- Employment Scams
Kebanyakan rakyat Malaysia sering mendapat mesej ini melalui sms atau WhatsApp. Selalunya mesej ini bertujuan untuk menipu mangsa dengan meminta mangsa memberikan yuran pendaftaran untuk sesi temuduga atau juga membeli barang-barang dari mereka.
2. APK Scams

Terdapat banyak notifikasi yang muncul di telefon anda yang kebanyakannya boleh datang dari aplikasi yang meragukan. Selalunya mereka akan meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi tersebut yang bukan berasal daripada Play Store atau Apple Store. Selain itu, ia juga memerlukan mangsa untuk memberikan data peribadi mereka untuk login seperti nombor akaun bank dan nombor ic mangsa.
3. Extra Charge Payment
Hal ini banyak terjadi kerana hasil pembelian dari Shopee yang dikatakan terlebih bayar sedangkan mereka ingin memperdayakan mangsa. Mereka selalunya akan meminta nombor akaun mangsa lalu membuat resit palsu dan meminta mangsa membayar kos pelepasan duit tersebut.
4. OTP Scams
Scammer selalunya akan meminta mangsa untuk memberikan nombor kod OTP telefon kepada mereka. Mereka selalunya memberikan alasan tersalah masuk duit ke dalam akaun mangsa. Adakalanya mereka juga mengaku sebagai pihak bank atau syarikat Bigpay dan sebagainya.
5. Fake Friend Scam
Penipuan yang menggunakan gambar orang lain di gambar profile WhatsApp mereka. Mereka sengaja membuat cerita sedih dengan alasan memerlukan duit.
6. Scam Yang ‘Too Good To Be True’
Terdapat penipuan yang tidak masuk akal yang dilakukan seperti penjualan Iphone, laptop dengan harga yang sangat murah dan pakej percutian murah. Jika ‘scam’ yang melibatkan syarikat perlancongan, anda boleh meminta mereka untuk memberikan nombor lesen Motac bagi membuktikan kewujudan agensi mereka.
7. Scam Yang Berbentuk Upah
Harga servis yang tidak ditawarkan terlampau murah sebagai contohnya harga servis murah syarikat catering dan bridal perkahwinan. Sebelum membuat sebarang tempahan dengan mereka, anda seharusnya memeriksa kesahihan mereka terlebih dahulu.
Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: