7 Fakta Menarik Tentang Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman, damai dan memiliki keunikan yang tersendiri seperti negara lain. Ramai yang tidak tahu tentang keunikan negara ini. Di sini kami kongsikan 7 fakta menarik tentang Malaysia:

1. Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dibina untuk tahan salji

Walaupun negara kita mempunyai iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun namun stesen kereta api ini dibina untuk menahan kesejukan salji. Platform dibina dengan tinggi supaya tidak ditenggelami salji apabila ribut salji melanda. Bumbung platformnya pula dibina sehingga tahap yang mampu menampung salji setebal 2 kaki.

2. Kuala Lumpur merupakan ibu kota kilat di dunia

Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia yang paling banyak menerima panahan petir atau kilat di dunia berbanding tempat lain. Dianggarkan sebanyak 200 hari ribut petir berlaku di Kuala Lumpur dalam setahun berbanding hanya 20 hari ribut petir berlaku di London manakala New York hanya mengalami 10 hari ribut petir.

3. Serangga terpanjang di dunia

Chan Megastick (Phobaeticus Chani) adalah sejenis serangga ranting yang terdapat di Sabah. Serangga ini berukuran 56cm. Ia dinamakan sempena nama Datuk Chan Chew Lun iaitu seorang pengkaji alam semulajadi amatur di Malaysia. Namun hanya 6 ekor yang ditemui setakat ini dan maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hanya dapat hidup di atas Kanopi Rimba.

4. Kalau tiada kelawar, tiada durian di Malaysia

Durian merupakan eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia. Durian merupakan raja buah-buahan di Malaysia dan kini dianggap sebagai buah eksotik yang amat digemari di ASEAN dan Asia Timur.

Pokok durian yang tumbuh di Malaysia kebanyakannya dibantu oleh kelawar buah. Hal ini demikian kerana kelawar spesies ini amat penting dalam kitaran hidup pokok durian. Terdapat dua jenis kelawar di Malaysia iaitu spesies pemakan serangga dan spesies pemakan buah. Kelawar ini dikategorikan sebagai spesies pemakan buah.

5. Tanah perkuburan haiwan peliharaan pertama di Malaysia

Tanah perkuburan haiwan peliharaan ini terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Lot tanah kubur ini berukuran kecil dan sederhana sahaja dan ia disediakan bagi pemilik haiwan untuk menanam haiwan peliharaan yang sudah mati. Satu lot tanah perkuburan ini berharga RM4,800 termasuk perkhidmatan pengebumian dalam pakej yang ditawarkan.

6. Nama kereta kebangsaan diambil semasa permainan Scrabble

Ramai yang tidak tahu bahawa nama SAGA diambil dalam permainan Scrabble di mana Encik Ismai Jaafar merupakan orangnya. Ketika membuat frasa bahasa Inggeris, SAGA bermaksud ‘something said’ atau ‘a narrative in porse’. Perkataan ini hanya melibatkan 4 huruf dan maknanya agak kecil. Justeru itu, terbentuk frasa baru untu setiap akronim tersebut:

S = Safety
A = Achievement
G = Greatness
A = Ability

7. Bulatan terbesar di dunia

Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak di Putrajaya merupakan bulatan terbesar di dunia yang mengelilingi 3.4km panjangnya. Malah, terdapat 15 sistem jalan keluar dan masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu.

Penulis

  • Muhammad Hanafi Bin Mohamad Zakariah adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca