Awas! Artikel ini boleh menyebabkan anda berasa lapar serta-merta.
Bagi menjimatkan masa anda membuat pilihan tempat makan atau mengelakkan anda daripada membuat pilihan yang salah dan tidak berbaloi, berikut kami kongsikan empat tempat makan best di Bangi dan Kajang yang wajib anda pergi:
1. A&J Burger Grill & Western
Sekiranya anda merupakan seorang yang ‘hantu’ makanan Barat, anda wajib berkunjung ke A&J Burger Grill & Western yang memang terkenal dengan kepakaran mereka dalam jenis masakan tersebut.

Hidangan yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini ialah Lamb Max Platter yang boleh dimakan dua orang. Hidangan yang didatangkan dengan kambing premium, spageti, kentang, salad malahan dicurah sos BBQ di atasnya pasti membuat anda kecur air liur. Sekali makan pasti tambah lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Nasi Goreng Ayam Panggang yang datang dengan pelbagai variasi sayur dan ia turut dihidangkan bersama sup serta semestinya ayam panggang. Rasa ayam yang penuh perasa, juicy dan dimasak sempurna tidak harus diketepikan oleh anda.

Buat peminat keju, jangan risau kerana inilah masanya untuk anda memesan Ayam Cheese Tumpah. Seperti namanya, A&J Burger Grill & Western pasti ‘menumpahkan’ semua cheese ke atas ayam anda. Selain itu, mereka juga turut mempunyai Lamb Cheese Tumpah yang bila sekali tarik pasti tak putus-putus kejunya.

Buat pembasah tekak, anda dicadangkan untuk mencuba Manggolista yang penuh rasa mangga di dalamnya. Manakala, buat peminat buah tembikai boleh mencuba Funky Melon dan air lain seperti Blue Heaven pasti terasa-rasa terbang di udara.
A&J Burger Grill & Western turut menyediakan perkhidmatan pick-up dan penghantaran makanan menerusi aplikasi Lalamove dan Grab.
Alamat: Lot A24559, Arma Square, Jln Sg. Merab 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (4 petang -11 malam), Sabtu-Ahad (1 petang-11 malam), *Setiap Selasa Cuti
Instagram: www.instagram.com/anjsungaimerab/
Facebook: www.facebook.com/anjsungaimerab/
2. ALFAR 69 Nasi Ayam Cincang
Pilihan utama pengunjung tak sah kalau tak mencuba nasi gulai ayam cincang di ALFAR69 ini. Rasa gulainya yang pekat, kuantiti ayam yang banyak juga boleh ditukar kepada hidangan ikan keli berlado sesuai bagi sesiapa yang sukakan kepedasan. Satu perkara yang pasti, sudah cuba pasti nak lagi.


Tahukah anda keistimewaan kedai ini turut menyajikan keunikan Nasi Kerabu Golok yang tidak ditumis seperti Nasi Kerabu yang lain? Dihidangkan bersama budu dan sambal kelapa ikan semestinya membuat air liur anda meleleh. Jika ingin merasai masakan asli Kelantan-Siam, anda seharusnya mencuba Nasi Kerabu Golok Ayam ini. Selain itu, menu lain seperti Nasi Lemak Sambal Ikan Tongkol juga apa kurang sedapnya.

Dengan cuaca panas dan hujan yang tidak tentu, anda semestinya perlu mencuba teh tarik madu yang ditambah dengan aiskrim di atasnya sememangnya melegakan tekak. Bahkan, anda juga boleh mencuba Coconut Shake, Green Tea atau air kelapa bimbit yang sememangnya datang dengan gelas yang besar!
Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang makan di kedai, ALFAR 69 Nasi Ayam Cincang turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi aplikasi Lalamove dan Foodpanda.
Selain itu, ALFAR 69 Nasi Ayam Cincang turut mempunyai cawangan kedua di Kajang Food Station, Jalan Sg Kantan yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang manakala cawangan ketiga di Food Valet, Kg Sungai Ramal yang beroperasi dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
Cawangan kedua menyajikan sarapan pagi serta tengahari seperti Nasi Lemak dan Nasi Ala Kak Wok manakala cawangan ketiga turut menyajikan kudap-kudap seperti popia, kerabu manggie, colek buah dan pelbagai lagi.
Alamat: No 6-G, Jalan Putra 5, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Ahad (8 pagi – 6 petang)
Instagram: www.instagram.com/alfar69_nasiayamcincang/
Facebook: www.facebook.com/alfarnasiayamcincang
Nombor telefon: 018-2033700 (WhatsApp)
3.MyViets
Bagi penggemar makanan Vietnam di luar sana, anda wajib datang ke MyViets kerana restoran ini menjanjikan masakan makanan Vietnam yang terbaik. Pelbagai menu Vietnam boleh didapatkan di sini terutamanya makanan wajib iaitu Pho Bo yang didatangi dengan pilihan combo-beef.

Sekiranya anda berkesempatan untuk berkunjung ke sini, anda juga wajib mencuba Baguette yang didatangi dengan dua jenis iaitu Lemongrass Chicken dan Luncheon Chicken Meat. Kombinasi roti yang lembut dan disumbat dengan kuantiti ayam yang banyak pasti buat anda tidak mahu berkongsi dengan sesiapa.
Tidak lengkap makanan Vietnam sekiranya tidak mempunyai pembuka selera negara itu seperti Spring Roll Vegetable, Sugarcane Prawn dan Mini Sharing Platter ini semestinya membuat anda jatuh cinta pandang pertama.

Bagi air pula, tidak sah kalau tidak mencuba Vietnamese Coffee yang merupakan salah satu tarikan istimewa restoran ini. Sekali sedut, pasti terimbau saat-saat melancong di Vietnam.

Selain kepelbagaian menu yang enak, dekorasi dan susun atur di MyViets sangat Instagram-worthy untuk anda yang gemar bergambar seperti seolah-olah berada di negara Vietnam.
Alamat: No. 15-G-1, Jalan Medan PB2A. Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (11.30 pagi -10 malam)
Instagram: www.instagram.com/myviets_my/
Facebook: www.facebook.com/MyViets
Twitter: www.twitter.com/MyViets_my/
Website: myviets.com.my
Nombor telefon: 03-89139999
4. Nippon Sushi
Bagi peminat makanan Jepun, jangan lepaskan peluang untuk datang makan ke Nippon Sushi. Pelbagai hidangan menarik turut disajikan di sini yang mana bukan hanya menu sushi sahaja semata-mata.

Sebagai pembuka selera, anda wajib mencuba hidangan Chicken Gyoza Mentai. Dumpling ayam ini semestinya bakal menjadi kegemaran anda tiap kali kali datang ke Nippon Sushi.

Manakala buat peminat makanan Jepun yang ingin merasai menu berunsur ayam, kami cadangkan anda untuk memesan Roasted Chicken ini. Kami pasti ayam panggang yang dihidangkan pasti akan buat anda teringat-ingat apabila pulang ke rumah nanti dan mahukan lagi kerana rasanya enak.

Bagi anda yang baru pertama kali ingin mencuba makanan Jepun, wajib cuba Tonkatsu Curry Don ini. Kami jamin bahawa hidangan utama ini pasti tidak mengecewakan anda sekali gus turut mengenyangkan perut.
Alamat: Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Ahad (11.30 pagi- 10 malam)
Instagram: www.instagram.com/nipponsushi_my
Facebook: www.facebook.com/NipponSushiMY/
Twitter: www.twitter.com/nipponsushi_my
Website: nipponsushi.com.my
Nombor telefon: 03-89129667, 011-65679667 (delivery)
5. Mr Tako Bandar Teknologi Kajang
Terletak betul-betul di hadapan Pasar Raya Billion dekat Bandar Teknologi Kajang, apa kata anda dapatkan sekali takoyaki yang sedap sampai termimpi-mimpi ini daripada Mr Tako apabila berada di sini?
Satu perkara yang pasti, takoyaki Mr Tako ini sentiasa menjadi igauan ramai kerana ia dilimpahi dengan sos istimewa yang pasti akan membuat anda jatuh cinta dengan rasa hidangan ini pada percubaan kali pertama. Sekali cuba, pasti akan mahu lagi.
Untuk pengetahuan anda, takoyaki Mr Tako ini boleh didapati dalam Single Pack ataupun Family Pack. Dalam Single Pack Mr Tako, ada lima biji takoyaki. Harganya pula ialah RM5.

Untuk Family Pack pula, ada 12 biji takoyaki di dalamnya. Jadi, anda boleh dapatkan 12 biji takoyaki pada harga RM10 sahaja.

Bagi yang tidak berkesempatan pula, anda boleh juga dapatkan takoyaki ini dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda dengan WhatsApp nombor di bawah.
Nombor telefon: 013-3430678
Alamat: Berhadapan Pasar Raya Billion Bandar Teknologi Kajang
Waktu operasi: 11 pagi – 7.30 malam
6. Mr Tako Semenyih

Berita baik kepada peminat takoyaki di Semenyih! Sekiranya biasa pergi ke Tesco Semenyih, anda akan lihat satu kiosk Mr Tako yang terletak di hadapan Senheng dekat dengan pasar raya tersebut.
Jadi, anda boleh juga dapatkan takoyaki ini untuk dijadikan sebagai kudapan sambil bekerja dari rumah ataupun ketika menonton program kegemaran di Netflix. Sekiranya mahu takoyaki ini dihantar terus ke pintu rumah, anda boleh juga hubungi nombor di bawah untuk membuat pesanan.
Nombor telefon: 014-628 3195
Alamat: Depan Senheng berdekatan Tesco Semenyih
Waktu operasi: 11 pagi – 7.30 malam
Facebook: www.facebook.com/MR-TAKO-semenyih-by-Atirah
Jadi, kedai mana satu yang anda bercadang untuk pergi?
Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang tempat makan best di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Petaling Jaya yang wajib anda kunjungi. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: