7 Jenis Fobia Yang Pelik, Nombor 6 Yang Paling Tak Masuk Akal

 

Sepertimana yang kita ketahui terdapat ratusan jenis fobia atau ketakutan yang dialami oleh manusia di seluruh dunia. Kebanyakan di antara kita pernah mendengar claustrophobia (fobia berada di tempat sempit), xenophobia (fobia dengan orang asing) dan acrophobia (fobia tempat tinggi).

Apakah maksud fobia? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat (2005), fobia boleh di definisikan sebagai ketakutan yang amat sangat kepada sesuatu. Fobia adalah sejenis penyakit mental yang berkaitan dengan psikologi. Fobia biasanya menzahirkan emosi takut yang melampau tanpa suatu sebab yang jelas dan tidak rasional.

Namun terdapat juga beberapa jenis fobia yang jarang kita dengar. Ada di antaranya yang boleh dikatakan agak unik.

1.Ablutophobia – Takut mandi atau membersihkan diri

Fobia ini pada satu masa dahulu adalah perkara biasa di Eropah sebelum zaman moden. Para saintis berkata pada kurun ke-16, kebanyakan orang Inggeris, Perancis dan negara Eropah yang lainnya mempunyai simptom ablutophobia ini.

Ratu Elizabeth pertama dikenali sebagai orang yang paling ‘bersih’ di Eropah kerana pada masa itu dia mandi sebulan sekali. Kajian juga menunjukkan fobia ini menjadi penyumbang terbesar kepada industri minyak wangi.

2. Globophobia – Takut kepada belon

Seorang lelaki bernama Hunter Ewen dari Amerika Syarikat menderita akibat globophobia, iaitu ketakutan kepada belon atau bunyi belon meletup. Akan tetapi yang anehnya dia juga berjaya mencipta rekod di dalam Guinness World Records dengan meniup belon sehingga meletup paling banyak dalam masa satu jam.

Dia berkata bahawa dia selama 15 tahun dia tidak pernah meniup belon jadi dia ingin mengatasi ketakutannya itu dengan cara yang menyeronokkan.

3. Sesquipedalophobia – Takut kepada perkataan panjang

Sesqui di dalam bahasa Latin bermaksud (satu setengah), Pedal di dalam Latin bermakna (kaki) dan phobia di dalam bahasa Greek (takut). Walaupun fobia ini merupakan kes yang terpencil, ia sebenarnya agak kejam bagi penghidap fobia ini untuk menyebut namanya kerana ia agak panjang. Yang lebih mengejutkan ialah nama lain bagi fobia ini ialah Hippopotomonstrosesquippedaliophobia!

4. Macrophobia – Takut kepada beratur panjang atau lama

Bagi mereka yang mengalami macrophobia ini selalunya berakhir dengan kekecewaan. Simptom akibat fobia ini ialah berpeluh, rasa ingin melarikan diri, pengsan dan juga rasa seperti terlalu sesak. Kebiasaannya penghidap fobia ini lebih gemar membeli-belah secara atas talian.

5. Anthophobia – Takut kepada bunga

Fobia kepada bunga ini hanya dihidapi oleh beberapa orang sahaja di dunia. Kebanyakan mereka juga takut kepada alam semulajadi. Kanak-kanak dikenalpasti majoriti penghidap fobia ini dan penyebabnya ialah kejadian trauma yang berulang-ulang samada disengat lebah atau sebagainya. Kejadian ini mengakibatkan pemikiran negatif sepertimana tanggapan kita apabila memegang cerek yang panas.

6. Omphalophobia – Takut kepada pusat

Anda mesti berasa hairan mengapa ada manusia yang takut akan pusat perut mereka sendiri. Ada sesetengah kes penghidap fobia ini juga takut kepada pusat orang lain juga. Salah seorang penghidap fobia ini yang terkenal ialah penyanyi Jenny Frost dan Khloe Kardashian.

7. Thanatophobia- Takut akan kematian atau kehilangan orang disayangi

Thanatophobia adalah keadaan perubatan di mana seorang individu mengalami ketakutan atau fobia kematian yang ekstrim, sama ada mereka sendiri mati atau kehilangan orang yang dikasihinya. Walaupun ini mungkin kelihatan biasa kerana tidak selalunya kita melihat seseorang yang mengalami fobia ini. Thanatophobia adalah fobia yang membahaya dan melemahkan seseorang itu untuk merasai kepuasan dalam kehidupan.

Fobia merupakan gangguan psikologi jadi masih belum terlewat untuk dapatkan rawatan, anda boleh bertemu dengan Pakar Psikologi,Pakar Psikiatrik, Ahli Psikologi Klinikal, Pegawai Psikologi dan Kaunselor yang bertauliah dan terlatih. Beberapa terapi dan teknik yang didapati berkesan untuk digunakan adalah melalui teknik seperti Terapi Tingkahlaku Kognitif (CBT), Terapi pendedahan (Desensitization), perkhidmatan kaunseling melalui beberapa pendekatan seperti Terapi Realiti, Hipnoterapi dan juga Teknik Terapi Rasional Emotif.

Artikel Lain Untuk Di Baca