Andakah anda selalu kena migrain? Sakit yang amat sangat sampai rasa nak hentak kepala ke dinding. Penulis ingin kongsikan tips untuk hilangkan migrain yang teruk dengan secepat mungkin.
Berikut merupakan tips yang dapat menghilangkan migrain dengan cepat:
1. Duduk Dalam Gelap
Apabila kita dilanda migrain, segeralah berehat di dalam bilik yang gelap. Cahaya yang terlalu terang adalah merupakan salah satu punca anda mendapat migrain. Ia juga boleh menyebabkan migrain menjadi lebih teruk. Oleh itu, duduk di dalam bilik gelap adalah sangat membantu. Elakkan duduk dalam cahaya ketika migrain.
2. Basahkan Rambut
Petua seterusnya adalah petua masyarakat Cina. Apabila anda dilanda migrain, basahkan keseluruhan rambut hingga kulit kepala. Tujuannya adalah untuk membebaskan haba yang terperangkap pada kulit kepala dan untuk menyejukkan kepala yang panas. Hal ini kerana kulit kepala kita panas dan menyebabkan kita mudah untuk mendapatkan migrain.
3. Pek Ais
Letakkan pek ais di atas kepala. Tetapi jika anda tidak mempunyai pek ais, anda boleh balut sahaja ais yang dibeli dengan menggunakan tuala kecil. Lalu pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minti.
4. Perahan Limau Kasturi
Perahan limau kasturi adalah petua orang lama masyarakat Melayu. Caranya, ambil 3 biji limau kasturi, air perahan tersebut perlu disapukan ke kepala sambil meramas-ramaskan rambut, anda boleh memicit-micit bahagian kepala yang rasa sakit. Hal ini akan membantu mengurangkan lagi rasa sakit yang dihidapi oleh anda.
5. Cuka Epal
Setiap kali migrain, minum air campuran 1 sudu cuka epal, madu dan segelas air suam. Rasanya agak masam manis. Selepas itu, basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit. Kemudian anda harus tidur agar sakit itu makin berkurangan.
6. Bersujud
Adakah anda tahu kelebihan bersujud? Bersujud mempunyai banyak kelebihan dalam aspek perubatan seperti mengurangkan sakit senggugut ketika haid, melegakan sistem pernafasan dan melegakan sakit hernia. Kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain. Oleh itu, posisi sujud sangatlah membantu anda untuk mengurangkan sakit migrain yang dihidapi oleh anda.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu menghilangkan migrain yang dihidapi oleh anda.
Sumber: Bidadari