7 K-Pop ‘Challenge’ Yang Diikuti Ramai Di TikTok

Aplikasi TikTok sememangnya satu platform yang kini menjadi kegemaran generasi muda zaman sekarang. TikTok, mengetengahkan video berdurasi pendek terkenal dengan pelbagai tarian yang tular seperti challenge semestinya mendapat sambutan hangat terutamanya bagi artis Korea yang mahu mempromosikan lagu mereka menerusi cabaran ini.

Berikut kami kongsikan tujuh K-Pop Challenge yang tular dan diikuti ramai oleh pengguna aplikasi Tiktok:

1.#AnySongChallenge

Sumber: KoreaBoo

Lagu daripada Zico, ahli kumpulan Block B ini telah dilancarkan pada 13 Januari 2020 dan menjadi tular pada awal tahun ini apabila rata-rata melakukan #AnysongChallenge di TikTok. Zico turut menjemput beberapa artis K-pop popular yang lain seperti Hwasa, Jessi dan Chung-ha.

2. #Wannabeitz

Sumber: Youtube

Menerusi lagu ITZY yang bertajuk ‘Wannabe’, Ryujin’s Shoulder Dance telah diikuti ramai apabila tarian tersebut dianggap ikonik. Tarian yang memaparkan gerakan bahu itu dikatakan telah menjadi ikutan peminat dan juga bukan peminat untuk mencubanya.

3. #Summerhate

Sumber: COOL-STYLE

Zico yang kembali lagi dengan lagu baru berjudul ‘Summer Hate’ turut tular sekali lagi di aplikasi TikTok apabila telah memuat naik video bersama bintang K-pop popular, Rain yang cuba mengikuti koreografi lagu tersebut.

4. #CNSchallenge

Sumber: Gabra.MY

Lagu dari ahli kumpulan BTS, J-Hope ini adalah kolaborasi bersama artis pop dari Amerika telah mendapat perhatian ramai apabila sempat trending di Tiktok dengan lagunya ‘Chicken Noodle Soup’ yang diringkaskan menjadi #CNSchallenge.

5. #KangDaniel2U

Sumber: Youtube

Artis K-pop Kang Daniel telah membuat kemunculan dengan lagunya yang bertajuk ‘2U’ juga mendapat sambutan hangat dari pengguna TikTok. Antara idol yang turut melakukan tarian tersebut adalah Bae Jin Young dan BX dari kumpulan CIX.

6. #NunuNanaChallenge

Sumber: Soompi

Bagi peminat K-Hip Hop, sudah pasti mengikuti lagu keluaran baru Jessi, NUNU NANA. Koreografi yang menarik ditambah dengan rentak lagu yang kedengaran lain dari sebelum ini telah tular dengan #Nununanachallenge. Antara artis K-pop yang mengikuti cabaran ini adalah HyunA dan pasangannya, Dawn, Tiffany bekas ahli Girl’s Generation, Eric Nam dan juga bekas ahli SISTAR, Soyou.

7. #Makingalover

Sumber: Youtube

Lagu yang pernah menjadi kegilaan ramai disebabkan pengaruh drama bersiri Boys Over Flowers ini telah kembali popular apabila #Makingalover yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok, @hanitabinaa telah menjadi ikutan ramai di aplikasi tersebut.

TikTok sememangnya dapat mempengaruhi rata-rata individu untuk turut serta dalam mencuba perkara-perkara yang sedang tular tidak kira di media sosial mahupun aplikasi lain. Jadi, dalam kesemua challenge di atas, mana satu yang anda pernah ikuti atau tonton?

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca