7 Cara Dan Tips Bagaimana Kylie Jenner ‘Buat Duit’ Guna Media Sosial Sampai Jadi Billionaire

Pada usia 21 tahun, Kylie Jenner telah dinobatkan sebagai ‘self-made billionaire’ termuda di Amerika Syarikat.

Kelayakannya pernah dipersoalkan sebab gelaran ‘self-made’ itu (Kylie berasal daripada keluarga selebriti yang sudah sedia kaya), namun hakikat yang perlu diterima adalah wanita ini bijak mempergunakan populariti dan pengaruh yang dimilikinya bagi menjana pendapatan sendiri.

Tatkala jenama kecantikan lain jatuh bangun selama bertahun-tahun untuk mencapai kedudukan sebaris Kylie, dia membina empayar kosmetiknya selama tiga tahun dengan menggunakan hujung jari saja, iaitu menguasai seni media sosial.

Bagaimana taikun kosmetik ini melakukannya? Berikut 5 perkara tentang media sosial yang boleh dipelajari daripada billionaire muda ini:

1. Autentik, jadi diri sendiri

Jenama perniagaan Kylie adalah dirinya sendiri. Dia boleh saja mimik gaya kakak-kakaknya yang supermodel namun wanita ini mencari cara untuk lebih menyerlahkan dirinya.

Kerjanya adalah selfie hari-hari bersama produk ciptaannya. Kemudian ditayangkan kepada lebih 100 juta pengikutnya yang peduli tentang gaya hidupnya- dari apa dia makan, pakai baju apa sehinggalah berseronok di mana.

Akaun Instagram dia tidak ubah seperti wardrobe dan kit mekap. Setiap gambar selfie yang dimuat naik, membawa keuntungan juta-juta hasil jualan dan bayaran daripada Instagram.

Kylie mendekatkan kehidupan peribadinya dengan penonton dan membawa mereka melihat sendiri kilang untuk membuka tirai di sebalik tabir pembuatan produknya.

Tip: Jujur dan serlahkan personaliti terbaik anda di media sosial. Anda tidak semestinya harus meniru gaya hidup Kylie atau mencipta produk sama seperti orang ramai buat tetapi cari apa keunikan dalam diri bagi menjadikan bisnes itu menarik di mata para pengikut.

2. Fokus pada obsesi

Kylie amat meminati mekap dan fesyen, lalu menukarnya menjadi sebuah syarikat berbilion dolar terutama bab lipstik.

Sejak remaja, dia berasa insecure dengan bibirnya yang kecil. Kylie begitu obses untuk belajar macam mana nak pakai lipstik, mencipta ilusi bibir penuh daripada tutorial YouTube dan jurusolek profesional.

Akhirnya, itulah yang menjadi inspirasi kepada penubuhan syarikatnya. Kegilaan dan keterujaan Kylie terhadap produk bibirnya itu dikongsikan bersama audiens.

Tip: Cari apa bidang dan produk yang anda amat passionate dan sanggup melabur masa, duit dan tenaga untuknya.

3. Kenal pasti audiens

Demografi pilihan Kylie adalah kelompok millennials dan Gen-Z’ers yang suka mengambil tahu tentang trend terkini dan membesar dengan program realiti TV dan media sosial.

Cara dia bercakap dengan followers dia pun sama macam mana dia berborak dengan kawan-kawan dan keluarganya. Edaran content dia melangkaui Snapchat, Instagram dan YouTube dan dipastikan mesej jenama Kylie Cosmetics sampai kepada audiens secara maksimum.

View this post on Instagram

good hair = good day

A post shared by Kylie 🤍 (@kyliejenner) on

Tip: Memahami siapa sasaran audiens anda bagi merencanakan strategi media sosial. Fokus pada mesej yang disampaikan pada demografi tersebut.

4. Jadikan kekurangan dan kelebihan diri sebagai peluang

Kylie sedar yang dia tak tahu apa-apa tentang dunia bisnes. Jadi dia minta bantuan dan nasihat daripada pihak yang lebih ahli dalam pelbagai bidang.

Kerja-kerja seperti pembuatan, pembungkusan dan kewangan semua outsourced, dilakukan di luar syarikat. Dia hanya mempunyai 7 orang pekerja sepenuh masa, iaitu orang-orang kepercayaannya yang setia. Namun Kylie tetap memastikan yang produk dia berkualiti tinggi.

Manakala wanita ini fokus pada aset pentingnya- fesyen, glamor dan penjenamaan produknya di media sosial tanpa perlu pening kepala dan habiskan masa dengan kerja-kerja operasi.

View this post on Instagram

Birthday Collection ✨💗

A post shared by Kylie 🤍 (@kyliejenner) on

Tips: Cari ‘masalah’, kelemahan dan kekuatan yang boleh menjadi peluang perniagaan. Pentingnya mencari rakan kongsi, pekerja dan vendors yang boleh dipercayai.

5. Isi kandungan yang mendidik dan bermanfaat

Sama ada ‘Snapchat Story’ atau Tutorial YouTube, Kylie menggunakan video media sosial untuk beri tunjuk ajar kepada komuniti dia, misalnya macam mana nak oles pembayang mata.

Video tutorial mekap dia di YouTube mendapat jutaan tontonan, menunjukkan yang audiens sasarannya berminat untuk belajar stail dia dan cari trik mekap terbaru.

Tip: Aplikasikan video media sosial untuk mendidik komuniti anda tentang bagaimana cara untuk menggunakan produk anda.

Misalnya kalau jual periuk nasi, mungkin anda boleh berkongsi resipi atau tunjuk macam mana nak memasak nasi warna biru di dalam periuk nasi tersebut dan pelbagai lagi kegunaan lain supaya followers dapat hadam tentang produk atau servis anda dengan cara yang lebih tersirat dan menghiburkan.

6. Terbuka untuk kolaborasi

Kylie mencari influencers dalam bidang kecantikan seperti MakeupShayla dan Nicol Concilio yang akan mengulas pendapat mereka tentang barang mekap menerusi post Instagram dan tutorial YouTube bagi membuktikan kredibiliti produk dia.

Walaupun sudah mempunyai pelbagai jaringan influencers, dia turut mengambil mak dan kakak-kakaknya menjadi rakan kongsi. Dengan kolaborasi itu, maka berlaku kempen digital besar-besaran kerana setiap Kardashians turut memiliki jutaan followers.

Tip: Cari influencers yang sesuai dengan niche produk dan servis anda. Cara: melalui agensi atau taip # tanda pagar influencers yang relevan dengan industri dan cuba menghubungi mereka melalui e-mel atau terus mesej di laman sosial.

7. Simpan audiens dalam hati, bukan haters

Laman sosialnya turut tidak terlepas daripada komen-komen toksik dan kena trolls. Namun Kylie tidak pedulikannya dan terus fokus pada usaha untuk memberi yang terbaik kepada para komunitinya dan mencipta hubungan istimewa dengan cara menjawab dan post semula komen-komen peminatnya di seluruh saluran media sosial.

Kylie mendiamkan haters dia dengan data serta angka jutaan dolar keuntungan perniagaannya.

Tip: Setiap jalan keusahawanan mempunyai cabaran yang tersendiri, apa yang penting adalah percayakan diri dan perniagaan anda.

Dengarkan maklum balas dan kritikan membina daripada komuniti untuk menambah baik produk anda. Teruskan muat naik content dan jangan biarkan aura negatif menghalang minat anda. Kita memang tak boleh puaskan hati semua orang.

Kesimpulan

Suka tak suka, Kylie Jenner menjadi sangat kaya hasil ‘mindset’ pengguna dan pembeli pada zaman digital ini. Setiap kali perhatian diberikan kepadanya, produknya terjual dalam masa 1 minit.

Kini, aktiviti perniagaan bukan lagi sekadar pembuatan, jual beli-barang tetapi sejauh mana orang mengetahui kewujudan perniagaan anda dalam dunia maya. Kylie antara usahawan yang bertuah sebab seluruh keluarganya boleh dikatakan expert dalam taktik pemasaran.

Teknik pemasaran digital sama penting dengan pemasaran tradisional dalam era siber ini.

Di Lejen Press, kami menggunakan pemasaran digital bagi membantu para peniaga dan usahawan mengembangkan perniagaan selagi produk dan servis tersebut bermanfaat kepada umat manusia.

Menurut laman web Forbes, kajian pemasaran mendapati Instagram menjadi platform paling top bagi memperkenalkan sesuatu jenama.

Jika anda seorang peniaga atau usahawan yang sedang mencari tapak untuk pasarkan produk atau servis, Lejen Press ada menawarkan pakej pengiklanan di laman Instagram seperti berikut:

Anda berminat? Sebarang pertanyaan berkenaan pakej di atas boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp atau anda boleh terus menghubungi talian 017-957 5647.

Artikel Lain Untuk Di Baca