yang cukup menggemari video cabaran makan makanan pedas ini. Buktinya, video-video tersebut selalunya mendapat jumlah tontonan yang sangat tinggi sehingga ada yang mencecah jutaan Views.

Sebelum ini, Mamee ada mengeluarkan mi segera yang dikenali sebagai Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles dan ia diuar-uarkan sebagai mi segera terpedas di Malaysia. Mi segera ini menggunakan Ghost Pepper di mana ia merupakan salah satu cili yang terpedas di dunia. Tahap kepedasan Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles mencecah 1 juta Scoville Heat Units (SHU).

Baru-baru ini, Mamee tampil pula dengan dua produk terbaharu mi segera yang berasaskan lada Habanero iaitu Daebak Habanero Kimchi Jjigae dan Spicy Chicken Noodles.

Tahap kepedasan kedua-dua perisa baharu ini dikatakan tidaklah sepedas Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles di mana ia cuma 350,000 SHU. Walau bagaimanapun, ia jauh lebih pedas jika dibandingkan dengan cili padi yang selalu kita makan selama ini di mana ia cuma mencatat tahap kepedasan sekitar 50,000 SHU sahaja.

Team Lejen TV tidak ketinggalan untuk mencuba Daebak Habanero Kimchi Jjigae dan Spicy Chicken Noodles ini. Menariknya, siapa yang tidak berjaya habiskan tanpa minum air dikenakan denda. Siapa agaknya yang kena denda itu?

Daebak Habanero Kimchi Jjigae dan Spicy Chicken Noodles ini dijual di 7-Eleven seluruh Malaysia dengan harga RM4.90 setiap satu sehingga 11 November ini sahaja. Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkannya kerana mi segera ini sangat terhad di pasaran.

Artikel Lain Untuk Di Baca